http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Ahad, 28 April 2013

P012 - Firdaus Jaafar bersama suara Jerai anda ke Putrajaya

oleh Pemuda Jerai


http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash4/p480x480/378731_140265236157269_465867271_n.jpg

Alhamdulillah tinggal seminggu sahaja lagi namun peperangan di Parlimen Jerai semakin rancak, Jerai dengan caranya, Guar Chempedak dengan caranya, Gurun dengan caranya dan Sg Limau dengan caranya..

Apa yang ingin saya sentuhkan ialah kawasan parlimen iaitu pertembungan antara Ust Firdaus & Jamil Khir. Pergerakan dua calon ini dilihat semakin rancak dimana Jamil dengan caranya Firdaus dengan caranya..

Bagi calon PAS Ust Firdaus Jaafar beliau merupakan calon mempertahankan kemenangan. Jika dilihat pada rekod perkhidmatan beliau sepanjang 5 tahun menjadi YB Jerai beliau bolehlah dikatakan calon yang mesra pada semua lapisan, tak kira dari anak muda dan golongan veteran.

projek memperbaiki saluran air di pekan Guar Chempedak

Dalam keterbatasan beliau berkhidmat dengan kongkongan kuasa dari Putrajaya yang di miliki oleh BN beliau masih berjaya membawa beberapa perubahan kepada kawasan Jerai seperti projek pelebaran jalan Bedong - Sg Petani, Penyelesaian pengambilan tanah keretapi oleh KTMB untuk projek landasan berkembar serta Projek pelebaran saluran air jalan Guar Chempedak.

Memantau dan melawat tempat LOJI AIR JENUN yang bekalan air terganggu  di Guar Chempedak


Semua ini diperolehi diatas kelantangan beliau membawa masalah rakyat di parlimen untuk diselesai oleh kementerian yang terbabit. 

Beliau juga lantang di Parlimen memperjuangkan masalah rakyat seperti AES dimana dari soalan beliau di parlimenlah dapat kita tahu akan kewujudan ada syarikat yang melabur dan buat duit dengan AES ini.

Selain kelantangan beliau di parlimen beliau juga terlibat banyak dengan activiti kemasyarakatan di kawasan beliau di samping menjadi wakil kepada dun angkat Guar Chempedak & Gurun kerana 2 dun ini dimenangi oleh BN. Di sebabkan ketokohan beliau sebagai Ustaz seringkali beliau di tolak kedepan jika ada beberapa majlis doa arwah dan tahlil serta memberi kuliah di surau-surau dan masjid serta berkhutbah pada solat Jumaat. Di mana ada suatu ketika sewaktu beliau menziarah kematian di DUN Guar Chempedak yang mana sebelum itu di kunjungi oleh Adun UMNO BN iaitu Ku Rahman, beliau yang menjadi khalifah doa tahlil sedangkan Adun UMNO sebelum itu mewakilkan kepada pengiring beliau untuk jadi khalifah.

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/247992_499341953428265_1014619724_n.jpg

Di Majlis bacaan yasin perdana meraikan jemaah haji parlimen jerai di Gurun

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/253088_478446288846114_1251912745_n.jpg

Ust sedang 'menguji' pelajar Maahad Tahfiz Ahmadiah

Bersama Pemuda Guar Stesyen sewaktu Jamuan Raya Cawangan tersebut

Jumpa kaum cina di pekan sg limau...

Sumbgan kerusi roda pd warga emas d singkir laut

Sumbgan dana Rohinya dari surau perjawa melalui laj antarabangsa dppm

Dengan anak muda pula beliau sebagai Ketua Pemuda PAS Jerai ia akan menajadikan beliau sangat rapat dengan anak-anak muda di Jerai. Pelbagai activiti anak muda dianjurkan untuk golongan beliau ini.

Menyumbang sepasang kasut bola untuk Adik Hafiz, yang bermain untuk pasukan negara 

bagi kategori bawah 15 tahun.

Menyerahkan bola raga kepada wakil pemuda Kampung Kubang Pasu, 

Simpang Tiga Sungai Limau untuk aktiviti riadah

Sumbangan bola kepada pemuda-pemuda Kampung Kilang Ketapan, Gurun

 

http://3.bp.blogspot.com/-3mnMo4_K4MM/TvsRFiGDJZI/AAAAAAAAAgA/3AI5B11zHXg/s1600/25122011374.jpg


Jadi pada pilihanraya kali ini, kita akan pilih pemimpin yang benar-benar menzahirkan prinsip Islam sebenar sama ada pada keperibadiannya atau kepimpinannya.

Ayuh kepada warga Jerai marilah kita pertahankan kemenangan Jerai untuk mencapai matlamat kita ke Putrajaya. Insha Allah Ubah Putrajaya!

 

Ahad, 21 April 2013

PENGUMUMAN...




ASSALAMUALAIKUM SEMUA
KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI JERAI
JIKA INGIN MENGIKUTI PERGERAKAN SAYA
SILALAH KE FACEBOOK SAYA
KERANA DISANA IANYA AKAN
DIKEMASKINI SEPANJANG MASA

HARAP MAKLUM

Jumaat, 8 Mac 2013

16.3 | HIMPUNAN RAKYAT BONGKAR 403JUTA

 

HIMPUNAN RAKYAT 

BONGKAR 403JUTA

TARIKH - 16 MAC 2013

HARI - SABTU

JAM -2.00PM ~ 4.30PM

TEMPAT - BANDAR ALOR SETAR

DI ALOR SETAR WALK 

BERSAMA - MB KEDAH,

PIMPINAN PR, 

TIMB. PRESIDEN PAS,

 SU AGUNG PKR,

AHLI PARLIMEN PR,

ADUN-ADUN PR,

CHEGU BARD

 SERTA

AKTIVIS & NGO

AYUH SEMUA RAKYAT JELATA

SAMPAI SEKARANG UMNO BN

TIDAK MENJAWAP APA YANG

DIKATAKAN BONGKAR 403JUTA

JADI KITA AKAN TERUS BONGKAR

AYUH MARILAH TURUN RAMAI-RAMAI  


Jumaat, 15 Februari 2013

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah

Grafik ringkas menerangkan BONGKAR 403 yang sedang dijalankan di Kedah. Mohon sebarkan.







hasil daripada : http://www.taufiking.com