MSH MEGA dan MODENAS telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai apabila menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir semalam.
MSH MEGA menewaskan pencabarnya PHM FC A menerusi tendangan penalti 5-4 apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa permainan sebenar.
Manakala MODENAS pula menyingkirkan PHM FC B juga melalui tendangan penalti 4-2 setelah terikat 2-2 selepas wisel penamat ditiupkan.
Kedua-dua perlawanan berlangsung di Padang Awam Guar Chempedak.
Hujung minggu ini 2 lagi perlawanan suku akhir akan berlangsung yang akan menemukan KETAPAN FC dengan PMTG BULUH pada 18-7-09 (Sabtu) dan KB JAYA dengan OM FC pada 19-7-09 (Ahad).
Aksi pemain-pemain PHM FC B dan MODENAS dalam perlawanan suku akhir semalam
2 sepakan penalti pemain PHM FC B yang diselamatkan oleh penjaga gola Modenas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan