http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Sabtu, 4 Julai 2009

Futsal Silaturrahim Pimpinan Zon Tengah

Semalam berlangsung Kejohanan Futsal Silaturrahim Pimpinan DPP Kawasan bagi Zon Tengah di Gurun Jaya Sport Centre anjuran Lajnah Sukan, Kebudayaan dan Kesenian DPPN Kedah. Sebanyak 4 pasukan yang terdiri dari DPPK Alor Setar, DPPK Kuala Kedah, DPPK Pendang dan DPPK Jerai mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Pimpinan DPPK Jerai, Pendang, Kuala Kedah dan Alor Setar bergambar selepas perlawanan berakhir
Selepas dipaksa mengharungi 3 perlawanan yang cukup mencabar, DPPK Jerai yang menggunakan khidmat pemain importnya Ust. Yusuf Awang dan Sdr. Sanusi Md. Nor membuktikan kejahonannya apabila dinobatkan sebagai juara bagi peringkat zon tengah ini. Tempat kedua disandang oleh pasukan DPPK Pendang, manakala DPPK Kuala Kedah yang diterajui oleh Sdr. Helmi Khalid terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Aksi-aksi menarik perlawanan di antara DPPK Pendang dan DPPK Alor Setar

Sdr. Sanusi menunjukkan skillnya dalam perlawanan DPPK Jerai menentang DPPK Kuala Kedah


Menunggu detik untuk dinobatkan sebagai juara

YB Ustaz Firdaus menyampaikan hadiah untuk pasukan DPPK Alor Setar dan Kuala Kedah


Sdr. Sanusi Md. Nor menyampaikan hadiah kepada naib juara dan juara kejohanan

Tiada ulasan: