Selasa, 18 September 2012

Soalan YB Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) pada MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUA BELAS




Soalan YB Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) pada MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUA BELAS Pada: 24 SEPT 2012 hingga 27 NOV 2012

SOALAN UNTUK JAWAPAN LISAN
1. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kamera perangkap laju yang berada di dalam kendal
ian PDRM dan berapakah harga seunit kamera tersebut?

2. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri nyatakan berapakah jumlah "Saman Ekor" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

3. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan berapakah jumlah pelaburan dua (2) syarikat yang mengendalikan pemasangan kamera untuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara?

4. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Penerangan mengumumkan lokasi keseluruhan kamera AES di seluruh negara samada di jalanraya atau lebuhraya untuk mengesan hadlaju dan juga kesalahan di lampu isyarat.

5. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan berapakah kekerapan kementerian, JPJ atau JKJR mengadakan taklimat atau hebahan media kepada pengguna jalanraya berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk memberikan kesedaran pengguna berhubung perlaksanaan sistem ini.

6. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Belia dan Sukan nyatakan berapakah kos keseluruhan perbelanjaan kesemua atlet dan pegawai ke Sukan Olimpik London 2012?

7. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

8. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Perdana Menteri nyatakan adakah kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukkan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 khususnya Seksyen 24B (3) Akta yang sama sedangkan Seksyen 27 Akta Polis 1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak terpakai semasa kempen pilihanraya.

9. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri nyatakan sejauh mana keberkesanan tindakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam mengawal penyalahgunaan dadah di Malaysia.

10. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan nyatakan apakah tindakan awal yang diambil terhadap setiap skim jualan langsung atau MLM (multi level marketing) yang baru diperkenalkan bagi memastikan perniagaan mereka tidak mempunyai unsure-unsur penipuan.

SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS
11. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Kesihatan berikan statistik kes-kes melibatkan penyalahgunaan daun ketum di seluruh negara mengikut negeri dan apakah jenis-jenis kesalahannya.

12. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Dalam Negeri memberikan statistik kes salahguna dadah di kawasan penempatan felda di seluruh negara mengikut negeri.

13. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pengangkutan nyatakan berapakah jumlah kesalahan yang dirakam melalui kamera direkodkan sepanjang tempoh Ops Selamat semasa cuti perayaan Aidilfitri dari 12/08/2012 hingga 26/08/2012 dan nyatakan kesalahan-kesalahan yang terlibat.

14. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Menteri Pelajaran nyatakan apakah kementerian berhasrat menyalurkan peruntukan tambahan bagi menyediakan infrastruktur asas eperti padang permainan dan tapak perhimpunan kepada SJKT Toh Pawang di Bedong.

15. Tuan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kutipan pelbagai zakat yang berjaya dikutip oleh kerajaan pada tahun 2008-2011 serta senaraikan perbelanjaannya.

Tiada ulasan: