http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 6 Julai 2009

Liga Tertutup Parlimen Jerai

Lapan pasukan mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Tertutup Parlimen Jerai setelah tamat pusingan liga berkumpulan kelmarin. Pasukan-pasukan tersebut ialah PHM FC A, MSH MEGA (Kg. Setar), PHM FC B, MODENAS, KETAPAN FC, PMTG BULUH, KB JAYA dan OM FC.
Jadual perlawanan peringkat suku akhir adalah seperti berikut :-

1. PHM FC A lawan MSH MEGA (Sabtu - 11 Julai 2009)
2. PHM FC B lawan MODENAS (Ahad - 12 Julai 2009)
3. KETAPAN FC lawan PMTG BULUH (Sabtu - 18 Julai 2009)
4. KB JAYA lawan OM FC (Ahad - 19 Julai 2009)

Kesemua perlawanan akan dilangsungkan pada jam 5.15 petang di Padang Awam Guar Chempedak. Orang ramai dan peminat-peminat bolasepak dijemput untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan ini.

1 ulasan:

Mazlan Taat berkata...

Salam,
Rasa seronok tak terhingga apabila liga ni dah masuk peringkat suku akhir dan pada 2 ogos nanti akan final. syabas buat ustaz dan staf2 yang kreatif dan berdaya maju bagi melaksanakan acara tersebut.

Pada saya ia merupakan satu pengiktirafan yang tertinggi peringkat parlimen jerai kepada belia2 yang aktif sukan terutamanya bolasepak.

Cadangan saya selepas ini terutamanya cuti sekolah penggal ketiga iaitu selepas musim periksa SPM dah STPM, elok juga diadakan liga peringkat umur bawah 20th.

Menggunakan kaedah yang sama seperti liga tertutup ini tetapi pemain2 untuk setiap pasukan wajiblah anak parlimen jerai sendiri.

Ini beerti mereka ini dilahirkan di dalam kawasan parlimen jerai dan beralamat didalam kawasan parlimen jerai atau bersekolah didalam kawasan perlimen jerai.

Tujuannya hanya satu iaitu kalau boleh lahirlah seorang pemain dari kawasan ini mewakili negeri atau kebangsaan