http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 12 November 2012

Isytihar harta: Hasrat tadbir negara dengan integriti

KUALA LUMPUR: Hasrat Dewan Pemuda PAS yang mahu kepimpinannya mengisytiharkan harta disambut baik ramai pihak.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, hasrat itu juga melambangkan kesedian Pemuda PAS memimpin negara dengan penuh amanah dan integriti.

"Kita menyokong penuh hasrat ini. Ini melambangkan kesungguhan dan keihlasan kita untuk mentadbir negara dengan penuh integriti.

"Saya selaku exco dewan pemuda juga bersedia mengisytiharkan harta jika diputuskan demikian," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil bahawa dewan itu berkemungkinan mengambil ketetapan untuk mengisytiharkan harta.

Ianya termasuk pemimpin dan calon dari dewan itu yang akan bertanding pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut Firdaus berkata, tindakan itu juga bakal meletakkan dewan pemuda PAS selangkah di hadapan berbanding sayap pemuda parti politik lain.

"Jika ini dibuat, rakyat boleh menilai ketelusan kita," katanya.

Beliau juga menaruh keyakinan bahawa semua pihak dalam dewan itu juga bersetuju dengan cadangan yang disifatkannya sangat baik itu.

Tiada ulasan: