http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Sabtu, 11 Julai 2009

Program TM mendampingi komuniti di Kg. Tengah, Sg. Limau

Satu program kemasyarakatan yang dinamakan Program TM Mendampingi Komuniti telah diadakan di Perkarangan Surau Pak Su Mat, Kampung Tengah Sungai Limau hari ini. Program yang bermula dengan gotong royong mengecat surau, memasang tile dan membersihkan persekitaran surau dan dailog disertai penduduk kampung dan petugas-petugas TM. Turut diadakan ialah peraduan mewarna untuk pelajar-pelajar pra-sekolah dan sumbangan anak-anak yatim. Program berakhir dengan jamuan tengahari.
Turut hadir ke program komuniti ini ialah Ahli Parlimen Jerai, Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, Pegawai Khas Menteri Besar (Kawasan), Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, Penghulu Mukim Dulang dan MKK Dun Sungai Limau.

Tiada ulasan: