Isnin, 12 Mac 2012

Batal SBPA: PM tiru Buku Jingga lagi

Oleh Mohd Firdaus Jaafar

Tindahttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1384.snc4/163622_476567147591_358919387591_6398970_1956102_n.jpgkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak akan dilaksanakan menunjukkan petanda jelas yang pemimpin nombor satu Umno itu tidak mempunyai daya kreativiti tersendiri dalam mengurus tadbir kerajaan.

Beliau sebaliknya terpaksa 'mencedok' idea Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga yang selama ini dikecam kononnya tidak realistik serta akan menyebabkan negara bankrap.

Sebelum ini Najib juga mengumumkan bahawa pemansuhan bayaran tol RM1 di Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan 90 sen di Batu 11 menghala ke Kajang mulai 02 Mac yang lalu juga merupakan 'copy paste' daripada Buku Jingga.

Walaupun beliau 'malu' untuk mengakuinya namun banyak tindak tanduk beliau kebelakangan ini jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai pilihan lain melainkan dengan membuat beberapa keputusan dengan alasan kononnya demi untuk meringankan beban rakyat.

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), selagi mana Umno/BN berkuasa selagi itulah perkara-perkara yang termaktub di dalam tidak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana Umno/BN memimpin kerajaan bukan atas dasar untuk membantu rakyat namun ianya lebih kepada 'berniaga' kepada rakyat.

Dan tidak mustahil selepas mereka menang pilihan raya ke-13 nanti, semua yang diucapkan akan tinggal ucapan walaupun mereka berjanji melaksanakan semua tuntutan yang terdapat di dalam Buku Jingga.

Siapa yang boleh lupa apabila tindakan kerajaan Umno/BN yang menaikkan harga minyak setinggi 80sen sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12 walaupun mereka telah dinafikan 2/3 majoriti.

Bayangkan walaupun mereka dalam keadaan yang pada dasarnya ditolak hampir majoriti rakyat Malaysia namun mereka tetap menaikkan harga minyak. Apa jaminan ini semua tidak berlaku kalau mereka menang kelak?

Sebab itu DPPM tetap menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Najib serta Umno/BN hanyalah retorik dan janji sebelum pilihan raya sahaja. Mereka hanya 'nampak' rakyat ketika mereka benar-benar terdesak serta di ambang 'kepupusan'.

Tindakan Najib memohon maaf ketika berucap di Kedah bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat juga dilihat semata-mata hanya untuk meraih undi.

Dan rakyat tidak mungkin akan ditipu lagi dengan melihat keupayaan negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan. Walaupun baru empat tahun memerintah, rakyat banyak mendapat faedah dan berkongsi menikmati hasil kekayaan negeri berbanding Umno/BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun.

Mereka selama ini terus hidup dalam keadaan tertekan kerana kenaikan harga barang dan minyak yang dilihat tidak mampu ditangani.

Oleh itu DPPM menyeru rakyat agar jangan mudah terpedaya dengan helah dan tipu daya Umno/BN menjelang pilihan raya ke-13 nanti. Maruah rakyat bukan terletak pada BR1M sebanyak RM500.

Rakyat perlu berani lakukan perubahan. Buku Jingga hanya akan terlaksana kalau PR yang memegang tampuk kekuasaan.


Penulis merupakan anggota parlimen Jerai dan exco Pemuda PAS.

Tiada ulasan: