https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMEHuSNpxSdenUl8erDe-o8w8cvdwxY_VaXtUKyK4_s_K8SXLxSahjccW08cCd2kPQ3H_DvOPtq-asARm7urBo5xypKUZJ5lYYbrITO_6kdD2C1WuGFUy8mseZYSf_DlTbSfCmiOEDqD6Y/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Rabu, 15 Julai 2009

Majlis Penerangan Isu Pencerobohan Nelayan Bot Siput Retak Seribu

YAN (13-7-09) : Kelmarin telah berlangsung majlis penerangan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani) berkaitan isu pencerobohan nelayan bot siput retak seribu di persisiran pantai di Perairan Yan.
Operasi bot-bot siput serat seribu ini telah mengakibatkan pencemaran dan mengurangkan hidupan laut di persisiran pantai Perairan Yan. Fenomena ini telah menyebabkan nelayan-nelayan persisiran pantai mengalami kerugian kerana kekurangan hasil tangkapan.
Dato' Amiruddin memaklumkan, pihaknya telah mengambil langkah-langkah bagi menangani isu ini. Iaitu :-
  • mewajibkan semua pengusaha memasang VTU (vehicle tracking unit) pada bot-bot mereka bagi mengesan dan merekodkan setiap operasi bot-bot tersebut.
  • operasi bot pukat retak seribu hanya dibenarkan pada jarak 3 batu notika dari pantai dan 2 batu notika dari pulau-pulau.
  • tidak mengeluarkan lagi permit untuk pengusaha-pengusaha baru dan kebenaran hanya kepada pengusaha sedia ada.

"Sekiranya didapati mana-mana pengusaha yang melanggar salah satu dari ketetapan ini, pengusaha terbabit akan dikenakan kompaun maksima dan permitnya akan ditarik balik," katanya.

Turut hadir ke majlis ini ialah YB Ahli Parlimen Jerai, Pegawai Daerah Yan, Pegawai Khas MB (Kawasan), Pengerusi Persatuan Nelayan Kedah, wakil-wakil jabatan terlibat, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.


Penerangan berkaitan isu pencerobohan oleh YB Dato' Amiruddin dan YB Ustaz Firdaus

Penghulu-penghulu mukim adalah antara yang hadir


Wakil-wakil nelayan mengutarakan soalan dan pandangan berkaitan isu ini

Tiada ulasan: