http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Ahad, 9 Mei 2010

Sibu: DAP menongkah arus, Khalid Samad jadi bintang

SIBU, 9 Mei: Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, mereka terpaksa menentang parti pemerintah yang kuat di negeri Sarawak ini di samping masyarakat Cina yang masih lagi percaya dengan isu seperti negara Islam yang dimainkan oleh BN di negeri ini.

"Jangan terkejut kalau di sini isu negara Islam yang sudah lapok di Semenanjung masih menjadi isu utama di kalangan masyarakat Cina di sini. Jadi peranan penceramah PAS penting untuk menjelaskan isu ini," kata seorang wartawan yang aktif menulis untuk akhbar DAP, Rocket.

Mungkin atas dasar ini, anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad antara tokoh utama yang digunakan DAP untuk berkempen bagi pihak calon mereka.

Khalid hari ini diberikan peluang berucap dalam satu gereja Khatolik untuk menerangkan dasar PAS. Beliau berucap selepas ucapan utama dalam perhimpunan agama Kristian hari ini.

"Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily.

Sebaik sahaja menang dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Khalid telah memberikan ucapan yang bersejarah dalam sebuah gereja di Shah Alam. Sejak itu, beliau sangat diingati oleh penganut Kristian di negara ini.

Sementara itu, para pemimpin PAS yang lain sibuk berkempen di kawasan Melayu iaitu di dalam Dun Nangka.

Pagi ini, dua naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Hilir.

Turut serta adalah Firdaus Jaafar, Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS yang juga anggota Parlimen Jerai di samping para Muslimat PAS.

Kesemua mereka turut serta mengiringi calon Pakatan dari DAP, Wong Ho Leng. Selain mereka, turut mengiringi calon itu semalam adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pilihan raya kecil ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menentang calon BN, Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron.

Dalam pada itu, nasib tidak baik berlaku kepada penyelaras pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil ini apabila Datuk Wan Abdul Rahim terpaksa berehat selepas demam.

Beliau yang terpaksa tidur sahaja selepas penamaan calon disyaki terkena serangan virus sebaik sahaja tiba di sini beberapa hari lalu.

"Memang masa nak mari pun dah tak berapa sihat," kata Wan Rahim ketika dihubungi Harakahdaily.

Namun begitu, kempen pilihan raya ini berjalan dengan lancar. Malam ini, Mahfuz dijangka memberikan ceramah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sambutan terhadap ceramah Anwar cukup baik apabila beliau mula datang ke sini semalam," kata Wan Rahim.

2 ulasan:

MADiSYAK berkata...

Saudara Setiausaha Kepada Ahli Parlimen Jerai.

1. Saya telah membaca jawapan tuan dengan teliti dan kesimpulan yang dapat saya buat adalah seperti berikut:

1.1. Jawapan yang diberikan adalah satu jawapan yang memalukan Ahli Parlimen Jerai sendiri, yakni tuan tidak layak menjawab persoalan ini jika masih dipengaruhi emosi dan sentrimen parti, tidak bertunjangkan kepada niat asal menjadi pemimpin dan membantu ke arah keselesaan rakyat.

1.2. Jika menjadi ingin menjadi pemimpin, inilah cabaran yang harus ditempuhi. Kata orang ‘kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai’. Jika sudah sah sebagai Ahli Parlimen mewakili kawasan Jerai, jangan fikir lagi soal sealiran atau tidak kerana kita mewakili keseluruhan masyarakat Jerai.

1.3. Jika tindakan tegas yang tuan maksudkan ‘baru-baru’ ini tetapi ternyata tuan sendiri memberitahu ianya berlaku setahun yang lalu, adalah jangka masa yang terlalu lama dan itulah mungkin kali terakhir tindakan tentang perkara ini dibuat adalah benar, maka samalah ianya seperti tidak berbuat apa-apa seperti ‘melepas batuk di tangga’ dan ini jelas menunjukkan kelemahan pihak wakil rakyat tak kira Parlimen atau DUN.

1.4. Ternyata keadaan gerai tersebut akan tetap begitu tanpa apa-apa perubahan yang boleh memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya

2. Berbalik kepada masalah gerai buah yang menjadi topik utama di sini, suka saya terangkan bahawa kami bukan mahu menyalahkan sesiapa sama ada wakil rakyat, orang-orang politik atau pun Majlis Daerah Yan. Kami hanyalah meminta jasa baik pihak tuan membantu menyelesaikannya kerana pihak tuan dan orang-orang politik mempunyai ‘suara’ dan dijemput hadir dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah. Pihak tuan boleh mengemukakannya atas ‘kapasiti’ sebagai Member of Parlimen. Kepada Adun Datuk Dr Ku Abd. Rahman pun kami meminta perkara yang sama.

3. Saranan tuan supaya kami merendahkan diri dan menyelesaikannya sendiri adalah satu saranan yang boleh dianggap ‘bodoh’ kerana kami tidak diberikan apa-apa ‘autoriti’ untuk berbuat demikian. Pihak tuan mempunyai autoriti tersebut atas jawatan sebagai wakil rakyat.

4. Kami bukan meminta ‘bulan dan bintang’ malah jauh sekali meminta wang ringgit dari tuan. Kami hanya memohon jasabaik pihak tuan kerana pihak tuan mempunyai segala-galaanya dan dihormati pula sebagai pemimpin kerana telah dipilih sebagai wakil rakyat. Jika itu tidak dapat dilaksanakan apalah gunanya semua kepercayaan yang diberikan kepada pihak tuan selama ini?

5. Jika masalah mereka tidak mahu berpindah kerana sewa tinggi dan tidak mendapat pulangan yang lebih baik, ubahkan sahaja gerai itu ke belakang sedikit agar tidak berada di atas jalanraya dan tempat pejalan kaki. Apalah salahnya dicuba begitu dari dibiarkan seperti sekarang yang dilihat semakin mengganggu lalu lintas. Gerainya masih di situ dan pembelinya juga masih orang itu.

6. Kami pun bukan meminta tuan menguruskan perkara ini. Kami pun tahu dengan sentiment parti yang masih menebal, tentu tuan keberatan berhadapan dengan peniaga-peniaga tersebut. Tetapi kami hanya meminta jasabaik dan budi bicara pihak tuan mengemukakan masalah ini atas ‘kapasiti’ dan ‘autoriti’ yang ada di pihak tuan.

7. Walau apapun, terimakasih kerana sudi berinteraksi dan maaf kerana mengganggu keselesaan tuan.

dinGBK berkata...

Cakap aje pandai tapi tak bolh bikin bah...macam kepala PR si jahanm komnuis DAP dan bung Nuaaar...
PAS patut malu sbb pemimpin ko org yg bongkar bung Nuaar...la ni hangpa yg ikut buntut dia...ingt lah pada Allah swt.pasal politik hukum hakam agama pun hangpa tibai....nauzubillah..