https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMEHuSNpxSdenUl8erDe-o8w8cvdwxY_VaXtUKyK4_s_K8SXLxSahjccW08cCd2kPQ3H_DvOPtq-asARm7urBo5xypKUZJ5lYYbrITO_6kdD2C1WuGFUy8mseZYSf_DlTbSfCmiOEDqD6Y/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Ahad, 4 Oktober 2009

CALON BN LUPUT TARIKH

Guar Chempedak, 4/10/09 : Umno dan Barisan Nasional disifatkan tersilap langkah bila mencalonkan Tan Sri Isa Samad untuk menggalas cabaran mereka dalam PRK N31 Bagan Pinang 11 Oktober ini. Kenyataan ini dibuat oleh Ustaz Mohamad Ismail, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ketika ditanya pendapatnya tentang calon BN di kerusi Dun Bagan Pinang.

"Isa Samad yang digambar sebagai seorang yang berwibawa sebenarnya sudah luput tarikh, zamannya sudah berlalu apabila beliau disabitkan dengan politik wang suatu ketika dulu", katanya.

Rasuah sudah sinonim dalam dirinya dan antara yang terpopular dalam Umno itu sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Umno tidak boleh menafikan hanya dengan membuat kenyataan bahawa Isa telah dibersihkan. Muhyiddin tentu ingat ketika Isa menggunakan kekayaannya yang tersembunyi untuk menang dalam pemilihan jawatan ketiga tertinggi dalam Umno.

"Umno dan BN sepatutnya mencari nama yang masih segar bugar dan bukannya yang sudah terpalit dengan kejahatan seperti yang ada pada diri Isa Samad. Dato Seri Najib sepatutnya menolak cadangan ini dari awal lagi", katanya.

"Mungkin kerana Najib takut dengan ugutan atau mungkin ada rahsia yang tersembunyi, hingga memaksanya menerima desakan agar Isa dipilih sebagai calon BN di Bagan Pinang", jelasnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan tindakan Najib yang mengenepikan keutamaan rakyat hanya kerana takut kepada desakan Isa. Keputusan yang dibuatnya memilih Isa sebagai calon meletakkannya sebaris dengan pengamal-pengamal rasuah dan politik wang dalam Umno itu sendiri. Kehendak rakyat tidak diutamakan tapi sebaliknya kehendak Isa Samad yang menjadi keutamaannya.

Kerusi N31 Bagan Pinang kini menjadi mangsa pertaruhan Umno untuk diuji kemampuan dan sokongan rakyat kepada BN. Kalaulah Bagan Pinang kali ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon PAS, jelas sekali Pakatan Rayat akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti.

Beliau turut menyeru pengundi-pengundi di N31 Bagan Pinang memilih calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar, anak jati Negeri Sembilan untuk dinobatkan sebagai Adun Bagan Pinang yang baru dan sekaligus menolak anak kelahiran Melaka yang dikemukakan oleh BN sebagai calonnya di kerusi tersebut.


Sembilan tangan lebamkan Ketua Putera Umno?



Semua saluran media dalam Malaysia tanpa segan silu melaporkan berita kononnya Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Rahim ditumbuk ketika mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon PRK Bagan Pinang tanpa menyiarkan aksi-aksi 18SG sembilan tangan yang melepaskan tumbukan KO itu.

Episod lawak antarabangsa kali ini melibatkan pelakon di peringkat majlis tertinggi yang sebelum ini pengundi-pengundi di Malaysia hanya dipertontonkan dengan lakonan ahli-ahli umno peringkat bawahan sahaja bagi tujuan meraih simpati pengundi-pengundi kepada Barisan Nasional.

Bermula di Permatang Pauh dan yang terakhir di Permatang Pasir, semua episod keganasan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat hanya terhadap penyokong Umno dan tidak pernah sekalipun terkena penyokong MCA atau MIC atau IPF atau PPP atau parti komponen BN yang lain. Mengapa amarah penyokong PR hanya berpusar kepada penyokong dan pemimpin parti Umno sahaja? Tentu ada alasan munasabah yang menyebabkan hanya penyokong dan pemimpin Umno sahaja menjadi sasaran kepada keganasan seperti ini.

Yang peliknya tidak pernah sekalipun keganasan ini berjaya dirakamkan oleh media-media atau penyokong-penyokong Umno yang berada ketika ianya terjadi untuk menyokong pertuduhan mereka. Tidak seperti media-media alternatif dan penyokong-penyokong PR yang sentiasa ke hadapan dalam menyiarkan bukti-bukti kukuh menafikan cerita rekaan media Umno dan BN seperti ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Bagan Pinang semalam, Polis diharap dapat mencari sampai dapat tuan-tuan punya tangan yang didakwa mengakibatkan leher Ketua Putera Umno itu terseliuh hingga meninggalkan kesan lebam yang umum sedia maklum sudah sentiasa lebam hingga hitam sejak azali lagi.

Tindakan terdesak Umno dan BN melepaskan tembakan peluru kapur seawal perlawanan bermula menggambarkan mereka sudah kehabisan peluru untuk berhadapan dengan PAS di kerusi empuk mereka itu. Adalah lebih elok kalau digunakan mercun bola yang sudah pasti berbunyi kuat dan boleh mencedera parahkan sesiapa yang terkena letupannya sebagai ganti peluru yang sudah habis.

Khamis, 1 Oktober 2009

Speaker DUN Kedah saman ADUN Kota Siputeh

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abd. Isa Ismail hari ini menfailkan saman terhadap ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Abd. Isa memohon perintah isytihar Abu Hasan bukan ADUN Kota Siputeh dan menghalang dari menjalankan tugas sebagai ADUN, batalkan keputusan SPR serta memaksa untuk mengadakan pilihan raya kecil DUN itu.

Umno is the cancer of Malaysia

by Richard Wee (www.loyarburok.com)

Amazing?! For the second time in a row, Umno chooses a candidate tainted with corruption. They chose Rohaizat Othman at the recent by-election at Permatang Pasir. Rohaizat was disbarred as a lawyer for misusing clients’ funds.

Now for the Bagan Pinang by-election, they choose Tan Sri Isa Mohd Samad, who was suspended by Umno’s very own disciplinary board for money politics (read: corruption).

And the most amazing thing is that Umno’s members from that branch wanted only Isa and even threatened to boycott the by-election if Umno chose another candidate. The fact Bagan Pinang’s Umno branch demanded for Isa’s selection only reflects the kind of people who are members there.

But Najib must be so desperate to win a by-election that he bowed to pressure and chose a tainted man like Isa. This selection of Isa is the consequence of many years of handouts in which Umno gives out contracts to their members. And Isa is popular not because he is a quality, intelligent leader, but a leader who knows how to manipulate the system to pass contracts to the relevant people.

All the noise from Najib that he wants transparency and accountability in his government is merely empty words and promises. By right, Umno should discipline their members at Bagan Pinang for even threatening to boycott the election, but instead he chose the easy path for short-term gain.

It is very unlikely that Pakatan will win this seat as it is traditionally an Umno seat. So, I can imagine that Najib craves the right to brag after Umno wins (assuming they do), to the entire Malaysia. After all, history has shown how Umno brags that the people support them, and how the opposition is rejected at every by-election they won.

Having tasted so many defeats, I think Najib will do almost anything to win one by-election in Peninsular Malaysia.

Umno is the cancer of this country, and I hope a miracle happens in Bagan Pinang and that Pakatan upsets Umno; and more importantly, I pray that Malaysians will open their eyes to see that we cannot go on being governed by people who subscribe to corruption as a normal practice.

Pegawai Kerajaan dan Kerajaan

Oleh : Zulkifli Sulong

OKT 1 — “Tahu tak, kerajaan negeri Kelantan yang ada ini dapat bertahan hampir 20 tahun kini kerana telah menubuhkan 29 jabatan yang baru. Jabatan yang baru ini pula ditubuhkan untuk mengelak pemimpin kerajaan yang ada bertembung dengan pegawai kerajaan dan untuk membolehkan kerajaan yang ada mengawal sepenuhnya jabatan-jabatan baru ini.”

Ini adalah makluman yang diberikan oleh Rosli Abdullah, timbalan pengurus Tabung Tok Kenali, salah satu jabatan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri ini mulai 1990.

Tabung Tok Kenali umpama jabatan kebajikan masyarakat di Kelantan. Ia ditubuhkan selepas kerajaan negeri di bawah PAS merasakan betapa sukarnya untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya dari jabatan berkenaan. Ini kerana kakitangan kerajaan negeri khasnya pegawainya bukannya mematuhi kerajaan negeri sepenuhnya tetapi patuh kepada pihak lain walaupun kerajaan negeri Kelantan membayar gaji mereka.

Selain, Tabung Tok Kenali, turut ditubuhkan di Kelantan oleh kerajaan negeri yang ada adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Tujuannya adalah untuk membolehkan kerajaan negeri yang ada boleh mengawal sendiri beberapa projek penting kerajaan.

