Ahad, 5 Julai 2009

Ribut di Jerai

Beberapa kampung di dalam Parlimen Jerai dilanda ribut malam tadi dan mengakibatkan lebih 60 buah rumah dan 2 buah surau mengalami kerosakan teruk. Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Setia Jaya, Pondok Haji Majid, Kampung Belakang Masjid, Kampung Batu 16 Kepala 30, Selengkoh, Telok Tawar, Kampung Setar, Kampung Acheh, Kampung Jalan Baru, Kampung Tok Kau dan Pekan Guar.

YB Ustaz Mohd Firdaus dan Encik Muzaini Azizan bersama-sama Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, Pegawai-pegawai JKM, Penghulu dan Ketua-ketua Kampung telah melawat dan menghulurkan bantuan dan sumbangan segera kepada mangsa-mangsa ribut di kampung-kampung yang terlibat.








Tiada ulasan: