Selasa, 28 Jun 2011

Ust Firdaus & Azmin di siasat polis berkaitan "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0

Polis muncul dengan tidak disangka-sangkn di parlimen hari ini bagi merakamkan kenyataan angota parlimen Pakatan Rakyat.

http://2.bp.blogspot.com/_6IMV4RX7E_Y/TGiKw480h9I/AAAAAAAAOZw/z3m0EnfxDJI/s400/Azmin+Ali.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_cPm4Zn-mQhI/THiXLC8gsmI/AAAAAAAABGo/LMy0Tk48x-c/s320/firdaus2.jpg

Asisten supretenden polis daripada ibu pejabat kontinjen Selangor dilihat mengambil kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) di lounge anggota parlimen.

"Saya diberitahu oleh polis lewat tengah hari semalam bahawa mereka mahu marakamkan kenyataan saya berdasarkan ceramah yang diberikan di Sabak Bernam pada 17 Jun bawah program Jelajah Selangor (JELAS)," kata Azmin kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen.

Menurut Azmin, mereka disiasatnya atas "dakwaan mengundang" orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dalam ceramah dua minggu lalu.

Tiada ulasan: