http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Ahad, 21 Februari 2010

TINDAKAN LIM GUAN ENG PATUT DICONTOHI

Kecoh 1 Malaysia dengan ceritera "firaun kecil" terbitan MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menjadi pencetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat semenjak dua menjak ini.

MP KBB itu tak menyatakan secara khusus siapa sebenarnya "firaun kecil" yang dimaksudkan, tetapi pemuda Umno melalui ketua penerangannya Reezal Merican, meminjam kalimah itu untuk dipadankan dengan KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Anugerah ini adalah pengiktirafan pemuda Umno kepada LGE kerana jasanya membatalkan perarakan Maulidur Rasul yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam di negara ini, dan juga kerana arahan tidak mengizinkan pelawat sebiadap Ibrahim Ali dan pemuda Umno yang berselindung di sebalik NGO melayu merempuh masuk ke pejabatnya seperti yang berlaku baru-baru ini.

Kalau aspek itu yang diambil kira oleh Reezal Merican, gelaran "firaun kecil" sudah seharusnya dianugerahkan juga kepada Adnan Yaakob (MB Pahang), Isa sabu (MB Perlis) dan Ghani Othman (MB Johor) yang sehaluan dengan LGE untuk tidak menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Cumanya ketiga-tiga 'firaun kecil" tidak pula mengeluarkan arahan melarang pelawat ke pejabat mereka kerana ketiga-tiganya tidak pernah berhadapan dengan demonstran yang sebiadap pemuda-pemuda Umno yang macam "monyet" seperti yang terjadi kepada LGE.

Sekiranya insiden demonstran merempuh masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini dijadikan iktibar, tindakan LGE itu selayaknya dicontohi MB dan KM di negeri-negeri lain termasuk PM di Putrajaya itu sendiri kerana pihak keselamatan kini dilihat gagal bertindak menghalang mereka yang berdemontrasi secara emosi.

Jika kita imbau kembali zaman kegemilangan reformasi seketika dulu, pihak keselamatan (polis) dilihat cukup bertenaga dan meyakinkan apabila berhadapan dengan jumlah demonstran yang besar, tapi apa yang berlaku sekarang ini, polis seolah-olah tak ada kudrat dan ketakutan bila berdepan dengan pemuda Umno yang sangat kecil bilangannya.

Apa yang dah jadi dengan pasukan keselamatan negara (polis) yang diketuai mantan Ketua Pemudi Umno itu? Apakah polis juga dah jadi 'sikit lembut' seperti mana sifat menteri yang bertanggungjawab ke atas mereka?

Mengapa polis mengizinkan pemuda Umno dan NGO melayu itu bermaharajalela seolah-olah merelakan perlakuan biadap dan tak bertamadun mereka yang kononnya berhimpun secara aman itu?

Mengikut rekod, sejak tumbangnya Umno dan BN di lima buah negeri dalam PRU 12 yang lalu, pemuda Umno dan NGO-NGO yang berasaskan bangsa melayu di kelima-lima negeri itu aktif berdemontrasi dengan beragendakan isu-isu perkauman hingga ada ketikanya tergamak menghina penganut agama lain dalam keghairahan mereka berdemontrasi.

Malangnya, tak ada satu pun demontrasi itu berakhir dengan tembakan gas pemedih mata dan siraman air asid ataupun tangkapan ke atas penganjur demontrasi walaupun secara terang-terang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Malah, ada kalanya demonstran berpeluang menegakkan 'benang basah' dan membetulkan niat yang terpesong kepada menteri 'sikit lembut' itu.

Berbeza sekali dengan demontrasi aman anjuran Pakatan Rakyat yang tidak langsung menyentuh sensitiviti kaum di negara ini kerana disertai kesemua kaum utama tapi selalunya berkesudahan dengan pesta mandian air asid dan tembakan beratus-ratus das gas pemedih mata termasuk tangkapan ke atas peserta dan penganjur demontrasi.

Jika ini diambil kira, amatlah tepat tindakan LGE melarang pelawat yang tak diundang menjejakkan kaki ke pejabatnya memandangkan pasukan keselamatan yang diketuai menteri 'sikit lembut' dah tak mampu lagi mengawal para demonstran yang beremosi dan biadap seperti Ibrahim Ali dan pemuda-pemuda Umno yang berselindung di sebalik NGO-NGO melayu.

Molek sangat tindakan LGE itu dicontohi semua MB, KM dan PM itu sendiri selagi wujudnya demonstran-demonstran yang bertunjangkan assobiyah dan semangat perkauman yang terbukti mengancam keselamatan negara dan perpaduan kaum di Malaysia yang tercinta ini.

Kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

Khamis, 18 Februari 2010

Kebakaran deretan 14 buah rumah kedai di Pekan Sungai Limau

Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Kedah, Tunku Annuar turut hadir menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan hadir melawat tempat kejadian

Kerja-kerja memadamkan deretan 14 buah rumah kedai yang terbakar di Pekan Sungai Limau

Sambutan Tahun Baru Cina di Padang Lembu

Khamis, 11 Februari 2010

80.8% rakyat Kelantan tolak Wang Ehsan

KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi mengantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.

Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.

Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.

Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.

Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.

"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).

"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.

Kajiselidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan 20 juta kepada Kelantan berbanding 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.

Kesan Kemenangan Zambry Kepada Politik Perak

PERINTAH Mahkamah Persekutuan telah pun mengisytiharkan Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar yang sah mempunyai implikasi penting kepada politik dan perundangan negeri berkenaan.

Mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan ini menamatkan harapan bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin (Pas Pasir Panjang) untuk mendapatkan semula jawatannya.

Pada 6 Feb tahun lalu, Zamby mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar setelah tiga Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – keluar parti masing-masing dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Pada 13 Feb, Mohamad Nizar pergi ke mahkamah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa dia adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah menghalang Zambry daripada menunaikan tugas Menteri Besar.

Penghakiman mutakhir hari ini dibuat oleh panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff (Tan Sri), Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria (Tan Sri) dan hakim-hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin (Datuk), Mohd Ghazali Mohd Yusoff (Datuk) dan Abdul Hamid Embong (Datuk).

Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:

“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”

Antara implikasi dan kesimpulan perintah Mahkamah Agung itu adalah:-

1. Menghalalkan Kerajaan BN Perak daripada aspek undang-undang;

2. Memberi penjelasan dan pengesahan kepada undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak berkaitan undi tidak percaya;

3. Tidak menyelesaikan masalah perebutan kuasa daripada aspek moral;

4. Isu moral akan selesai hanya apabila hal ini dirujuk kepada pengundi;

5. Rujukan kepada pengundi ini mungkin berlaku apabila pilihan raya umum diadakan atau lebih awal dalam bentuk pilihan raya negeri;

6. Masalah Wakil Rakyat (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri) keluar parti atau lompat parti memerlukan pemikiran dan tindakan lanjut;

7. Penyelamat keadaan adalah tiga Adun yang keluar parti itu tidak menyertai BN. Mereka kini Adun Bebas dan memberi sokongan kepada BN;

8. Dengan kemenangan undang-undang ini, beban Kerajaan BN Perak amnya dan Zambry khasnya menjadi lebih berat dan mencabar; dan

9. Menguji perpaduan Pakatan Rakyat Perak terutamanya berkaitan taat sedia Adun masing-masing terhadap parti.

http://kadirjasin.blogspot.com/

Rayuan Ditolak Hakim Mahkamah Persekutuan

Asalamalaikum dan salam sejahtera.

Keputusan penolakan rayuan saya oleh 5 orang hakim mahkamah persekutuan di Putrajaya pagi tadi (9 Feb 2010) telah diduga dan ramai rakyat Malaysia jua mengagakkan yang sama. Namun keputusan yang mengiyakan keputusan mahkamah rayuan terdahulu, tidak sekali menghalalkan rampasan kuasa kerajaan PR oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009. Ia juga tidak mengesahkan/ menghalalkan kerajaan BN yg diterajui oleh YB Zambry Kadir

Apa yang jelas, hakim telah mengenepikan segala prinsip perlembagaan dan dahuluan (precedents) yang dibuat terdahulu oleh ramai hakim terulung dalam kes yang seakan2 sama sebelum ini. Kita menerima dengan terbuka hati dalam kesedihan kerana keputusan ini cukup berisiko tinggi di masa akan datang bagi negara Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Keputusan ini cukup merbahaya kepada masa depan falsafah dan doktrin ini.

Implikasinya ialah Yg di Pertuan Agong atau Sultan berkuasa memecat dan melantik sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri atau MB tanpa ke Parlimen atau DUN. Sistem pilihanraya juga boleh tercemar. Ini yang dikhuatiri akibat keputusan tesebut.

Apapun kita tetap percaya bahawa mahkamah hanya mentafsir undang2 dan penentuan siapa kerajaan dan siapa MB mesti ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya bebas dlm pembubaran DUN. Saya merayu agar semua penyokong PR khususnya di Perak agar bertenang dan bersabar dlm menghadapi masa yang getir ini. Yakin dan percayalah bahawa pasti ada hikmah dan barakah dalam ketentuan pagi tadi. Jangan kita bertindak melulu dan liar serta membuat sesuatu provokasi. InshaAllah kita akan atur strategy bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana masih ada 2 kes di mahkamah tinggi KL dan mahkamah session Ipoh untuk menentukan status dan kedudukan 3 ekor katak yg melompat tempoh hari. Kita trus berdoa.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga dan rakyat Perak yg menyokong PR dan akan trus menyokong PR demi keadilan dan kebenaran terlaksana di Perak. Saya juga bermohon banyak kema'afan dan keampunan kepada semua jika terdahulu ada terkeluar kata2 atau perwatakan yang tidak disengajakan. Lawan tetap lawan bagi memulihkan demokrasi dan memberi semula hak kepada rakyat Perak yang mana hak tersebut telah di rampas oleh UMNO BN. Tertanya juga kadang2 bahawa masih ada tangan2 ghaib yang menghantui kebebasan hakim sehingga tergamak sedemikian rupa!!

Selamat berjuang. Hidup Rakyat.!!

http://kamparinn.blogspot.com/

Rabu, 10 Februari 2010

Aktiviti di kawasan sepanjang minggu ini

Lawatan ke Hospital Yan

Sumbangan bola raga kepada belia di Kabu 10

Ziarah rakyat bersama isteri

Menyampaikan hadiah pertandingan rumah terbersih di Kabu 10

Edar buah limau dan kad ucapan TBC kepada peniaga cina di seluruh Jerai