http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Rabu, 2 September 2009

Ramadhan bersama MB Kedah

Sepanjang Ramadhan tahun ini, MB Kedah telah meluangkan masa menjelajah segenap daerah untuk bersama rakyat pelbagai lapisan dalam program berbuka puasa yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah. Dalam kesempatan masa yang ada, setiap yang hadir dihidangkan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Azizan.

Penumpuan kali ini banyak difokuskan kepada guru-guru Al-Quran di segenap pelusuk negeri yang secara sukarela memberikan didikan kepada anak-anak kecil di negeri ini. Untuk menghargai jasa mereka, sumbangan kecil tanda ingatan dihulurkan oleh Ustaz Azizan di setiap pertemuan.

Semalam, MB Kedah meraikan para-para imam dan guru-guru KAFA seluruh Kuala Muda dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya.



Terdahulu, pada hari Sabtu yang lalu, program berbuka dan majlis penyampaian sumbangan raya kepada guru-guru Al-Quran di daerah Kuala Muda telah diadakan di Masjid Seri Jerai, Gurun.


Tiada ulasan: