http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Rabu, 19 Ogos 2009

Pilihan YB Kelantan vs Pilihan YB Kedah di Stadium Muhamad IV Kota Bharu

Kota Bharu, 18-8-09 : Pilihan YB Kedah menewaskan Pilihan YB Kelantan 3 - 2 dalam perlawanan persahabatan muhibbah sempena dengan perlawanan akhir Piala YB Speaker Negeri Kelantan yang berlangsung di Stadium Muhamad IV di Kota Bharu malam tadi.

Pilihan YB Kelantan yang diketuai oleh YB Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Rahim dan diperkuatkan lagi oleh bekas-bekas pemain Negeri Kelantan bermula garang untuk mendahului Pilihan YB Kedah di awal permainan hasil jaringan Zahasmi Ismail. Bagaimanapun Pilihan YB Kedah yang diketuai YB Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar yang juga diperkuatkan dengan bekas-bekas pemain Negeri Kedah dapat menyamakan kedudukan selepas itu melalui jaringan cantik Hussain Jaafar pada minit ke 7 permainan.

Kelantan sekali lagi mendahului pasukan pelawat melalui jaringan oleh Adnan Musa pada minit ke 15 yang mendapat cantik dari Md. Nor Yaakob. YB Adun Kuala Ketil, Cikgu Zuki Yusof yang masuk menggantikan YB Ustaz Izzat Shauki menyamakan kedudukan hasil pergelutan di depan pintu gol tuan rumah pada minit ke 20.

Pada separuh masa kedua, Mohd Feriza Ismail yang mendapat lorongan cantik dari Cikgu Zuki terus memperdayakan penjaga gol lawan untuk gol kemenangan pasukan pelawat.




1 ulasan:

Yan berkata...

Tahniah YB....Pulun Kedah Pulun.
Harap YB bagi idea skiit pada Squad Kenari. Jangan mimpikan Marlon yang dah tiada. Lihat pasukan Arsenal yang sentiasa menggilap pemain muda mereka. Jika pemain cergas, berani, pantas dan dahagakan gol, kejayaan akan datang.