http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Selasa, 13 November 2012

Ronda pekan Guar Chempedak sambil tengok projek Perbesar Longkang Utama



Pantau projek pbesaran longkang utama d pekan Guar Chempedak..smoga selesa utk semua..

Isnin, 12 November 2012

Isytihar harta: Hasrat tadbir negara dengan integriti

KUALA LUMPUR: Hasrat Dewan Pemuda PAS yang mahu kepimpinannya mengisytiharkan harta disambut baik ramai pihak.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, hasrat itu juga melambangkan kesedian Pemuda PAS memimpin negara dengan penuh amanah dan integriti.

"Kita menyokong penuh hasrat ini. Ini melambangkan kesungguhan dan keihlasan kita untuk mentadbir negara dengan penuh integriti.

"Saya selaku exco dewan pemuda juga bersedia mengisytiharkan harta jika diputuskan demikian," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil bahawa dewan itu berkemungkinan mengambil ketetapan untuk mengisytiharkan harta.

Ianya termasuk pemimpin dan calon dari dewan itu yang akan bertanding pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut Firdaus berkata, tindakan itu juga bakal meletakkan dewan pemuda PAS selangkah di hadapan berbanding sayap pemuda parti politik lain.

"Jika ini dibuat, rakyat boleh menilai ketelusan kita," katanya.

Beliau juga menaruh keyakinan bahawa semua pihak dalam dewan itu juga bersetuju dengan cadangan yang disifatkannya sangat baik itu.

Jumaat, 9 November 2012

Masalah di LOJI AIR JENUN sudah diatasi

Lawatan ke loji JENUN..dan mendengar taklimat SADA punca bekalan air terputus sebahagian DUN GUAR CHEMPEDAK





Lawatan ke loji JENUN..n mndengar taklimat punca bekalan air SADA
terputus di kawasan Pas Guar Stesyen n sekitarnya...


Tgok jadual hantar air ke lokasi penting...

insya'allah jika tak ada apa kemudaratan lagi
mlm ni lewat air akan smpai..
harap semua bersabar.... paip besar pecah sbb dh lama tak berganti...80 an punya paip..


Khamis, 11 Oktober 2012

Adakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dipinda?

KUALA LUMPUR: Adakah Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 khususnya Seksyen 24B (3) Akta yang sama sedangkan Seksyen 27 Akta Polis 1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak terpakai semasa kempen pilihanraya?

Demikian soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) yang meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Datuk Taib Azamudden bin Md Taib [Baling] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah Kementerian berpuas hati dengan silibus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dilaksanakan serta pencapaian oleh para calon dan apakah rasional bagi calon yang gagal satu daripada 10 subjek keseluruhan dikira gagal dan tidak layak mendapat Sijil STAM.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan status pembinaan hospital baru Kuala Krai.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pendakwaan yang telah dibuat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang/Akta 670 semenjak Akta ini diluluskan dan sejauh mana (secara empirikal) Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Manusia (NAP) telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B. Kenapa gas yang dikeluarkan berhampiran dengan perairan Kelantan didaratkan di Kerteh dan Kemaman yang melibatkan jarak yang lebih jauh.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengeluaran minyak dan gas negara pada tahun 2009,2010 dan 2011 serta pecahan (mengikut Production Sharing Contract) perolehan bersih kepada Petronas dan juga perolehan bersih rakan niaga Petronas dalam Production Sharing Contract tersebut seperti Exxon, Shell dan lain-lain serta berapakah jumlah pendapatan kasar dan bersih Petronas pada tahun 2009, 2010 dan 2011.[harakahdaily]


Ahad, 7 Oktober 2012

Melawat post kawalan keselamatan Taman Lambaian Jerai Indah





sewaktu menzarahi sahabat jam 1.30pagi di Taman Lambaian Jerai Indah berkawal malam demi keselamatan taman mereka

Selasa, 18 September 2012

Soalan YB Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) pada MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUA BELAS




Soalan YB Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) pada MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUA BELAS Pada: 24 SEPT 2012 hingga 27 NOV 2012

SOALAN UNTUK JAWAPAN LISAN
1. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kamera perangkap laju yang berada di dalam kendal
ian PDRM dan berapakah harga seunit kamera tersebut?

2. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri nyatakan berapakah jumlah "Saman Ekor" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

3. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan berapakah jumlah pelaburan dua (2) syarikat yang mengendalikan pemasangan kamera untuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara?

4. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Penerangan mengumumkan lokasi keseluruhan kamera AES di seluruh negara samada di jalanraya atau lebuhraya untuk mengesan hadlaju dan juga kesalahan di lampu isyarat.

5. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan berapakah kekerapan kementerian, JPJ atau JKJR mengadakan taklimat atau hebahan media kepada pengguna jalanraya berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk memberikan kesedaran pengguna berhubung perlaksanaan sistem ini.

6. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Belia dan Sukan nyatakan berapakah kos keseluruhan perbelanjaan kesemua atlet dan pegawai ke Sukan Olimpik London 2012?

7. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

8. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Perdana Menteri nyatakan adakah kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukkan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 khususnya Seksyen 24B (3) Akta yang sama sedangkan Seksyen 27 Akta Polis 1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak terpakai semasa kempen pilihanraya.

9. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri nyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam mengawal penyalahgunaan dadah di Malaysia.

10. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan nyatakan apakah tindakan awal yang diambil terhadap setiap skim jualan langsung atau MLM (multi level marketing) yang baru diperkenalkan bagi memastikan perniagaan mereka tidak mempunyai unsure-unsur penipuan.

SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS
11. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Kesihatan berikan statistik kes-kes melibatkan penyalahgunaan daun ketum di seluruh negara mengikut negeri dan apakah jenis-jenis kesalahannya.

12. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri memberikan statistik kes salahguna dadah di kawasan penempatan felda di seluruh negara mengikut negeri.

13. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan berapakah jumlah kesalahan yang dirakam melalui kamera direkodkan sepanjang tempoh Ops Selamat semasa cuti perayaan Aidilfitri dari 12/08/2012 hingga 26/08/2012 dan nyatakan kesalahan-kesalahan yang terlibat.

14. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pelajaran nyatakan apakah kementerian berhasrat menyalurkan peruntukan tambahan bagi menyediakan infrastruktur asas eperti padang permainan dan tapak perhimpunan kepada SJKT Toh Pawang di Bedong.

15. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kutipan pelbagai zakat yang berjaya dikutip oleh kerajaan pada tahun 2008-2011 serta senaraikan perbelanjaannya.

Sabtu, 15 September 2012

Di Majlis bacaan yasin perdana meraikan jemaah haji parlimen jerai di Gurun


Pegawai Daerah Kuala Muda, Tn Hj Ahmad Faisol turut hadir ke majlis bacaan yasin meraikan jemaah haji Jerai di Gurun


Di Majlis bacaan yasin perdana meraikan jemaah haji parlimen jerai di Gurun


Cenderahati untuk jemaah yg akan berangkat ke tanah suci Mekah

Jerai - 16/9/2012 - Konvoi Hari Malaysia - Pakat-pakat mai noo...



Bermula jam 8.30pagi
Semua di jemput menyertai konvoi ini
Sila berkumpul di check point pertama
di Masjid Al-Wusta Guar Chempedak
dan akan tamat di Titi Hayun
dalam jam 11.30pagi


di rasmikan oleh Ustaz ahmad Yahya

Ayuh semua marilah kita bersama-sama
menjayakan konvoi hari Malaysia ini

14 Sept'12 (Jumaat):Majlis Eidul Fitri 1433H MTD Gurun