Ahad, 25 Disember 2011

Konvoi Bersama Anak Muda kwsn JERAI

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/383034_10150442753252157_319981142156_8640705_132031592_n.jpg

hari ini YB JERAI Firdaus Jaafar akan menagadakan konvoi bersama anak muda menjelajah kwsn JERAI...bermula jam 8.30am...
8.30am - berlepas di Pej Pas Kawasan Jerai
9.15am - Masjid Bukit Besar
9.50am - Markas Permatang Buloh
10.20am - Markas Sg Dedap
11.00am - Pekan Sg Limau
11.30am - Markas Sedaka
12.00tghari - Pekan Sg YAN
12.30pm - Markas Singkir
2.00pm - Pekan Bidong
2.40pm - ANEKA
3.00pm - Markas Bt Tiga
3.30pm - Markas Tmn Ria 1
3.50pm - Pekan Jeniang
4.20pm - Pdg Lembu
5.00pm - Markas Pas Guar Stesyen
6.00pm - Pekan Guar Chempedak
6.20pm - TAMAT

Jom warga Guar Stesyen..kita berkumpul ramai2....di setiap lokasi dinyatakan untuk menyambut anak2 muda bersama YB kita...

Sabtu, 24 Disember 2011

2 program besar sempena 2012

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/391145_317555068264449_311226568897299_1263899_740900637_n.jpg
https://lh5.googleusercontent.com/-nbvdEkjqTgE/Tt9mGrG3rtI/AAAAAAAAFeQ/JIk1T0600zE/s500/222.gif


Di AMBANG SEJAHTERA 2012 bersama ULAMA THURATH di PARLIMEN JERAI

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/374731_322617974424825_311226568897299_1276820_131777640_n.jpg

Program terkini PKWR Jerai di sekitar kawasan yang sewaktu dengannya...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/383034_10150442753252157_319981142156_8640705_132031592_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/375308_10150442945147157_319981142156_8641465_1995106341_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/381010_266434396739391_100001184994820_671208_598798897_n.jpg

Bakal Calon BN Jerai didapati seleweng wang zakat MAIWP


Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat

Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

"Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat," katanya.

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

"Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

"Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Rabu, 30 November 2011

Rasis: Terima Kasih Umno

Firdaus Jaafar  

Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak 'ketahuan' lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang 'sakaratul maut'.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan 'tongkat' kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat 'buah tangan' isu Dato' Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di'selamat'kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?

Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling 'rasis', mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini.

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan 'selamat tinggal' kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga 'Selamat tinggal' kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen?

Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak 'mengajar' UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di'gelap'kan oleh mereka.

Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di'didik' dengan 'bahasa' undi kerana hanya itu sahaja 'jalan' yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN.

**Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

Khamis, 20 Oktober 2011

100 keluarga terima bantuan Deepavali

Oleh : Mohd Shubihi Muhamad Zain

GURUN : Seramai 100 keluarga dari kalangan masyarakat India di sekitar Gurun menerima bantuan sempena Deepavali yang disumbangkan oleh Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Jerai.

Bantuan berupa hamper barangan keperluan harian itu disampaikan oleh ketua pemudanya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai dan turut ditemani timbalan pengerusi DHPP, Yanapapasagam a/l Kuppasamy.

Firdaus dalam ucapannya berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan golongan yang kurang berkemampuan membuat persiapan untuk merayakan pesta cahaya itu.

"Setiap tahun kami akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu golongan kurang berkemampuan di kalangan masyarakat India di sini untuk sama-sama bergembira menyambut perayaan Deepavali.

"Kita buktikan slogan 'PAS FOR ALL' bukanlah sekadar laungan dan kita tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan keturunan dalam penyaluran bantuan khususnya kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Menurut Firdaus, langkah yang diambil pihaknya itu adalah sebahagian dari usaha dan pendekatan PAS dalam menguatkan perpaduan antara kaum serta mengukuhkan integrasi antara kaum pada masa depan.

Ujar beliau lagi, tidak ada satu kaum pun yang akan tersisih dalam proses penyaluran bantuan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh parti untuk semua itu.

Rabu, 19 Oktober 2011

Apa rasional burukkan PAS di kursus imam, bilal

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mempersoal rasional kerajaan mewajibkan imam, bilal dan siak masjid di Kedah dan Pulau Pinang menyertai kursus berunsurkan politik khususnya memburuk-burukkan PAS.

Menurut Firdaus, beliau menerima maklumat daripada beberapa imam, bilal dan siak bahawa mereka diwajibkan hadir ke Kursus Pemantapan Nilai Islam di Institut Pembangunan Desa Infra, Bangi pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu.

Namun katanya, mereka terpaksa mendengar ceramah brain wash memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ditayangkan video perhimpunan Bersih 2.0, Jemaah Islam (JI) dan Al-Maunah.

"Saya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagitahu siapa yang gunakan imam dan bilal untuk kepentingan politik," kata Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat mempertikai perkara itu apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa elaun dan kursus adalah perkara berbeza.

Firdaus sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat sebelum itu meminta Jamil menyatakan pihak mana yang terlibat menganjurkan kursus tersebut.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat menaikkan elaun siak masjid selari dengan kenaikan elaun imam dan bilal, baru-baru ini.

Jamil bagaimanapun tidak menjawab soalan Firdaus mengenai kursus tersebut sebaliknya berkata kerajaan pusat hanya bertanggungjawab terhadap elaun imam dan bilal manakala elaun siak tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri.

Ekoran jawapan itu, Firdaus membangkitkan mengenai kursus melibatkan ketiga-tiganya itu.

"Kalau menteri kata elaun imam dan bilal berbeza dengan elaun siak, kenapa libatkan siak dalam kursus ini?

"Saya ada bukti bergambar, rakaman mengenai apa yang diperkatakan dalam kursus ini," katanya.

Tambahnya, peserta kursus turut diberikan buku berjudul PAS bukan parti Islam.

Elaun bagi imam dan bilal ialah RM750 daripada Kerajaan Pusat dan RM50 daripada kerajaan negeri.

Manakala elaun bagi siak ialah RM290 yang dibayar kerajaan negeri.

Ahad, 16 Oktober 2011

Kenyataan Media DPPM AKTA KERJA : KERAJAAN JANGAN ‘SYOK SENDIRI’

AKTA KERJA : KERAJAAN JANGAN 'SYOK SENDIRI'

18 Dzul al-Kaedah 1432 / 16 Oktober 2011

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955. Bagi LPAS, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini. Jika benar kerajaan prihatin terhadap rakyat, golongan pekerja mestilah antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian.

MTUC dalam satu kenyataannya menegaskan pihak mereka menentang Rang Undang-Undang Akta Kerja 1955 kerana ia menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem 'hamba'. Mereka menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga  kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja tidak dipedulikan. Kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini.

Dalam hal ini, LPAS mempersoalkan bagaimanakah khidmat nasihat yang diterima oleh kerajaan sehingga pindaan Rang Undang-Undang ini menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya golongan kesatuan sekerja? Mungkinkah kerajaan mendapat nasihat yang salah, atau maklumat yang tidak tepat sehingga sanggup menegepikan golongan pekerja.

LPAS mengingatkan kerajaan betapa banyak keputusan kerajaan yang dibuat dalam keadaan terburu-buru dan tidak tepat. Orang Melayu baru kehilangan Kampung Baru ekoran Rang Undnag-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang dibentang dan diluluskan baru-baru ini dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa. Kerajaan pula sengaja mahu mencari permusuhan berpanjangan dengan MTUC dan kesatuan sekerja yang lain kerana sanggup membentangkan akta ini dan diluluskan pula beberapa jam kemudiannya. Walaupun kerajaan memberi 'gula-gula' yang banyak dalam bajet 2012 baru-baru ini, rakyat masih tetap tidak berpuashati kerana banyak perkara kerajaan telah membelakangkan rakyat. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan, lalu memprotes pemimpin UMNO-BN dalam PRU ke 13 nanti.

LPAS juga meminta kerajaan melayan tuntutan MTUC dengan baik dalam piket yang akan mereka anjurkan nanti. Negara demokrasi seperti Malaysia membenarkan hak berhimpun dan menyatakan suara hati mereka, justeru LPAS meminta jaminan kerajaan agar jangan mengambil tindakan terhadap mereka selama mana piket berlangsung dengan aman.

Disediakan oleh,

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar

Dewan Pemuda PAS Malaysia .

Kad kredit: Tidak pelik anak muda berstatus muflis

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Penggunaan kad kredit di kalangan masyarakat umum ketika ini bukan lagi dilihat sebagai satu kebanggaan atau satu gaya hidup akan tetapi sudah menjadi suatu kemestian dalam mengharungi zaman kenaikan harga barang dan taraf hidup yang semakin tinggi.

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan lain di dalam mengharungi hidup terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

"Namun adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik dalam hendak memastikan diri dan keluarga 'berdaya saing' demi untuk meneruskan kehidupan," soalnya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya media pernah melaporkan bahawa 449 muflis kerana kad kredit.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dikumpulkan oleh pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.

Ini, ujarnya satu angka yang mesti diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

Tambahnya, walaupun jumlah muflis akibat gagal membayar hutang kad kredit hanya mencatatkan 4,417 kes dalam tempoh lima tahun hingga Mei 2010 yang lalu, situasi penggunaan serta pengeluaran kad yang dilihat tidak terkawal dianggap membimbangkan serta boleh memusnahkan masa depan generasi muda.

Beliau menambah, statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 juga menunjukkan bahawa pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan.

Katanya, pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranya seseorang itu berhutang RM1,000 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum lima peratus setiap bulan, dia mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah.

Kajian juga, katanya menunjukkan pengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17 peratus lebih daripada individu yang berurusan menggunakan wang tunai.

Menurutnya, antara sebab-sebab yang membawa kepada 'maslahah' ini adalah faktor kadar faedah yang tinggi, kawalan kelulusan pengeluaran kad kredit terlalu longgar, sikap institusi kewangan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat kepada kesan sosioekonomi dalam jangka masa yang panjang.

"Ditambah dengan sikap segelintir pengguna yang tidak berhemah dikenal pasti punca kenapa ramai yang jatuh muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit," katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.

Pihak kerajaan, tambah beliau perlu melihat kepada isu dengan lebih mendalam dan perlu mengambil tanggungjawab dan bukannya dengan mudah menyalahkan rakyat serta menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.

Ianya, kata beliau perlu dilihat juga dari segi harga kereta dan harga rumah di negara ini.

"Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah yang mana harganya semakin hari semakin meningkat yang mana menyebabkan harga rumah juga terus meningkat.

"Di dalam keadaan begini menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis," katanya.

Beliau berkata, bebanan yang ditanggung oleh rakyat perlu diambil kira sekiranya slogan 'Rakyat Didahulukan' dilaksanakan dan bukan sekadar retorik semata-mata.

Kalau dilihat secara teliti, katanya Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini juga tidak banyak membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah bebanan kenaikan harga barang.

Malah, katanya faktor inflasi dan kenaikan harga barang  juga turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang mana akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.

"Maka tidak pelik kalau satu hari nanti Malaysia akan dipenuhi oleh anak-anak muda yang umur belum mencecah 25 tahun tetapi sudah berstatus muflis," katanya.

Khamis, 6 Oktober 2011

Penetapan Gaji Minimum PR Tepat Pada Masanya

Oleh Ustaz Firdaus Jaafar

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS) merasakan bajet yang dikemukakan oleh PR (PR) dalam meletakkan gaji minimum RM 1,100 sebagai gaji minimum tenaga kerja sebagai berpatutan dan kena pada masanya. Ini kerana dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kenaikan harga barang, penetapan gaji minimum sebanyak RM 1,100 amat sesuai dilaksanakan.

LPAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang cukup memahami kehendak serta keperluan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini juga bersesuaian dengan tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam CEUPACS serta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahukan kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM 900.00. Dalam keadaan kerajaan teragak-agak untuk membantu rakyat berpendapatan rendah, PR tanpa berlengah panjang terus membentangkan bajet yang antaranya menetapkan gaji minima yang kena pada golongan sasaran.

Bagi LPAS, kerajaan sepatutnya telah lama menetapkan gaji minimum. Ia bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah agar keluar dari kepompong kemiskinan. Apa yang berlaku pada hari ini adalah ramai pekerja berpendapatan rendah yang mendapat gaji terlalu sedikit, sehingga ada yang kurang daripada RM 800 sebulan. Dengan gaji demikian, bagaimana folongan pekerja ini dapat hidup dalam suasana di bandar khususnya di Kuala Lumpur ini? Mereka pula mempunyai keluarga, dan dengan pendapatan yang sebegini semakin ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan.

Pembentangan bajet PR membuktikan bahawa PR sentiasa meletakkan rakyat sebagai agenda utama. LPAS menunggu-nunggu apakah pula reaksi kerajaan dalam menawarkan kebajikan kepada golongan berpendapatan rendah. LPAS mengharapkan supaya kerajaan dapat menetapkan gaji minimum yang lebih baik daripada PR sesuai dengan sifatnya sebagai kerajaan persekutuan. Jika tidak, LPAS meminta rakyat agar memilih bajet PR dan seterusnya PR sebagai pilihan dalam pilihanraya Umum ke 13.

YB UST. MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengerusi
Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Isnin, 3 Oktober 2011