https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMEHuSNpxSdenUl8erDe-o8w8cvdwxY_VaXtUKyK4_s_K8SXLxSahjccW08cCd2kPQ3H_DvOPtq-asARm7urBo5xypKUZJ5lYYbrITO_6kdD2C1WuGFUy8mseZYSf_DlTbSfCmiOEDqD6Y/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Rabu, 15 Jun 2011

Qazaf jadi mainan politik jijik Umno

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Umno tetap tidak mahu berubah dan menjadikan Islam sebagai mainan politik jijik mereka apabila mempertikaikan khutbah Jumaat Negeri Selangor yang bertajuk 'Jenayah Qazaf adalah berdosa besar'.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, qazaf dan hudud sama seperti sembahyang, puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan.

Menurutnya, masjid merupakan tempat yang sesuai bagi menerangkan perintah Allah SWT walaupun sebenarnya menyampaikan dakwah tidak terhad hanya di masjid namun apabila menerangkan hukum Allah supaya umat Islam faham akan betapa besarnya dosa memfitnah dan mengaibkan seseorang kemudian dibawa sekali jalan penyelesaian sepertimana yang dituntut oleh agama dianggap politik, ini benar-benar menunjukkan yang Umno sememangnya jahil.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan mempertikaikan isi kandungan khutbah tersebut yang mana kononnya bermotifkan politik dan mempunyai maksud di sebaliknya.

Firdaus menganggap tindakan Kerajaan Negeri Selangor memberikan kefahaman kepada rakyat akan dosa qazaf semasa khutbah Jumaat bertepatan dengan masanya memandangkan ketika itulah rata-rata umat Islam memenuhi ruang masjid berbanding dengan semasa kuliah-kuliah umum di waktu lain.

Tambahan pula, katanya isu fitnah video seks sedang berleluasa ketika ini yang mana umum mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran video tersebut.

Umno jelas tidak boleh membezakan antara politik dengan perintah Allah di mana hukum qazaf wujud sebelum wujudnya Umno di muka bumi ini.

"Apakah menerangkan perkara-perkara wajib yang terkandung di dalam Al Quran salah?

"Bukankah itu satu kewajipan bagi pemerintah bagi menjadikan rakyat berilmu dan tidak mudah ditipu?" soalnya.

Menurutnya, Umno sememangnya suka jika rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan jahil serta buta ilmu supaya rakyat mudah ditipu oleh Umno.

Bagi Umno, ujarnya selagi rakyat buta maklumat dan ilmu, selagi itu mereka boleh terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat.

Kata beliau, sememangnya Umno tidak boleh dibiarkan lagi menjadi pemerintah di Malaysia ini.

Mereka, katanya jelas bertopengkan agama demi meraih habuan politik.

"Bagi mereka agama sekadar solat, puasa dan zakat, tidak lebih daripada itu sedangkan Islam syumul dan menjadi panduan kepada kehidupan kita," katanya.

Jumaat, 10 Jun 2011

Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah 'topeng' kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa  1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.

Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih 'bulu' yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar 'ruang lingkup' mereka sahaja. 

"Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar  V K Lingam yang masih bebas 'berkeliaran' tanpa didakwa," katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi 'budak suruhan' kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari  kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong 'lidah rasmi Umno' iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan 'wajah' sebenar Perkasa.

"Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar  akan penipuan tersebut," ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

"Katakan tak nak pada BN!" katanya lagi. [harakahdaily]

Selasa, 7 Jun 2011

Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.

Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.

Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.

Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria.

Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu.

Keputusan itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat pertama kabinet baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia, bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Untuk Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad Kamil kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari diisi oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin.

Ketua penerangan dewan itu pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin Mohamad Nor manakala pengarah pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru itu berpendapat dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah banyak pihak melihat keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti oleh kelompok ulama.

"Struktur organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan dilengkapkan secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap upaya dan latar belakang disiplin penguasaan ilmu.

"Saya mengharapkan kabinet ini mampu menghadapi cabaran baru dalam iklim politik masa kini sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan Pemuda PAS dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau yakin kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dalam pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan sahaja oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS.

"Dalam masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat untuk memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan menyesuai potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia.

"Sungguhpun keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, saya mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti dengan lebih baik dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:

Ketua

Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua

Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob


Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]

1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah


Ahli Jawatankuasa  [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]

1. Sdr Suhaizan bin Kaiat  [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah  Jabatan ]
9.  Herman Samsudee [ Pengarah  Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah  Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah  Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah  Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah  Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah  Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah  Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa'ad Khuzaimi  [ Pengarah  Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah  Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah  Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]


Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi

Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin

Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor

Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany bin Hamzan

Khamis, 2 Jun 2011

Salam redha...tewas buat TKP...tahniah yg menang....

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/person/mp_PAS/mohd%20firdaus%20jaafar_2.jpg

salam reda...tewas buat TKP...tahniah yg menang....
35 minutes ago via BlackBerry ·  · 

    • Zul Hazmi Tahniah kerana bertanding secara berhemah.......
      33 minutes ago · 
    • Al Kerrango Tahniah jugak laaa...
      32 minutes ago · 
    • Mohd Fauzi tahniah jgk... jgn lupa.... DACS
      29 minutes ago · 
    • Firdaus Jaafar Sy blk tempat asal...jerai lg ku kenang...
      23 minutes ago · 
    • Mohd Fauzi ustaz yusni penang ada dlm ajk tak
      21 minutes ago · 
    • Firdaus Jaafar YA...
      19 minutes ago · 
    • Zamir Omar Tahniah ust..lepas ni ust mesti masuk harian balik..
      18 minutes ago · 
    • Mohd Fauzi alhammdulillah ada wakil penang
      16 minutes ago · 
    • Firdaus Jaafar Ana nk tumpu jerai ja kot..bg yg menang peluang buat kerja pulak..
      16 minutes ago · 

'Jangan hanya jadi 'yes man' kepada pemerintah'

SHAH ALAM, 1 Jan: Selagi orang muda hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka, kata Nasrudin Hassan.

Beliau mengingatkan demikian sewaktu memnyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar dewan itu di sini malam ini.

Katanya, anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian itu tegasnya harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

"Anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi 'tukang angguk' atau 'yes man' kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

"Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama "undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan",katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau memberikan beberapa tugasan kepada pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Antaranya beliau mahu anak muda menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain.

Selain itu beliau menyeru agar anak muda menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif melalui wacana dan forum serta membentuk ikatan (coalition) supaya suara mereka lebih didengari.

Di samping itu juga menyeru kerajan BN melihat bagaimana kesan kuasa kebangkitan anak muda di Timur Tengah termasuk di Tunisia dan Mesir sehingga kerajaan masing-masing dijatuhkan melalui jalan raya.

Kesan sama berlaku apabila anak muda bangkit pada pilihan raya Singapura baru-baru ini.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini,"tegasnya.