http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Khamis, 11 Oktober 2012

Adakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dipinda?

KUALA LUMPUR: Adakah Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 khususnya Seksyen 24B (3) Akta yang sama sedangkan Seksyen 27 Akta Polis 1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak terpakai semasa kempen pilihanraya?

Demikian soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) yang meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Datuk Taib Azamudden bin Md Taib [Baling] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah Kementerian berpuas hati dengan silibus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dilaksanakan serta pencapaian oleh para calon dan apakah rasional bagi calon yang gagal satu daripada 10 subjek keseluruhan dikira gagal dan tidak layak mendapat Sijil STAM.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan status pembinaan hospital baru Kuala Krai.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pendakwaan yang telah dibuat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang/Akta 670 semenjak Akta ini diluluskan dan sejauh mana (secara empirikal) Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Manusia (NAP) telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B. Kenapa gas yang dikeluarkan berhampiran dengan perairan Kelantan didaratkan di Kerteh dan Kemaman yang melibatkan jarak yang lebih jauh.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengeluaran minyak dan gas negara pada tahun 2009,2010 dan 2011 serta pecahan (mengikut Production Sharing Contract) perolehan bersih kepada Petronas dan juga perolehan bersih rakan niaga Petronas dalam Production Sharing Contract tersebut seperti Exxon, Shell dan lain-lain serta berapakah jumlah pendapatan kasar dan bersih Petronas pada tahun 2009, 2010 dan 2011.[harakahdaily]


Ahad, 7 Oktober 2012

Melawat post kawalan keselamatan Taman Lambaian Jerai Indah





sewaktu menzarahi sahabat jam 1.30pagi di Taman Lambaian Jerai Indah berkawal malam demi keselamatan taman mereka