http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Rabu, 29 Julai 2009

Festival Kedah Sejahtera berakhir malam tadi

Festival Kedah Sejahtera telah melabuhkan tirainya malam tadi diakhiri dengan penampilan beberapa orang artis yang pernah dan sedang menempa nama dalam industri muzik negara. Konsert malam tadi melenyapkan terus teka-teki selama ini yang sering berlegar di pemikiran para-para artis dan peminat-peminat artis akan masa depan industri muzik negara sekiranya negara ditadbir oleh seorang yang digelar Tuan Guru atau Ustaz.

Renggo Arrow, Blank Gamma dan Paklong Selagi Ada Rindu memukau ribuan pengunjung Festival Kedah Sejahtera dengan persembahan yang cukup bertenaga dalam menyampaikan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dengan pelbagai rentak alunan melodi dan irama hinggakan para pengunjung tidak berganjak dari tempat duduk mereka hingga konsert berakhir.

Apa pun sekalung tahniah dan penghargaan kepada penganjur yang terpaksa bergelut untuk menjayakan program besar ini. Pastinya selepas ini ramai yang akan bercakap dan berbahas tentang Festival Kedah Sejahtera yang berakhir malam tadi.

Ada yang memuji dan tidak sedikit juga yang akan mengkritik. Memuji kerana kejayaan penganjur menyediakan segala yang mencukupi dan memenuhi selera dan kehendak semua kelompok rakyat.

Dari kelompok kanak-kanaknya sampailah kepada warga emas, semua ada. Dari sekecil-sekecil perniagaan hinggalah kepada sebesar-besar perniagaan semuanya ada. Pendek kata "MACAM-MACAM ADA".

Kena fikir panjang kalau nak kritik. Apa pun kritikan yang membina perlu untuk penambah baikan di masa hadapan.

Tahniah untuk KCE dan semua yang terlibat.


Bergambar kenangan bersama Renggo dan Blank

Lawatan dan ziarah di Kabu 10

Gambar sekitar lawatan dan ziarah ke Kampung Kabu 10, Selengkoh



Meraikan anak-anak muda di dalam kawasan

Menyumbang sepasang kasut bola untuk Adik Hafiz, yang bermain untuk pasukan negara bagi kategori bawah 15 tahun.
Menyerahkan bola raga kepada wakil pemuda Kampung Kubang Pasu, Simpang Tiga Sungai Limau untuk aktiviti riadah

Sumbangan bola kepada pemuda-pemuda Kampung Kilang Ketapan, Gurun

Isnin, 27 Julai 2009

KB JAYA layak ke akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai 2009

AHAD (26-7-09) : Pasukan KB Jaya menempah tiket ke perlawanan akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai 2009 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 2 Ogos apabila menewaskan lawannya Pmtg Buluh 4-1 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir semalam.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila masa permainan sebenar tamat. Pasukan Pmtg Buluh yang terpaksa beraksi dengan sembilan orang pemain selepas dua orang pemainnya dibuang padang berjaya mengekang pergerakan pemain lawan hingga masa permainan sebenar berakhir.

Penjaga gol KB Jaya, Mohd Fadlie Che Omar menjadi wira pasukannya apabila beraksi cemerlang apabila menggagalkan dua sepakan penalti pasukan lawan untuk membawa pasukannya beraksi di perlawanan akhir menentang pasukan Modenas minggu hadapan.

Berikut adalah jadual perlawanan yang akan dilangsungkan pada 2-8-09 (Ahad) :

1. MSH MEGA lawan UPU PMTG BULUH
1. Jam : 3.30 petang
1. (Penentuan tempat ketiga dan keempat)

2. MODENAS lawan KB JAYA
2. Jam : 5.15 petang
2. (Final)


Ahad, 26 Julai 2009

Aura Fadhil Noor -Kebijaksanaan Memimpin Ummah

“Innalillah wainna ilaihiraajiun” Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepadaNya akan kembali. Selawat dan salam penuh penghormatan kita kepada Nabi Muhammad saw dan kaum keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang dikasihi sekelian…radhiyallah anhum ajmain. Seterusnya tidak dilupakan kepada semua alim-ulama', pemimpin-pemimpin yang begitu berjasa kepada ummah di sepanjang zaman, terlebih dahulu pergi menyambut seruan Ilahi… kepada roh mereka semua…al-Fatihah!

Sebenarnya… saya termanggu beberapa detik ketika, seusai amein al-fatihah tadi. Dek kerana tokoh yang saya cuba mengenengahkan keperibadian, kebijaksanaan, keilmuan, kepimpinan dan segala-galanya yang baik yang terdapat pada tokoh tersebut, saya mula rasa gerun.., cemas kepada kemampuan diri saya sendiri, begitu kerdil malah picisan. Apatah lagi ruang yang saya cuba isikan ini terlalu kecil cuma sebagai sebuah risalah sahaja, namun saya cuba untuk menggagahinya jua demi kepentingan ummah dan atas sifat seorang yang pernah menikmati .. sedikit tunjuk ajar al-Marhum semasa hayat beliau.

Al-Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor, sebenarnya adalah lebih berhak dan layak untuk dibicarakan di persada ummah dan kemanusiaan sejagat berbanding perjuangan yang dilihat secara zahirnya bersama PAS sebagai seorang pemimpin parti politik. Memang benar di penghujung usia beliau, al-Marhum adalah Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen. Namun di hati-hati ummah sesiapa pun tidak boleh menafikan bahawa beliaulah pemimpin umum yang ummah kenali dan begitu dekat serta mesra dengan semua lapisan masyarakat dari semua seginya.

Tujuh tahun masa berlalu…sejak pemergian beliau dari kehidupan ummah semua, PAS telah pun diterajui oleh penggantinya sebagai Presiden PAS malah barisan pelapisnya pun sudah beberapa kali diperbaharui akan mandat mereka oleh muktamirin PAS. Kekosongan dalam PAS telah pun berisi, walaupun tak dapat memenuhi semua ruang yang dikosongkan oleh al-Marhum. Persoalan besar ummah pula ialah kekosongan kepimpinan ummat Islam yang turut sama ditinggalkan oleh al-Marhum masih juga dirasai sebahagian besar mereka sebagai lompangan yang tak terisi oleh sesiapa. Kenapa dilihat oleh ummah sedemikian dan tak dapat ditampung oleh mereka yang ditinggalkan ?

Mungkin tulisan Saudara Hj Subky Latif ini mengandungi jawapannya.. `Beliau belajar apa yang orang miskin boleh pelajari, beliau membuat apa yang orang biasa boleh buat, beliau berjuang apa yang orang ramai boleh perjuangkan dan beliau beramal sebagaimana orang awam berupaya menunaikan. Kalau beliau sebagai orang miskin, orang biasa, orang ramai dan orang awam dapat mencapai sesuatu yang membanggakan, mengapa orang lain sepertinya tidak boleh berbuat sepertinya. Beliau boleh buat kerana ada azam dan keberanian sepertinya. Itulah yang perlu dipelajari dan dicontohi.` Buku Fadhil Noor dia guru…dia kawan.

Kekosongan kepimpinan ummah tidak wajar dibiarkan berlarutan, berpanjangan. Ummah perlu memikirkan sesuatu dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Langkah pertama yang saya fikir kita semua mampu lakukan ialah lazimkan memikir dan meletakkan kepentingan ummah kebanyakan, marhaen mustad`afin dalam setiap gerak kerja perjuangan masing-masing. Biasakan hidup sebagai orang kebanyakan kerana di situlah ummah akan memahami serta merasai denyut nadi ummat Islam yang sebenarnya. Ya mustahil ! kita akan dapat menghidupkan semula `Fadhil Noor` ke alam realiti, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu merintis jalan supaya adanya hambaAllah yang boleh mengganti, melaksanakan tugas seterusnya memimpin ummah kembali. Kepada pimpinan politik sensasi tak perlulah ummah harapkan lagi, masing-masing telah pun memilih dan membuat halatujunya sendiri. Kita doakan semoga ummah tidak mudah tergadai maruah dan harga diri.

Kehebatan Ustaz Fadhil bukan pada orangnya, tetapi lebih banyak terletak kepada kebijaksanaan kepimpinannya yang berpegang kuat kepada prinsip. Prinsip Islam serta perjuangan ummahnya yang kental menjadikan beliau mampu bertindak dan cepat membuat keputusan tanpa ragu-ragu. Sebagai pemimpin beliau memahami dan dapat menerima dengan kesabaran bahawa orang yang di bawahnya sentiasa terkemudian dalam memahami tindakan serta keputusannya. Banyak kes-kes yang dapat dihubungkan dengan perkara tersebut contohnya, memanggil perjumpaan yang terbentuknya GERAK sebelum dibawa ke mesyuarat PAS pusat, kemunculan beliau di rumah Anwar Ibrahim selepas dipecat dari TPM dan kesediaan al-Marhum menerima jemputan Syarahan Perdana Issu Palestine bersama Dr Mahathir. Semua yang tersebut peringkat awalnya mendapat bantahan dari kebanyakan orang PAS dan pimpinan PAS yang lainnya.

Kes Muhammad Sabu ditangkap khalwat di Kota Bharu, bagi saya amat menyerlahkan kebijaksanaan al-Marhum dalam menghadapi serta menangganinya sebagai pemimpin berbanding yang lainnya. Perkara ini ada disebut oleh Hj Subky Latif secara agak terperinci dalam bukunya Fadhil Noor dia guru… dia kawan. Ketika issu tersebut meletup.. ahli dan penyokong PAS di seluruh negara bagaikan disambar petir, terpinga-pinga, merah padam, mengenangkan apa yang bakal berlaku. YB Muhammad Sabu ketika itu bukan suatu hal yang penting lagi kepada ahli PAS tetapi Parti PAS itu sendiri bagaimana nasibnya nanti, dihadapkan kes berat sebegitu. Kebetulan pula waktu kejadian Presiden PAS yakni al-Marhum berada di luar negeri, mengerjakan umrah. Tinggallah Timbalan beliau dan Mursyidul Am mengawal-selia fitnah yang dihadapi.

Menurut Hj Subky, Mursyidul Am atau Ustaz Abu Bakar Chik antara orang yang mula-mula menangkis fitnah tersebut dengan membuat perbandingan seperti kes yang berlaku terhadap Siti Aisyah ra isteri Rasulullah saw, di mana tidak ada apa yang berlaku antara kedua-duanya. Lebih meyakinkan lagi mereka apabila perbandingan yang sama turut disertai oleh Timbalan Presiden. Pada awalnya Ustaz Hasan Syukri yang menolak perbandingan tersebut sebagai kurang tepat, terpaksa mendiamkan diri selepas arus perdana peluru penangkisnya semua begitu. Penerangan pun dilancarkan bagi menangkis ke seluruh negara.

