http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Khamis, 16 Julai 2009

Pusat penapisan minyak, prospek besar kepada ekonomi Kedah - MB

KUALA LUMPUR,15 Julai (Hrkh)- Bertempat di Hotel Nikko, kerajaan negeri Kedah telah memeterai perjanjian kerjasama (MOU) dengan Merapoh Resources Corporations bagi membangunkan projek penapisan petrokimia yang dinamakan Kedah Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH).

Perjanjian bernilai RM35 bilion ini dimeterai antara Merapoh Resources Corporation dengan kerajaan Kedah bersama pelabur-pelabur antaranya Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Invesment Ltd.

Dari sudut kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan dan kepakaran loji penapisan minyak, projek diserah kepada SK Engineering & Construction sebuah syarikat terkemuka berpangkalan di Korea.

Sementara SK Energy pula diberi kontrak penyelengaraan dan operasi SULIHH.

Perjanjian dibuat pada jam 3.15 petang dengan disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama pegawai kewangan negeri, Dato' Mohd Puat Mohd Ali dan setiausaha kerajaan negeri, Dato' Wira Rasli Basir.

Turut hadir, Exco Kanan Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi; Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Mohd Isa Ismail; Exco-exco Kerajaan Negeri, Ir Amiruddin Hamzah; Dato' Mohamad Taulan Rasul; Dr Hamdan Mohamed Khalib; S.Manikumar dan Ustazah Aishah Ghazali

Merapoh diwakili, Pengerusi Eksekutifnya, Md Nazri Ramli dan Pengarah Eksekutif Mohd Hassan Mansor. SK Engineering diwakili, Naib Pengerusi dan CEO, Suk Kyong Yun dan Naib Presiden, Tae Min Cheong.

Pelabur, Hong Kong Beijing Star Ltd diwakili, Presidennya, LiFeng Yi serta Pengarah, Mou Fu Kong,sementara Winson Investment Ltd diwakili Tony Loh.

Dalam ucapannya, Ustaz Azizan menyatakan rasa syukur berikutan perjanjian ini telah ditandatangani syarikat yang akan membangunkannya dan pelabur.

Projek SULIHH yang berlokasi di Yan Kedah ini akan memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Kedah,ujar Ustaz Azizan.

Projek ini jugaakan memberi peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya, kata beliau.

Projek ini juga katanya adalah kejayaan besar dan bersejarah kepada kerajaan Kedah dalam memacu pelaburan masuk ke negeri itu.

Beliau turut membayangkan kejayaan ini kelak akan memberi kesan besar kepada pertumbuhan masuk pelaburan ke Kedah, selain pembangunan kawasan berhampiran.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada usaha keras Merapoh Resources Corporations dan Kedah Investment Centre (KIC) yang merealisasikan impian rakyat Kedah ini.

Projek yang SULIHH dijangka siap padatahun 2013 ini katanya adalah loji penapisan yang terbesar setakat ini yang diusahakan di Semenanjung.

Kerajaan Kedah ujarnya memberi sokongan penuh ke atas pembangunan SULIHH ini selain mengalu-alukan pelabur untuk melabur di Kedah.

1 ulasan:

Mazlan Taat berkata...

Salam, terima kasih kepada merapoh dan KIC kerana membawa masuk pelabur yang terbesar dan moga-moga bumi Kedah ini sejahtera buat selamanya.

Saya anak Kedah sentiasa menunggu kedatangan saudara. Amin tapi ingat jangan sampai mereka2 ini membuli kita...............labur tetap labur tetapi kita kena ingat selalu jangan sampai kena buli.