http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Khamis, 23 Februari 2012

'Tarik balik logo 1Malaysia pada tiga barang kawalan'

MOHD-FIRDAUS

BUKIT BESAR - Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menarik balik penggunaan logo 1Malaysia pada tiga barang kawalan iaitu gula, tepung dan minyak masak yang dijangka akan berkuat kuasa pada Mac hadapan.

Mohd Firdaus berkata, beliau mendesak kementerian berkenaan menarik balik arahan yang dikeluarkan melalui satu kenyataan Timbalan Menterinya bahawa pengusaha tiga barangan kawalan itu diwajibkan memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk yang dijual mulai bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.

Menurutnya, desakan itu dibuat kerana memikirkan tentang nasib pengilang tiga barangan terbabit yang terpaksa menanggung kerugian akibat arahan yang disifatkan sebagai tergesa-gesa itu.

"Saya sudah menghubungi pengilang yang membekalkan bahan terbabit, mereka memberitahu pada saya, sebenarnya kalau nak (guna logo 1Malaysia) pada bulan Mac, kami (pengilang) kena membungkus pada Ogos (2011). Kalau nak bulan Mac kena beritahu (arahan kuat kuasa) pada Jun (2011).

"Pengilang nak cetak bungkusan plastik (untuk logo 1Malaysia pada paparan produk), tapi kalau nak (guna logo 1Malaysia) pada Mac, gula dijual untuk bulan Mac sudah ada dalam pasaran," katanya ketika ditemui di Pertandingan Memancing Sungai Sala, di sini.

Mohd Firdaus berkata, apabila tiga barangan berkenaan yang difahamkan oleh pengilang sudah berada di dalam pasaran untuk Mac ini iaitu sudah ada dalam stok pemborong, beliau bimbang sekiranya pemborong akan menghentikan edaran gula dalam pasaran kerana tidak memaparkan logo 1Malaysia.

Menurutnya, tiga barang kawalan itu berkemungkinan akan berkurangan ataupun tidak ada di dalam pasaran pada Mac ini kerana tidak memaparkan logo 1Malaysia. [Sinar Harian]

Khamis, 16 Februari 2012

Cukuplah dengan pengalaman logo halal

Kerajaan Umno/BN semakin dilihat hilang kewarasan dalam mentadbir Malaysia dengan mula bertindak yang 'bukan-bukan'.

Bermula dengan mengubal undang-undang yang menekan rakyat sehinggalah kepada kenyataan yang boleh menimbulkan huru-hara. Itu belum lagi diambil kira dengan perlaksanaan undang-undang yang hanya mengikut 'sedap tekak'.

Yang terbaru apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengeluarkan kenyataan bahawa pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajibkan memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.

Berapa banyak pengilang-pengilang yang akan terlibat di dalam perlaksanaan ini dengan mengambil kira kos yang perlu mereka tanggung dek kerana arahan yang dilihat tergesa-gesa, walaupun beliau menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut.

Apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya para pengilang sudah pun menyimpan stok 'label' produk mereka dalam tempoh yang panjang. Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo 1Malaysia?

Perlaksaaan ini juga boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah ini. Cukuplah logo 'Halal' sebagai contoh. Jadi apakah kerajaan boleh 'mendabik dada' dalam memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?

Barang-barang yang diwartakan pula semuanya barang kawalan yang sepatutnya rakyat menikmatinya dengan harga yang murah namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa ianya mesti bersyarat?

Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1Malaysia. Bukankah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umumnya tahu bagaimana dengan perangai pimpinan Umno/BN yang 'rajin' menukar tagline mengikut citarasa tersendiri.

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LPAS) menasihati kerajaan, janganlah cuba untuk menjadi ibarat 'berhala moden' yang perlu 'disembah' untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi jadilah sebuah kerajaan yang sepatutnya sudah matang sekiranya 57 tahun memerintah dijadikan ukuran.

Rakyat sudah boleh menilai.

Rakyat kini hidup di zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan. Jalankanlah tanggungjawab dengan jujur,adil dan amanah sebelum 'menyerahkan' tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya ke 13 nanti.

Mohd Firdaus Jaafar

Isnin, 13 Februari 2012

Meninjau kerja-kerja pembinaan Surau Taman Gurun Jaya

meninjau kerja-kerja pembinaan Surau Taman Gurun Jaya yg didirikan dgn sumbangan derma org ramai.. masih memerlukan sumbangan para dermawan utk menyiapkannya.. kepada yg nak membantu boleh hubungi 0195186516 cikgu azmi (bendahari surau)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/419587_365539990141796_100000573934515_1332542_1824799192_n.jpg

Selasa, 7 Februari 2012

Ziarah rakyat ...keluar metro hari ni...rungutan dah di ambil tindakan...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/400023_363683856994076_100000573934515_1328040_1221582452_n.jpg
melawat keluarga Sarina Harun di Bt 8 Jeniang yg kisah kesempatan hidupnya tersiar dalam Harian Metro hari ini

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/430429_348168521872186_100000371225027_1159359_1272989274_n.jpg
Ziarah rakyat ...keluar metro hari ni...rungutan dah d ambil tindakan...

Meninjau projek pemasangan pipe ayaq SADA di kawasan Jeniang

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/423461_363665830329212_100000573934515_1328002_601647597_n.jpg
Sarjan Anwar sedang memberi penerangan

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/407535_363654353663693_100000573934515_1327956_513032230_n.jpg
Bersama Askar Wataniah

Hari ini turun untuk melihat projek pemasangan pipe ayaq SADA di sepanjang jalan BT 5 Jeniang oleh pekerja SADA & Askar Wataniah. Ini semua adalah untuk mengatasi masalah air tekanan rendah di kawasan Jeniang. Insya'allah bila pemasangan selesai kita berharap masalah tersebut dapatlah diatasi. Semoga semua penduduk diharap bersabar untuk seketika.

Isnin, 6 Februari 2012

Masalah fly-over Tmn Lambaian Jerai..

So far hari ini turun ke JEJANTAS BARU LALUAN BERKEMBAR KERETAPI di Guar Stesyen dimana MKK mengadu jalan susur masuk ke Jalan Guar Nenas tidak berapa sesuai dimana kereta tidak boleh 'U-Turn' .

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/430542_362885960407199_100000573934515_1326305_59746695_n.jpg
bersama denganmmc-gamuda dan MKK di persimpangan taman lambaian jerai meninjau aduan masyarakat setempat berhubung 'flyover' yg baru dibuka...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/402740_362944983734630_100000573934515_1326433_1937476542_n.jpg
Mesyuarat dgn MMC Gamuda utk atasi masalah berkaitan pembinaan landasan berkembar dengan projek meneja la tu...mr lee dan keputusan ini telah diambil untuk sementara waktu..

temporary countermeasure

1. 2 org pengawal bendera akan ditempatkan di 2 lokasi bahaya pada setiap masa iaitu di susur masuk dari jalan bawah dan di tempat u-turn.. pengawal ni akan membantu pengguna bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

2. kon@ tembok plastik kat tengah flyover tu dah dipanjangkan lagi untuk menghalang motor/kereta ambik jalan singkat terus u-turn kat susur keluar.

permenant countermaesure tengah dok kaji dan gamuda dok tengah design balik.. dan kemungkinan dilebarkan jalan susur masuk dan lokasi u-turn diubah ke depan sikit bagi memudahkan pengguna ambik side.. harap sabaq sat masalah ni akan diselesaikan secepat mungkin....