ALOR SETAR, 17 Julai: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak ‘melembukan’ media-media arus perdana.
"Editor media-media ini bukannya 'lembu Umno', jangan lembukan media-media yang selama ini masih sokong kerajaan," ujar beliau malam tadi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'rasionalisme subsidi' dan 'penyelarasan harga' semata-mata untuk membendung kemarahan rakyat terhadap pentadbiran Najib.
"Dia (Najib) guna terma-terma ini semua sebab dia mahu ‘melembukan’ rakyat, dia takut rakyat terus mengecam pentadbiran dia," ujar beliau sambil mengajak rakyat dan kakitangan kerajaan memulakan protes secara senyap terhadap pentadbiran Najib.
Katanya lagi, tindakan Najib merampas RM570 juta subsidi daripada rakyat sebagai tindakan mementingkan diri sendiri.
"Seseorang bapa pun kalau tak ada duit, dia akan mengikat perutnya, tetapi dia (Najib) sanggup ikat perut kita semua (rakyat) kononnya untuk menjimatkan duit negara.
"Dia mungkin ingat negara ini 'kerajaan laki-bini' dia, saya nak tegaskan di sini bahawa negara ini 'harta rakyat'," tegasnya lagi.
Semalam, Malaysiakini melaporkan, seorang penasihat media di Jabatan Perdana Menteri (JPM) melarang editor-editor terbabit membangkitkan amarah rakyat dengan melaporkan berita berhubung kenaikan harga barangan 5 dalam 1 termasuk petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) sejak malam kelmarin.
Mereka, menurut laporan itu lagi, turut diarahkan memberi gambaran yang mesra dan positif kononnya langkah Najib itu sebagai langkah penjimatan kerajaan demi kepentingan negara.
1 ulasan:
Editor yang pro umno bn ni bukan takat kena cucuk hidong lagi,malah kena ikat kaki ngan tangan sekali. mata dok lip pok, lip pok, minta belas kesian, takut tak dapat makan pkc (Palm kernel cake). lain pula dengan editor pakatan rakyat ni, tak dapat makan rumput dalam bendang, la ni petani racun habis, depi pi makan daun kayu atau pun pi tepi laun makan rumput tepi laut. syabas editor pr, ada harga diri, maruah diri, dapat duit cara halai untuk bagi makan anak bini.PM NAJIB TIDAK PERIHATIN RAKYAT DIKAMPONG, UMUM NAIK HARGA BARANG LUAR PARLIMEN, MEMANG NEGARA MALAYSIA SEKARANG PUNYAI SEORANG PEMIMPIN YANG DAYUS UNTUK BERDEPAN DENGAN RAKYAT. Bukan takat editor, speaker dewan rakyat sendiri pun dah kena cucuk hidong dengan penyepai tembaga, jadi lembu draugh master.
Catat Ulasan