Sekembali al-Marhum dari umrah, beliau tidak mudah melatah untuk menjawab semua soalan yang diajukan wartawan dan rakan-rakan. Agak payah bagi wartawan untuk menimbulkan sensasi dan kontroversi hasil temuramah atau perbualan dengan beliau. Beliau cukup teliti, rapi dan berbudi pekerti yang tinggi biarpun sesama sendiri. Bagi beliau segera panggilkan mesyuarat AJK Pusat. Mesyuarat yang penting, berjalan dengan serius semua dikehendaki memberi pandangan terhadap kes. Sebagai pengerusi mesyuarat, beliau cukup berhemah dengan mendengar semua pandangan. Seperti termaklum sebelah kanan beliau ialah Timbalan dan seterusnya Mursyidul Am yang meneruskan hujah-hujah yang sama di samping memberi cadangan supaya dilipat gandakan lagi usaha-usaha penerangan balas melawan media massa. Ahli-ahli mesyuarat yang lain siapa pun tidak berani atau mampu mempunyai hujah berbeza melainkan lebih kurang sama sahaja dengan kedua-dua tokoh besar PAS itu.

Tulis Hj Subky, cuma Ustaz Harun Taib seorang sahaja yang memberi pandangan yang berbeza dan mengatakan pandangan ramai tersebut tidak secocok dengan kejadian Muhammad Sabu. Ustaz Hassan Syukri yang peringkat awal berbeza juga tetapi tidak mengemukakannya dalam mesyuarat tersebut. Apabila tiba giliran Pengerusi memberikan pandangan, beliau menggelengkan kepala, “Saya tak dapat nak terima perbandingan dengan Aisyah ini, Hujah itu tak lepas. Payah orang nak terima.”

MIC leader joins list of defections from BN to PKR

KUALA LUMPUR, July 25 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim succeeded today in bringing into PKR ex-MIC vice president Datuk S.S. Subramaniam and the members of 12 MIC branches.

The senior ex-MIC man brought with him his younger brother and some 2,500 members from 12 MIC branches within Petaling Jaya and Meru, Klang into the PKR fold.

The defections were touted as a boost for the Pakatan Rakyat (PR) but it is unclear how significant Subramaniam’s move is, considering he has little influence left in the Barisan Nasional (BN) party.

But coming on the heels of former MCA vice-president Datuk Chua Jui Meng’s defection into PKR last week, Anwar will be hoping to gain some momentum from Subramaniam’s decision to join PKR.

Besides Subramaniam and Chua, Anwar had also succeeded in attracting former Umno minister Datuk Zaid Ibrahim into PKR as attempts to strengthen his party’s position as a lynchpin in PR.

Anwar and other PKR leaders with the MIC men who crossed over.
He will also be hoping the defections can bolster his party’s and PR’s claims of being a truly multiracial platform in his quest to dethrone BN and take federal power.

Speaking before the mostly Indian crowd numbering some 300 people at a function announcing the defections, Anwar told them the questionable deaths in detention of Teoh Beng Hock and A. Kugan were linked, rousing their interest.

He told them the two dead men were linked because they had both suffered class persecution at the hands of the wealthy BN government, which had failed their duty “to protect the rights of ordinary Malaysian citizens.”

“There are two laws: one law for the big men, and one law for the poor,” the Permatang Pauh MP said, working the crowd into a fever.

They exploded into thunderous applause and cheers when he delivered his last pitch: “I'm not an Indian but I'm here giving you my solemn oath that I'll defend the rights of every Malaysian citizen.”

Subramaniam said he had been supportive of PKR's multiracial, multicultural policies for a long time.

But for him personally, it was the government's flip on education policies, particularly the teaching mathematics and science in English that finally convinced him that change could only come with PR.

Subramaniam said it was Anwar's timely meet with him last week, beseeching him to “come and help” tell the Indian community that their only hope lay with PR, which prompted his leap to the other side.

He stressed that he did not cross over to gain any plump position within PKR, when asked if he had been promised a spot in the party leadership.

“I've already had that,” smiled Subramaniam, whose last government role was as parliamentary secretary to the Ministry of International Trade and Industry in 1995.

“Before I go, I want to do something for the people of this country,” said the 72-year-old.

"In Barisan Nasional, MIC occupies the lowest place," he said, stressing that the party was wracked by in-fighting caused by party chief Datuk Seri S. Samy Vellu's preferential treatment towards members of his own caste.

It is an open secret that Subramaniam had opposed Samy Vellu on many occasions, causing him to be dropped from the vice-president’S post in 1994 in favour of his successor who bears a similar name, Dr S. Subramaniam.

"But what we must have is a country that is united in diversity," said Subramaniam.

But the MIC Taman Perangsang branch chief has yet to actually hand in his MIC quit papers and PKR membership form. He told reporters later that he would do so next week.

Subramaniam said he had yet to hear from Datuk Seri S. Samy Vellu directly, but added that he heard from a second-hand source his ex-party boss badmouthing him in a Tamil Nesan newspaper report yesterday.

There was little more left to say to his ex-boss, he said.

MODENAS TEWASKAN MSH MEGA

Sabtu (25-7-09) : Modenas mengesahkan tempat ke final Liga Bolasepak Tertutup Jerai 2009 apabila menewaskan lawannya Msh Mega dengan jaringan 4 - 1. Gol seawal minit permainan bermula telah memberikan semangat kepada pemain-pemain Modenas untuk menambah tiga gol lagi sebelum tamat permainan separuh masa pertama.


Aksi-aksi perlawanan separuh akhir pertama di antara MODENAS melawan MSH MEGA
Di separuh masa kedua, Msh Mega terpaksa bermain dengan sepuluh orang pemain apabila pemain pertahanannya dilayangkan kad merah. Walau bagaimanapun Modenas gagal mencuri peluang untuk menambahkan jaringan tetapi sebaliknya Msh Mega yang berjaya merapatkan jurang perbezaan gol untuk menjadikan keputusan berakhir dengan Modenas menang 4 - 1.

Sabtu, 25 Julai 2009

KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA






Kuliah isu babi untuk Umno Kedah

UNTUK kali ketiga Umno di Kedah telah berjaya menghasut orang kampung untuk mengadakan demonstrasi membantah (apa yang disifatkan mereka) kewujudan pusat ternakan babi di tempat mereka.

Demonstrasi yang diadakan di Sungai Tok Pawang itu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya membenarkan pembukaan pusat babi di kampung itu.

Demonstrasi pertama berhubung isu babi ini didakan di Jabi. Ia diikuti dengan demonstrasi di hadapan Majlis Daerah Pendang. Semua dalang dalam demonstrasi itu adalah pemimpin Umno tempatan. Buktinya setiap kali demonstrasi diadakan, pemimpin Umno yang turut hadir muncul memberi ulasan.

Babi sangat sensitif dengan orang Melayu. Mudah sangat bagi Umno membangkitkan kemarahan orang kampung (yang tidak faham isu sebenar) terhadap pihak lain, terutamanya terhadap kerajaan negeri Kedah, iaitu hanya dengan menjaja cerita kononnya kerajaan negeri akan membenarkan pusat babi akan dibuka di kampung mereka.

Sejak dulu, kini dan selamanya, Umno akan terus menerus memperdaya orang Melayu dengan isu-isu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Saya pernah menulis keluaran lalu bahawa kewujudan pusat pemotongan babi tidak semudah membuka gerai roti canai tepi jalan. Tetapi hendak menjelaskan sesuatu isu kepada Umno bukan perkara mudah.

Hendak cerita bab hukum hudud terpaksa ambil masa berpuluh tahun untuk fahamkan mereka (itu pun sampai sekarang masih belum faham) inikan pula nak cerita isu babi yang tidak pernah tercatat dalam mana-mana kitab terdahulu dan tidak diajar pula di surau-surau.

Saya akan cuba menceritakan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ahli-ahli Umno supaya lepas ini mereka tidak ghairah lagi untuk adakan demonstrasi demi demonstrasi setiap kali terdengar ura-ura pusat pemotongan babi akan diadakan di sesuatu tempat.

Cadangan dari pengusaha

Pertama, cadangan mewujudkan pusat pemotongan babi mestilah datangnya dari pengusaha. Ia bukan datang dari Menteri Besar atau anggota Exconya. Menteri Besar dan Exco bukan pengusaha babi.

Banyak kerja lain mereka nak buat untuk kesejahteraan rakyat. Pengusahalah yang mesti bertungkus lumus ke hulu ke hilir mencari tapak yang difikirkan sesuai.

Jika dalam setiap demonstrasi isu babi tajaan Umno mereka mengecam kerajaan negeri kerana kononnya bercadang 'mahu membuka pusat babi', itu adalah tuduhan tidak betul. Cadangan lokasi semuanya datang dari pengusaha.

Lokasi di Jabi, Pendang dan Sungai Tok Pawang; semuanya baru di peringkat cadangan. Sewaktu peringkat cadangan, Umno tidak perlu kerah orang kampung membantah lagi kerana terdapat beberapa proses yang terpaksa dilalui oleh pengusaha.

Setelah pihak berkuasa tempatan menyiasat Jabi dan Pendang, ia tidak sesuai kerana tiada zon penampan dengan kawasan penempatan orang ramai.

Di mana tempat pun pengusaha perlu dapatkan sokongan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan, pihak penguasa tanah dan Jabatan Alam Sekitar. Semua jabatan tersebut menetapkan piawaian tertentu sebelum memberi kelulusan. Salah satu jabatan tidak beri sokongan maka permohonan akan tertolak. Pengusaha perlu cari lokasi lain pula.

Mungkin pengusaha boleh guna 'cara mudah' iaitu menyogok pegawai dari jabatan yang memberi kelulusan. Tapi kaedah itu juga sukar untuk berlaku kerana para pegawai tahu dosa pahala, atau sekurang-kurangnya mereka takut akan siasatan SPRM.

Mereka mungkin pernah bermimpi dibelasah dan dihumban melalui tingkap oleh penyiasat SPRM. Walaupun cuma mimpi, tapi menakutkan juga.

Selepas tiga pihak tadi memberi kelulusan, barulah sokongannya diajukan kepada menteri berkaitan. Menteri yang berhak keluarkan permit pusat pemotongan babi, berasaskan sokongan tiga pihak tadi. Menteri juga berhak untuk tidak keluarkan permit walaupun disokong tiga jabatan tadi.

Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sebagai bakal Menteri Besar Kedah oleh sebahagian ahli Umno menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak menjelaskan kepada penduduk tempatan mengenai pembukaan pusat pemotongan babi. Sebab itulah, katanya, berlaku demonstrasi bantahan oleh penduduk. Dato' Bashah rupanya termasuk di kalangan ahli Umno yang tidak faham.

Kerajaan akan menerangkan kepada rakyat setelah lokasi tersebut diluluskan oleh Menteri. Pihak berkuasa tanah, kerajaan tempatan dan Jabatan Alam Sekitar akan diminta memberi penjelasan kepada penduduk tempatan. Kalau baru di peringkat cadangan, apa yang hendak dijelaskan kepada rakyat? Lulus ke tidak pun belum tahu.

Umno nampaknya beriya-iya sangat nak menjuarai isu babi bagi menarik sokongan rakyat, khususnya orang Melayu. Sebenarnya mereka tersilap. Penutupan pusat babi haram di Kampung Berjaya yang tidak dapat dilakukan oleh Umno selama 30 tahun, sewaktu jadi kerajaan, cukup untuk jadi pukulan maut kepada Umno.

Umno patut cari isu lain untuk mencari pengaruh, bukan isu babi. Walhal sewaktu jadi kerajaan dulu, Umno tidak pernah sentuh isu babi.

Di Sungai Tok Pawang. Nun dicelah bukit sana dikhabarkan terdapat ladang babi haram yang dibuka secara kecil-kecilan. Orang kampung semua tahu, tapi tidak pula kedengaran dulu Umno mengadakan demonstrasi membantah.

Tiba-tiba apabila terdapat ura-ura sebuah pusat pemotongan babi mahu diwujudkan di situ, wujud pula bantahan. Sepatutnya mereka lega dengan adanya pusat pemotongan sebab ia akan 'menghapuskan' babi-babi yang diternak.

Pernah terjadi sewaktu bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sedang berucap di sebuah perhimpunan rakyat yang diadakan di sebuah kampung Siam di Daerah Pendang, seekor babi terlepas dari kandang dan meluru di celah-celah orang ramai sehingga menimbulkan kegemparan.

Secara spontan Dr Mahathir berkata, "Biag pi lah, dia pun nak mai dengag (ucapan) jugak ...."

Di sekitar perkampungan masyarakat keturunan Siam itu, mereka membela babi macam orang Melayu bela kambing empat lima ekor di tepi rumah. Tidak pernah terdengar pula sejak dulu ahli-ahli Umno atau wakil rakyat BN setempat buat demonstrasi membantah orang Siam bela babi dalam kampung.

Sekarang baru nak jadi juara babi, tak payahlah ...

Khamis, 23 Julai 2009

Kematian pertama berkaitan H1N1 di Malaysia

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1) di Malaysia walaupun punca kematiannya bukan disebabkan oleh virus itu sendiri.

Pelajar itu yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mati akibat serangan jantung, kata menteri kesihatan hari ini.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata si mati mengalami masalah kegemukan dan mempunyai bengkak hati dan jantung, lapor The Star.

Ku Li bebas terima pelawaan

Kematian Teoh : Musa Hassan, Said Hamdan disaran tutup mulut

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh)- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan diminta tutup mulut dari mengulas isu kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Saranan itu dibuat Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar hari ini yang mengulas kenyataan SPRM dan KPN semalam yang mahu orang ramai tutup mulut dari memberi komen berhubung kematian Teoh.

Mahfuz melahirkan rasa bimbang kerana kedua-dua individu itu adalah pihak yang sedang menyiasat (KPN) dan yang disiasat (SPRM).

Beliau mengingatkan bahawa satu ketika dahulu, KPN pernah dikaitkan dengan dakwaan rasuah, dan ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai SPRM telah membuat siasatan ke atas KPN.

Bagaimanapun,siasatan BPR ketika itu kononnya mendapati 'tiada kes' untuk mengaitkan KPN dengan dakwaan rasuah,ujar Mahfuz.

"Kita bimbang yang menyiasat SPRM dengan kes Teoh ini ialah KPN yang sama yang pernah disiasat SPRM dahulu, kita bimbang berlakunya bias,

"Bagi saya satu suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kes ini, dan bukannya polis kerana masing-masing sejarah kepentingan antaradua pihak," ujarnya.

Rakyat juga pelik mengapa KPN dan Ahmad Said mahu semua pihak menutup mulut dari memperkatakan kes ini,sedangkan beliaulah pihak yang patutnya menutup mulut kerana sedang disiasat.

Mengulas kenyataan kerajaan yang kononnya mahu menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca kematian Teoh,Mahfuz menggesa perkara itu diputuskan di Parlimen.

Beliau bimbang, kini tanggungjawab diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mencadangkan kepada Istana penubuhan suruhanjaya serta keanggotaan dan formatnya.

"Kita bimbang, PM juga adalah pihak yang bertanggungjawab kepada SPRM kerana suruhanjaya ini dibawahnya, tentunya akan berlaku bias dalam cadangan penubuhan ini.

"Ada baiknya jika penubuhan ini dibentangkan dalam sidang khas Parlimen yang dipanggil segera dalam masa terdekat, biarlah Parlimen bahas dan bentuk cadangan dari sudut terma, syarat dan keanggotannya," katanya.

Selain itu beliau melihat, kes Video Linggam yang disiasat suruhanjaya pada dua tahun lalu, akhirnya tiada keputusan yang dibuat.

Malah kes itu senyap sehingga kini, justeru atas sebab itu perlunya satu suruhanjaya yang lebih wibawa yang dilantik melalui pembentangan di Parlimen segera untuk menyiasat kes itu./

RAYUAN BANTUAN & SUMBANGAN KEBAKARAN

PAS/DPPN/02/1.11(42)

19 Julai 2009
26 Rejab 1430H

KEPADA MEREKA YANG BERKENAAN
PARA DERMAWAN

Assalamualaikum wrt wbh.

Tuan/Puan,

RAYUAN BANTUAN & SUMBANGAN KEBAKARAN SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN (“SAIF”), GUAR CHEMPEDAK, KEDAH DARUL AMAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pada pagi Jumaat, 17hb. Julai 2009, Sekolah Integrasi Faizin (“SAIF”) di Guar Chempedak, Kedah Darul Aman telah dilanda kebakaran yang memusnahkan sebuah blok bangunan setingkat sekolah. Bangunan tersebut menempatkan 3 bilik pentadbiran serta 3 bilik darjah. Kerugian dianggarkan oleh pihak bomba adalah lebih dari RM500,000.00.

Sehubungan dengan ini, saya merayu kepada tuan/puan bagi mendapatkan bantuan dan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi meringankan beban pihak sekolah, pelajar dan waris yang terlibat dalam bencana ini. Bantuan dan sumbangan dalam bentuk kewangan boleh dibuat melalui sumbangan terus ke akaun Bank Islam atas nama “TABUNG PEMBANGUNAN SAIF” di nombor akaun 02084010028830.

Sumbangan juga boleh disalurkan dengan dihantar ke sekolah di alamat berikut:

SEKOLAH INTEGRASI FAIZIN
Guar Cempedak,
08800 Gurun
Kedah Darul Aman

Atau hubungi:

Pengerusi Sekolah, Ustaz Musoddak Hj Ahmad di 012 4827563 atau
Setiausaha Lembaga Tadbir, Ustaz Mohamad Ismail di 019 4227323.

Untuk maklumat lanjut tentang kerugian, gambar-gambar sekolah dan keperluan segera pelajar-pelajar pihak tuan/puan bolehlah melayari laman web di www.dppnkedah.blogspot.com.

Sebarang sumbangan dan bantuan dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Moga-moga Allah SWT membalas budi baik tuan/puan di akhirat kelak.

Jazakallahu Khairan Kathira

Sekian, wasalam.


Yang Memegang Amanah,

ROSLI BIN AZMI
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Isnin, 20 Julai 2009

Empat pasukan layak ke separuh akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai

Dua lagi pasukan iaitu PMTG BULUH dan KB JAYA mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai apabila menewaskan lawan masing-masing dalam saingan di peringkat suku akhir kelmarin.


PMTG BULUH layak setelah menewaskan pencabarnya KETAPAN FC dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu. Manakala KB JAYA pula menjadi pasukan terakhir layak apabila menewaskan lawannya OM FC dengan jaringan 2-0 semalam. Kesemua perlawanan berlangsung di Padang Awam Guar Chempedak.


Pada penghujung minggu ini akan dilangsungkan perlawanan peringkat separuh akhir yang akan menemukan MSH MEGA melawan MODENAS pada hari Sabtu, 24 Julai 2009 dan PMTG BULUH melawan KB JAYA pada hari Ahad, 24 Julai 2009. Kesemua perlawanan akan bermula pada jam 5.15 petang di Padang Awam Guar Chempedak.

Sabtu, 18 Julai 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.


Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

"Saya yakin saya berada dalam parti yang benar dalam sejarah Malaysia," katanya.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

1,000 jobs available @ Kulim Career & Postgraduate Expo 2009


Don't miss this great opportunity to meet the Premier Employers, Universities & Colleges in Malaysia. Please bring along hard copies of your resumes & certificates as well as CD-ROM containing your biodata. Please indicate your name & contact number on the CD-ROM.

So, do turn up in full force and kindly share the good news with your friends and neighbours. Always remember, when opportunity knocks, open the door to Success!

Konvoi Festival Kedah Sejahtera

Guar Chempedak (18-7-09) : Konvoi 46 motosikal dan 15 kereta yang diketuai oleh Ustaz Yusof Awang (Pengerusi Lajnah Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi DPPNK) yang tiba di Pekan Guar Chempedak pagi ini.

Konvoi yang bertujuan untuk mempromosikan Festival Kedah Sejahtera bertolak seawal pagi tadi dari Taman Jubli Perak, Sungai Petani dan akan menjelajah ke seluruh negeri Kedah bagi mengedarkan bahan promosi Festival Kedah Sejahtera yang dijadualkan akan berlangsung di Bandar Laguna Merbok pada 22 hingga 28 Julai ini.

Ketibaan konvoi ini disambut oleh Setiausaha DPPK Jerai dan Ahli-ahli Jawatankuasa DPPKJ. Peserta-peserta konvoi kemudiannya mengedarkan bahan promosi dan t-shirt festival kepada orang ramai di sekitar Pekan Guar Chempedak. Konvoi kemudiannya berlepas pula menuju ke utara negeri Kedah dan akan bermalam di Pendang sebelum meneruskan pengembaraan ke selatan negeri Kedah pada esok hari.
Ketibaan konvoi yang diketuai Ustaz Yusof Awang di Pekan Guar Chempedak
Peserta-peserta konvoi mengedarkan bahan promosi Festival Kedah Sejahtera kepada orang ramai di Pekan Guar Chempedak
Ustaz Yusof Awang (Ketua Konvoi) mengedarkan bahan promosi kepada salah sorang pengunjung Pasar Awam Guar Chempedak dan menyerahkan bahan promosi Festival Kedah Sejahtera kepada Setiausaha DPPK Jerai

Khamis, 16 Julai 2009

Pusat penapisan minyak, prospek besar kepada ekonomi Kedah - MB

KUALA LUMPUR,15 Julai (Hrkh)- Bertempat di Hotel Nikko, kerajaan negeri Kedah telah memeterai perjanjian kerjasama (MOU) dengan Merapoh Resources Corporations bagi membangunkan projek penapisan petrokimia yang dinamakan Kedah Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH).

Perjanjian bernilai RM35 bilion ini dimeterai antara Merapoh Resources Corporation dengan kerajaan Kedah bersama pelabur-pelabur antaranya Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Invesment Ltd.

Dari sudut kerja-kerja kejuruteraan, pembangunan dan kepakaran loji penapisan minyak, projek diserah kepada SK Engineering & Construction sebuah syarikat terkemuka berpangkalan di Korea.

Sementara SK Energy pula diberi kontrak penyelengaraan dan operasi SULIHH.

Perjanjian dibuat pada jam 3.15 petang dengan disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama pegawai kewangan negeri, Dato' Mohd Puat Mohd Ali dan setiausaha kerajaan negeri, Dato' Wira Rasli Basir.

Turut hadir, Exco Kanan Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi; Speaker Dun Kedah, Dato' Dr Mohd Isa Ismail; Exco-exco Kerajaan Negeri, Ir Amiruddin Hamzah; Dato' Mohamad Taulan Rasul; Dr Hamdan Mohamed Khalib; S.Manikumar dan Ustazah Aishah Ghazali

Merapoh diwakili, Pengerusi Eksekutifnya, Md Nazri Ramli dan Pengarah Eksekutif Mohd Hassan Mansor. SK Engineering diwakili, Naib Pengerusi dan CEO, Suk Kyong Yun dan Naib Presiden, Tae Min Cheong.

Pelabur, Hong Kong Beijing Star Ltd diwakili, Presidennya, LiFeng Yi serta Pengarah, Mou Fu Kong,sementara Winson Investment Ltd diwakili Tony Loh.

Dalam ucapannya, Ustaz Azizan menyatakan rasa syukur berikutan perjanjian ini telah ditandatangani syarikat yang akan membangunkannya dan pelabur.

Projek SULIHH yang berlokasi di Yan Kedah ini akan memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Kedah,ujar Ustaz Azizan.

Projek ini jugaakan memberi peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya, kata beliau.

Projek ini juga katanya adalah kejayaan besar dan bersejarah kepada kerajaan Kedah dalam memacu pelaburan masuk ke negeri itu.

Beliau turut membayangkan kejayaan ini kelak akan memberi kesan besar kepada pertumbuhan masuk pelaburan ke Kedah, selain pembangunan kawasan berhampiran.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada usaha keras Merapoh Resources Corporations dan Kedah Investment Centre (KIC) yang merealisasikan impian rakyat Kedah ini.

Projek yang SULIHH dijangka siap padatahun 2013 ini katanya adalah loji penapisan yang terbesar setakat ini yang diusahakan di Semenanjung.

Kerajaan Kedah ujarnya memberi sokongan penuh ke atas pembangunan SULIHH ini selain mengalu-alukan pelabur untuk melabur di Kedah.

Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH)


Petang tadi saya sempat meninjau tapak projek yang akan menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah. Sungai Limau Hydrocarbon Hub atau mudahnya SULIHH sedang rancak dipersiapkan tapak asasnya untuk majlis perasmian yang bakal disempurnakan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah yang dijangkakan akan berlangsung sebelum bulan puasa ini.

Jambatan Sungai Keroh, Bedong


Jambatan Sungai Keroh berhampiran Pekan Bedong yang sering menjadi rungutan pengguna-pengguna jalanraya Sungai Petani - Alor Setar kini dalam proses dinaik tarafkan. Kerja-kerja pembesaran jambatan ini telah bermula seawal minggu lepas.

Pagi tadi, saya berkesempatan meninjau kerja-kerja yang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik. Dari taklimat yang diberikan, projek ini akan mengambil masa lebih kurang setahun untuk siap sepenuhnya. Jambatan ini menelan belanja RM1.6 juta.

Rabu, 15 Julai 2009

Khir digantung setahun empat Adun BN enam bulan

SHAH ALAM, 15 Julai (Hrkh) - Dewan Negeri Selangor meluluskan usul terhadap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo digantung berkhidmat sebagai Adun dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama setahun.

Timbalan Speaker, Haniza Talha telah memaklumkan keputusan tersebut sekitar jam 3 petang selepas usul tersebut dibahaskan dan mendapat sokongan majoriti di Dewan Negeri Selangor.

Berikutan itu, 18 Adun BN yang merupakan pembangkang di Selangor diketuai Khir Toyo bertindak keluar Dewan sebagai memprotes usul meluluskan cadangan hukuman itu telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK).

Jawatankuasa itu turut menggantung empat Adun BN dengan dipotong elaun dan kemudahan bulanan selama enam bulan.

Ahli Dewan tersebut; Dato' Warno Dogo (Sabak-Umno); Mohd Isa Abdu Kasim (Batang Kali-Umno); Dato' Marsum Paing (Dengkil-Umno) dan Dato' Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam-Umno) .

Usul yang dibawa oleh Lau Weng San (Kampung Tunku-DAP) menegaskan hukuman yang dikenakan keatas lima orang Adun itu berbeza dengan hukuman yang dikenakan ke atas Adun dan Ahli Parlimen Pakatan rakyat lalu.

"Saya telah meneliti penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri telah mengetahui bahawa Jawatankuasa telah diadakan dan satu sesi pendengaran dipanggil untuk lima orang Adun terlibat membela diri," jelasnya.

Beliau berkata, semua Adun terlibat diwakili tujuh orang peguam dan mereka telah mengemukakan bantahan dan tidak mengambil keputusan untuk membela diri.

Usul tersebut disokong oleh Ng Sue Lim (Sekinchan-DAP) yang menegaskan Speaker tidak terlibat dengan cadangan memutuskan hukuman penggantungan terhadap Khir Toyo dan empat Adun BN yang lain.

Penegasan beliau itu berikutan dakwaan Khir bahawa penggantungan perkhidmatan Adun selama setahun itu dilakukan oleh Speaker dengan niat jahat dan balas dendam.

Sementara itu, Adun (Meru-PAS), Dr Rani Osman mengingatkan Khir supaya jangan bersikap mendabik dada dengan menganggap kekayaan yang diperolehi adalah hasil titik peluhnya.

Dengan kekayaan itu katanya, Khir boleh melakukan apa saja tindakan dan lebih parah menggunakan kuasa untuk menindas golongan bawahan tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Khir yang mendabik dada kewajarannya untuk tinggal di rumah besar kerana sebagai bekas Menteri Besar dan tidak sesuai tinggal di rumah pondok.

Menurut beliau, pondok itulah yang telah mengeluarkan ramai para ulama, pencinta negara dan pejuang yang telah mengorbankan jiwa mereka untuk tanah air.

Beliau turut menyelar sikap Khir yang melemparkan fitnah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat banyak berbohong dengan rakyat dalam melaksanakan pentabdiran.

"Saya hendak tanya adakah Sungai Panjang mengetahui bahawa rakyat hari ini masih rakyat yang lama, yang tidak tahu ICT, rakyat hari ini telah berubah," tegasnya.

Bagi Shaari Sungib (Hulu Kelang-PAS) mengingatkan Khir Toyo supaya segera bertaubat kerana enggan menjadi saksi telah mengakibatan dosa besar.

Ini kerana katanya, wakil rakyat merupakan pembela hak rakyat dan menjadi saksi utama adalah fardhu ain yang sangat dituntut dalam agama Islam.

Ekoran tindakan Khir yang keluar dewan beliau menegaskan, itu membuktikan kegagalan BN mendukung prinsip Islam telah terdedah di sidang Dewan Negeri.

Menurut beliau, apabila seseorang itu enggan menjadi saksi satu penyakit lain telah timbul iaitu beliau cuba memutar belit dengan membawa keterangan yang tidak sewajarnya.

"Kita telah menyaksikan beliau (Khir) memutarbelitkan fakta walaupun beliau telah diberi peluang seluas-luasnya dengan notis pemberitahuan peguam tetapi beliau enggan datang dalam siasatan Selcat," tegasnya.

Beliau mengingatkan Khir bahawa tindakannya itu bukan saja telah melakukan penghinaan terhadap Dewan tetapi telah melakukan dosa kepada Allah kerana enggan menjadi saksi dan memutarbelitkan fakta dan berbohong.

"Saya seru beliau bertaubat dan memperbaiki diri," katanya.

Menurut beliau, 18 wakil rakyat BN yang turut keluar dewan membuktikan bahawa mereka bukan saja tidak bersedia untuk mempertahankan hak rakyat tetapi curang dan cuai terhadap rakyat./SH _

PAS wins by 65 votes

Kunjungan ke Kampung Raga, Yan





YB Dato' Amiruddin Hamzah dan YB Ustaz Firdaus Jaafar bersama-sama pimpinan masyarakat setempat sempat berkunjung ke rumah Encik Jamaludin Hamid di Kampung Raga, Yan dan dihidangkan dengan buah-buahan tempatan.

Majlis Penerangan Isu Pencerobohan Nelayan Bot Siput Retak Seribu

YAN (13-7-09) : Kelmarin telah berlangsung majlis penerangan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani) berkaitan isu pencerobohan nelayan bot siput retak seribu di persisiran pantai di Perairan Yan.
Operasi bot-bot siput serat seribu ini telah mengakibatkan pencemaran dan mengurangkan hidupan laut di persisiran pantai Perairan Yan. Fenomena ini telah menyebabkan nelayan-nelayan persisiran pantai mengalami kerugian kerana kekurangan hasil tangkapan.
Dato' Amiruddin memaklumkan, pihaknya telah mengambil langkah-langkah bagi menangani isu ini. Iaitu :-
  • mewajibkan semua pengusaha memasang VTU (vehicle tracking unit) pada bot-bot mereka bagi mengesan dan merekodkan setiap operasi bot-bot tersebut.
  • operasi bot pukat retak seribu hanya dibenarkan pada jarak 3 batu notika dari pantai dan 2 batu notika dari pulau-pulau.
  • tidak mengeluarkan lagi permit untuk pengusaha-pengusaha baru dan kebenaran hanya kepada pengusaha sedia ada.

"Sekiranya didapati mana-mana pengusaha yang melanggar salah satu dari ketetapan ini, pengusaha terbabit akan dikenakan kompaun maksima dan permitnya akan ditarik balik," katanya.

Turut hadir ke majlis ini ialah YB Ahli Parlimen Jerai, Pegawai Daerah Yan, Pegawai Khas MB (Kawasan), Pengerusi Persatuan Nelayan Kedah, wakil-wakil jabatan terlibat, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.


Penerangan berkaitan isu pencerobohan oleh YB Dato' Amiruddin dan YB Ustaz Firdaus

Penghulu-penghulu mukim adalah antara yang hadir


Wakil-wakil nelayan mengutarakan soalan dan pandangan berkaitan isu ini