http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 20 Julai 2009

Empat pasukan layak ke separuh akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai

Dua lagi pasukan iaitu PMTG BULUH dan KB JAYA mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Liga Bolasepak Tertutup Jerai apabila menewaskan lawan masing-masing dalam saingan di peringkat suku akhir kelmarin.


PMTG BULUH layak setelah menewaskan pencabarnya KETAPAN FC dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu. Manakala KB JAYA pula menjadi pasukan terakhir layak apabila menewaskan lawannya OM FC dengan jaringan 2-0 semalam. Kesemua perlawanan berlangsung di Padang Awam Guar Chempedak.


Pada penghujung minggu ini akan dilangsungkan perlawanan peringkat separuh akhir yang akan menemukan MSH MEGA melawan MODENAS pada hari Sabtu, 24 Julai 2009 dan PMTG BULUH melawan KB JAYA pada hari Ahad, 24 Julai 2009. Kesemua perlawanan akan bermula pada jam 5.15 petang di Padang Awam Guar Chempedak.

1 ulasan:

Mazlan Taat berkata...

Salam, kepada urusetia kejohanan yang baik hati, apa jadi dengan bantahan oleh pasukan PHM B yang tewas kepada lawannya disuku akhir tempon hari.

Ada apa-apa keputusan dan jika ada keputusan apa jawapannya. Apa pun tahniah la diatas kemampuan urusetia yang menganjurkan kejohanan ini.