Isnin, 27 Julai 2009

KB JAYA layak ke akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai 2009

AHAD (26-7-09) : Pasukan KB Jaya menempah tiket ke perlawanan akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai 2009 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 2 Ogos apabila menewaskan lawannya Pmtg Buluh 4-1 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir semalam.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila masa permainan sebenar tamat. Pasukan Pmtg Buluh yang terpaksa beraksi dengan sembilan orang pemain selepas dua orang pemainnya dibuang padang berjaya mengekang pergerakan pemain lawan hingga masa permainan sebenar berakhir.

Penjaga gol KB Jaya, Mohd Fadlie Che Omar menjadi wira pasukannya apabila beraksi cemerlang apabila menggagalkan dua sepakan penalti pasukan lawan untuk membawa pasukannya beraksi di perlawanan akhir menentang pasukan Modenas minggu hadapan.

Berikut adalah jadual perlawanan yang akan dilangsungkan pada 2-8-09 (Ahad) :

1. MSH MEGA lawan UPU PMTG BULUH
1. Jam : 3.30 petang
1. (Penentuan tempat ketiga dan keempat)

2. MODENAS lawan KB JAYA
2. Jam : 5.15 petang
2. (Final)


1 ulasan:

Mazlan Taat berkata...

Salam, Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang berjaya ke final dan mereka terdiri dari kumpulan yang sama di peringkat pusingan awal.

Marilah ramai-ramai kita turun kepadang awam Guar Chempedak pada final 2 Ogos 2009 bagi menyaksikan perlawanan akhir yang terhebat di Parlimen Jerai dan diharapkan kedua-dua pasukan akan menghidangkan satu mutu permainan yang boleh dibanggakan.