Selasa, 30 Mac 2010

Pra PRK P94 Hulu Selangor : UMNO vs MIC

SPR belum lagi memutuskan kedudukan kerusi P94 Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato' Zainal Abidin Ahmad, Khamis lalu.

Dijadualkan SPR akan berbuat demikian pada hari Jumaat ini setelah menerima notis kekosongan kerusi tersebut dari Speaker Dewan Rakyat.

Ada beberapa kemungkinan akan berlaku selepas berlangsungnya mesyuarat SPR nanti walaupun sudah pasti berlakunya kekosongan kerusi Hulu Selangor. Sama-sama kita tunggu Pengerusi SPR mengumumkan keputusan mesyuarat badan pengendali pilihan raya yang telah beberapa kali membuat kejutan sejak kebelakangan ini.

Keputusan SPR juga berkemungkinan akan bergantung kepada 'wahyu dari seri perdana' samada mahu mengadakan atau tidak pilihan raya kecil bagi mencari pengganti Allahyarham Dato' Zainal.

Namun apa yang nak dilontarkan adalah sikap dua parti komponen BN yang tidak menghormati jenazah bekas Timbalan Menteri Besar Selangor suatu ketika dulu. Ketika keluarga Allahyarham sedang berduka di atas pemergiannya, kedua-dua pihak tadi sedang bercakaran dan bertokak sesama mereka kerana berebut untuk menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil yang entah jadi entahkan tidak.

Samy Vellu yang ditolak hidup-hidup oleh orang India sendiri, awal-awal lagi sudah menamakan orang kuatnya G.Palanivel untuk merampas kembali kerusi itu. Tapi saranannya ditentang hebat Umno Bahagian yang juga beria-ria nak bertanding mencabar Pakatan Rakyat yang masih berduka di atas kehilangan aset berharganya itu.

Maka berlakulah tokak menokak dan tuduh menuduh sesama komponen BN itu. Hujah MIC ialah Hulu Selangor adalah kuota mereka, sebelum ini pun G.Palanivel dah pernah menang di situ dan PRU lalu dia juga yang bertanding dan kalah di tangan Allahyarham. MIC perlu diberi peluang untuk merampas kembali kerusi itu dari tangan PR.

Umno pulak jawab hujah MIC, kononnya MIC dah tak dapat sokongan rakyat dan akan kalah kalau dipilih untuk mewakili BN dalam PRK nanti. MIC kena beralah dan bagi peluang Umno untuk tebus kekalahan lagi pun majoriti pengundinya adalah dari komposisi kaum Melayu.

Yang pastinya kalau wahyu yang turun nanti mengizinkan SPR untuk mengadakan PRK bagi P94 Hulu Selangor, kemelut ini sudah tentu akan berlarutan dan peluang PR mengekalkan kerusi ini adalah teramat cerah.

Cumanya PR perlu bijak mengemukakan calon yang diyakini rakyat dan bukannya calon seperti Zahrain Hashim, Zulkifli Nordin, Mohsin samsuri, Tan Tee Beng, Radzi Salleh, Osman Jailu, Jamaludin Md Radzi ataupun Hee Yit Fong.

Khamis, 18 Mac 2010

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Rabu, 17 Mac 2010

Anwar puji kepimpinan MB Kedah

ALOR SETAR : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang telah berjaya menguruskan negeri itu sepanjang dua tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, Ustaz Azizan telah yang berjaya menempatkan Kedah di kalangan negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan hasil dari pentadbiran yang telus dan bersih daripada sebarang amalan rasuah.

Sepanjang tempoh dua tahun itu juga katanya Kedah telah merekodkan pendapatan hasil bumi yang amat memberangsangkan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

"Kejayaan ini amat membanggakan dan pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Ustaz Azizan.

"Rakyat perlu meneruskan sokongan kepada Ustaz Azizan demi untuk memastikan kesinambungan pentadbiran sebuah kerajaan yang cekap, telus dan bersih dari amalan rasuah," katanya ketika berceramah umum, di Kompleks PAS Kedah baru baru ini..

Menurutnya lagi, kebijaksanaan Ustaz Azizan memimpin jentera pentadbiran negeri tidak perlu dipertikaikan lagi apabila sering membuat keputusan yang tepat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Anwar turut membenarkan Kerajaan Negeri mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermasalah dan menyeleweng daripada tugas yang diamanahkan.

"Kalau mereka bermasalah dan menyeleweng dari tugas hingga menjejaskan kerajaan negeri, ambillah tindakan ke atas mereka. Kita bukannya mementingkan parti semata-mata, kesejahteraan rakyat adalah matlamat yang paling utama," ucapnya.

Jaga Lunas dulu, sebelum kritik Kulim

KULIM, 17 Mac : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang kebelakangan ini kerap mempertikaikan kepimpinan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah dinasihatkan supaya melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat di kawasannya terlebih dahulu.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Kulim, Lim Soo Nee sebagai menjawab tuduhan Mohd Radzhi bahawa sepanjang dua tahun kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak banyak membantu penduduk Kulim.

"Beliau tidak perlu mempertikaikan apa yang perlu dilakukan di kawasan saya.Sepatutnya beliau perlu memberi tumpuan dan melaksanakan amanah yang telah diberi oleh rakyat kepada beliau atas mandat tiket PKR dahulu untuk menjaga kebajikan mereka.Itu kawasan yang perlu beliau beri perhatian dan bukannya kawasan saya.

"Adalah lebih baik bagi beliau menjaga kawasan bebas beliau.Sebagai wakil rakyat Kulim maka saya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan penduduk kawasan ini berada dalam kehidupan yang harmoni dan selesa.Saya juga tidak mahu banyak berpolitik sehinggakan agenda rakyat yang sebenarnya dilupakan.

"Adalah menjadi keutamaan supaya kebajikan mereka didahulukan.Oleh kerana itu Majlis Ketua Kampung diharap dapat menyalurkan maklumat tentang permasalahan yang ada di kampung masing-masing supaya dapat diatasi segala masalah yang dihadapi."katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkata, bagi membantu penduduk yang daif dan memerlukan di beberapa kampung seperti Mahang beberapa nama yang memerlukan pemerhatian telah pun disenaraikan untuk diajukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya


Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.
Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.

Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

Kira-kira 2.30 petang, mereka berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri yang diterima oleh pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Sujud. Kemudian kedengaran tepukan gemuruh mereka yang hadir selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.

Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yak Chopil.

Memorandum itu, pada umumnya, menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli dimansuhkan.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah berkata, memorandum yang diserahkan Majid itu adalah yang sama yang dihantar kepada perdana menteri pada 9 Disember berhubung pelantikan senator dari kalangan Orang Asli.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.' - malaysiakini

Rabu, 10 Mac 2010

Adun Ayer Itam dan Sidam dilantik Exco

ALOR SETAR 10 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan ADUN Sidam, Tan Chow Kang merupakan dua muka baru yang membarisi senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah apabila senarai itu diumumkan di sini hari ini.

Mereka yang digugurkan pula ialah Abdullah Jusuh (ADUN Pantai Merdeka) dan Tan Wei Xu (Bakar Arang), manakala lapan lagi penyandang dilantik semula ke jawatan itu untuk tempoh setahun lagi.

Majlis mengangkat sumpah pelantikan akan dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini hari ini. – Utusan

Mazlan Aliman ditangkap di Raub

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang tadi.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub berkata, pihak polis wajib menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

"Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Penangkapan itu, menurutnya sekaligus mengakibatkan rakyat bertambah benci kepada Umno dan BN sendiri.

Selasa, 2 Mac 2010

02-03-2010 Sumbangan Pikat kepada mangsa kebakaran di Kbg Pasu

01-03-2010 Serah memo bantahan kepada Pengarah HSB

Bersama-sama Ahli Parlimen Sungai Siput, Ahli Parlimen Pendang, Ahli Parlimen Padang Terap, DPPN Kedah, PSM dan orang ramai hadir di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menyatakan bantahan terhadap "Full Patient Payment" yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pesakit mendapat khidmat rawatan doktor pakar di hospital kerajaan terpilih.

Memo bantahan berjaya diserahkan kepada Pengarah HSB, Dr Juwita

28-02-2010 Lawatan AJK PAS Kuala Kangsar ke Jerai

27-2-2010 Ziarah rakyat yang keuzuran

Ziarah veteran dan aktivis PAS
Ziarah isteri JKKP yang keuzuran

27-2-2010 Perarakan Maulidur Rasul di Bedong