Kelantan juga menubuhkan Pusat Kajian Strategik (PKS). Padahal dalam masa yang sama sudah ada satu pusat kajian di bawah Unit Perancang Ekonomi (Upen). Namun, bagi membolehkan kerajaan negeri yang ada mengawal penuh pusat kajian ini, PKS ditubuhkan.

Kenapa semua ini dibuat? Ini kerana kerajaan negeri tidak mahu bertembung dengan pegawai yang ada. "Kalau kamu tidak boleh dengar kata aku, aku tubuh jabatan baru yang boleh dengar dan memahami apa kehendak aku," mungkin itu yang dikehendaki Kelantan.

Kerajaan negeri tidak boleh bertembung dengan para pegawai kerajaan ini kerana pegawai atau kakitangan kerajaan adalah antara tiang-tiang utama dalam politik Malaysia khasnya politik Melayu.

Pegawai dan kakitangan kerajaan amat berpengaruh kepada masyarakat Melayu. Kalau mereka mengambil sikap menentang sesuatu parti alamak sukarlah parti itu.

Mereka dengan mudah akan mempengaruhi rakyat yang berhubung dengan mereka. Apatah lagi kalau mereka mempengaruhi atau menjual cerita buruk sesuatu parti kepada keluarga dan orang kampung mereka.

Inilah pengalaman yang dipelajari pemimpin politik khasnya pemimpin PAS di Kelantan. Mereka tidak boleh bertembung dengan pegawai kerajaan.

Bagi memastikan perancangan dan dasar yang mereka putuskan terlaksana, jabatan baru ditubuhkan sebagai tambahan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang sudah ada.

Tabung Tok Kenali adalah antara contohnya. Inilah antara jabatan penting di Kelantan yang telah melaksanakan sepenuhnya visi negeri kebajikan yang diilhamkan oleh pimpinan PAS di negeri itu. Bayangkan Kelantan tanpa Tabung Tok Kenali? Maka tidak adalah pelbagai skim kebajikan yang dilakanakan oleh kerajaan negeri sekarang.

Apabila berlaku pertembungan antara Datuk Dr Hasan Ali dengan Selcat di Selangor, saya tidak faham mengapa para pemimpin DAP sukar benar memahami hujjah Hasan yang membela pegawai kerajaan di Selangor. Bagi mereka, Hasan telah silap membaca politik di Selangor.

Bagi saya, Hasan memang silap apabila menegur Selcat melalui media. Selaku salah seorang anggota Exco kerajaan negeri, beliau sepatutnya membela kerajaan negeri di media dan menegurnya dalam mesyuarat bersama mereka.

Hasan seolah-olah berperanan seumpama pembangkang di Selangor. Ia kontra sekali dengan peranan yang dimainkan oleh Khalid Samad, anggota Parlimen Shah Alam.

Bagi saya, peranan yang dimainkan oleh Hasan ini sepatutnya diambil oleh Khalid. Ini sudah terbalik, Hasan mengambil tugas Khalid, Khalid pula menjadi pembela kerajaan negeri.

Namun begitu, saya amat menyokong pandangan Hasan tentang hubungan dengan pegawai kerajaan. Bagi saya, PAS atau lain-lain parti dalam Pakatan tidak boleh menambahkan musuh mereka. Cukuplah Umno dan BN sebagai musuh mereka. Ini kerana, pegawai kerajaan sebagaimana istana akan kekal di situ walaupun parti mana yang memerintah.

Saya juga bersetuju dengan Hasan yang menjadikan pengalaman bekas MB Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan, sebagai contoh. Jelas, penghinaan yang dibuat Khir kepada pegawai kerajaan membawa padah dan menjadi salah satu faktor kejatuhan BN di Selangor.

Ada kawan saya berhujjah, jika kita tidak boleh menukar pegawai kerajaan apa gunanya kita menjadi kerajaan. Sedangkan, bagi beliau, pegawai kerajaan adalah antara pusat segala kegiatan rasuah berlaku.

Saya bersetuju bahawa, pegawai yang dilantik berdasarkan merit politik perlu ditukar. Ini kerana, pegawai jenis ini akan bekerja berdasarkan kefahaman politiknya bukan kerana dia makan gaji semata-mata.

Oleh itu, langkah kerajaan negeri Selangor mengekalkan pegawai-pegawai kanan negeri hatta Ketua Puteri Umno pun masih memimpin GLC di Selangor adalah satu kesilapan.

Oleh itu, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku ketua kerajaan negeri Selangor perlu membersihkan kakitangan dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan harmoni dengan pegawai kerajaan. Saya yakin, sebagai kumpulan masyarakat yang berpelajaran, mereka tahu membezakan yang mana permata dan yang mana kaca.