https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMEHuSNpxSdenUl8erDe-o8w8cvdwxY_VaXtUKyK4_s_K8SXLxSahjccW08cCd2kPQ3H_DvOPtq-asARm7urBo5xypKUZJ5lYYbrITO_6kdD2C1WuGFUy8mseZYSf_DlTbSfCmiOEDqD6Y/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Ahad, 22 Januari 2012

Bernas dirayu tidak tutup operasi sempena Raya Cina - MP Jerai

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Tindakan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang didakwa akan menutup operasi selama dua hari ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba esok amat tidak berpatutan.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdailly, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Bernas akan menutup operasi esok dan lusa sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Namun katanya, tindakan tersebut hanya akan menyebabkan petani-petani khususnya di negeri Kedah akan mengalami kerugian kerana padi akan rosak kerana tidak tahan lama jika tidak dibawa ke gudang Bernas.

Tambahan pula katanya dengan keadaan cuaca yang kerap hujan disebelah petang menambahkan lagi penderitaan petani.

"Ke mana mereka hendak menjual hasil kutipan mereka sedangkan padi tidak boleh disimpan pada jangka waktu yang panjang melainkan dengan bantuan peralatan yang khas yang terdapat di gudang-gudang yang besar seperti yang dimiliki oleh Bernas.

"Bagaimana mereka hendak menjual kepada tauke-tauke yang berbangsa Cina kerana mereka turut menghentikan operasi buat sementara waktu sedangkan taukeh yang berbangsa melayu boleh dikira dengan jari," soalnya.

Menurutnya, tindakan Bernas ini juga sebenarnya menimbulkan pertanyaan kerana atas dasar apa Bernas perlukan menghentikan operasi sedangkan bukan semua pekerja mereka berbangsa Cina.

"Bagaimana Bernas, satu syarikat multinasional yang bertaraf dunia tidak boleh menyusun operasi dikala cuti umum?

"Bukankah selama ini Bernas beroperasi walaupun ketika cuti panjang," soal Firdaus lagi.

Sehubungan itu beliau mendesak Bernas agar tidak menghentikan operasi kerana ianya akan menginaya para petani.

Rabu, 18 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Gong Xi Fa Cai...

Alhamdulillah hari ini bersama rakan-rakan PKWR Jerai turun menemui rakyat Jerai di Guar Chempedak untuk mengedar sedikit buah tangan kepada kaum tionghua sempena kedatangan Raya Cina beberapa hari lagi...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj38vZfwo7vsHQVVvnfaSoechPlsU9Aa0X10aulNJ2G-lCtii2FwSpDyfxNWEFsiAETiJyZRHI0yiBaUNGFls1cnjY_eRt2uVVuiCaOegMxBgAk-jqHeap4vp5Tmm6S8eWs0BxA2ffx8ecx/s1600/2012-01-18_101106.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/402339_334195606602811_100000371225027_1110883_1769901375_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/398672_334196029936102_100000371225027_1110886_1178094513_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/396534_334196356602736_100000371225027_1110888_1779962093_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/395391_334277689927936_100000371225027_1111036_916851_n.jpg

Isnin, 16 Januari 2012

Corat Coret YB...




https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/393313_331212446901127_100000371225027_1101689_1390282455_n.jpg
sumbangan bola tampar

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/402172_331187316903640_100000371225027_1101658_380143636_n.jpg
Sewaktu bersama masyarakat cina di Pekan Gurun

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/399717_331170546905317_100000371225027_1101642_844898604_n.jpg
bersama dengan masyarakat India di Taman Sinar Mentari

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/393932_331041656918206_100000371225027_1101421_985627820_n.jpg
Pecah Mulut anak sahabat...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/385776_330764833612555_100000371225027_1100877_1666598700_n.jpg
pekena nasik kenduri dan bubuq di rumah kenduri.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/381452_330762420279463_100000371225027_1100872_516055830_n.jpg
Ziarah pesakait buah pinggang di Guar Station

Isnin, 9 Januari 2012

YB Jerai dihimpunan 901...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/404239_341412082554587_100000573934515_1273137_673868970_n.jpg

TAHNIAH DSAI.. Teruskan perjuanganmu.....
Lawan tetap Lawan...
Allah Huakbar...

Jumaat, 6 Januari 2012

JERAI - Pelajar terima sumbangan basikal dan beg sekolah

http://www.wartakedah.net/images/gerek1.jpg

GUAR CHEMPEDAK, 27 Disember 2011 – Kira-kira enam puluh orang pelajar sekitar daerah Yan menerima sumbangan basikal dan beg sekolah sebagai persediaan persekolahan sesi 2012 sempena Majlis Penyampaian Bantuan Basikal Dan Beg Sekolah anjuran Pejabat Kebajikan Daerah Yan.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Siti Ashah Ghazali, beliau memaklumkan, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta selain peruntukan sedia ada sebanyak RM17 juta dalam bajet 2012 untuk program-program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Ini kerana keperluan untuk membantu rakyat bawahan selain kita menaikkan bantuan am dari RM75 hingga ke RM150.

"Sedikit sebanyak hasil kerajaan negeri seperti keuntungan balak, cukai-cukai dan lain-lain dapatlah dikongsi bersama dan seterusnya membantu rakyat bawahan ," tambahnya.

http://www.wartakedah.net/images/gerek.jpg

Beliau juga mengingatkan, bantuan dari JKM lebih kepada membantu dan bukan berterusan. Sekiranya penerima boleh berdikari atau mempunyai sumber pendapatan yang agak baik, JKM akan menamatkan bantuan tersebut tetapi ianya tidak temasuk kepada orang kurang upaya (OKU), orang sakit dan warga emas yang tiada saraan hidup.

"Untuk ibu-ibu tunggal dan golongan muda, JKM memperuntukan bantuan modal untuk memulakan perniagaan. Dengan modal tersebut, mereka bolehlah memulakan perniagaan mengikut kemahiran masing-masing," jelasnya.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut mengingati agar ibubapa perihatin kepada masalah sosial yang melanda golongan remaja. Walau pun terpaksa bekerja lebih masa mencari rezeki, perhatian dan pantauan kepada anak-anak jangan dilupakan. Ibubapa perlu memberi perhatian sewajarnya memandangkan kemudahan teknologi terkini membuatkan para remaja terdedah kepada perkara-perkara negatif dan sekiranya tiada kawalan boleh mengundang masalah-masalah sosial.

"Kepada adik-adik yang mendapat basikal hari ini, saya nak pesan, jangan gunakan kemudahan yang diberikan ini untuk perkara tidak baik. Gunakannya sebagai kemudahan untuk kita ke sekolah, menuntut ilmu sehingga berjaya dan suatu hari nanti boleh membantu ibubapa kita.

"Saya tak mahu tengok, waktu kita bagi tayar basikal ada dua, tapi bila dapat tayar tinggal satu," nasihatnya sambil berseloroh.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan basikal kepada kira-kira enam puluh orang penerima. Ahli Parlimen Jerai, YB Firdaus Jaafar turut hadir bersama.

Majlis tersebut diadakan di dewan Sekolah Rendah Islam Integrasi Faizin (SAIF), Guar Chempedak.