Jumaat, 15 Februari 2013

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah. Mohon sebarkan.







hasil daripada : http://www.taufiking.com

Rabu, 13 Februari 2013

Siasat 11 projek BN Kedah rugi RM403 juta

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pendedahan terhadap kerugian yang didakwa bernilai RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

"Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berpendapat jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan.

Tetapi, ujarnya jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.

Semalam, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Bercakap dalam sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, beliau berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.

"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.
Justeru, kata Mohd Azmi, Teras kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan masih berleluasa seperti yang digambarkan dalam Laporan Audit Negara.

Menurutnya lagi, rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara.

Beliau berkata, jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan.

"Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang.

"Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi," katanya.

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya.

Mohd Azmi berkata, Teras akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan Persekutuan yang mengeluarkan perbelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi.

Katanya, rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara menyalah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan.

"Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan," ujarnya lagi.

Selasa, 12 Februari 2013

Penyelewengan BN, Kedah tanggung hutang RM403 juta

KUALA LUMPUR: Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta hari ini tampil untuk membuat pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sewaktu pemerintahan mereka di Kedah.

Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Menurut beliau lagi, perkara ini perlu diketahui oleh semua rakyat Kedah agar mereka boleh menilai kenapa perlu menolak BN pada piliharaya yang akan datang.

"Kita tampil dengan satu Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta yang akan membuat pendedahan terhadap 11 penyelewengan yang dilakukan oleh BN sebelum ini.

"Pendedahan yang kita lakukan ini perlu dijelaskan oleh BN, kerana kita mahu seluruh rakyat Kedah mengetahui penyelewengan yang dilakukan oleh mereka," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS.

Mohd Firdaus memberitahu pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu akan diadakan pada 23 Februari malam di Taman Melawar.

Beliau yang turut berkongsi penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.

"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.

Manakala loji pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN harganya melonjak menjadi RM155 juta, jelas beliau lagi.

Beliau yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri sebelum ini beriya-iya menolak geran peruntukan pusat, sehingga samggup menerima pinjaman yang berlipat kali ganda kosnya.

Ahli Parlimen Jerai itu juga berharap kepimpinan BN Kedah yang sebelum ini tampil menyerang kerajaan Pakatan di Kedah tampil dengan segera untuk membuat penjelasan berhubung penyelewengan tersebut.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar), Mohd Amin Othman.

Ahad, 10 Februari 2013

Jom pakat LIKE Bongkar 403 Juta!


Mai pakat LIKE ramai-ramai fesbuk ni...
beri sokongan sambil mendapat info2 terkini