http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 4 Januari 2010

SMS menawarkan video klip panas untuk pengguna telefon mudah alih

Kebelakangan ini pengguna-pengguna perkhidmatan telekomunikasi mudah alih terutamanya Celcom sering didatangi sistem pesanan ringkas 'SMS' yang menawarkan koleksi-koleksi video panas untuk dinikmati hanya dengan menaip "YA" dan membalas ke nombor peribadi pengirim.

Walau pun digambarkan keperihatinan pengirim SMS itu dengan memberikan amaran hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja, tetapi tindakan menawarkan perkhidmatan dan perniagaan yang sedemikian rupa dilihat langsung tidak bertanggungjawab.

Malaysia kini makin parah dihambat penyakit sosial terutamanya penyakit keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja yang bakal mewarisi negara ini kelak. Seluruh pelusuk tanahair samada di bandar-bandar besar atau di desa-desa kini dilimpahi dengan koleksi video klip aksi-aksi seks remaja tempatan yang cukup mudah diperolehi.

Sebelum ini, peranan mendedahkan remaja kepada keruntuhan moral ini hanya dimainkan oleh sebahagian besar peniaga-peniaga telefon mudah alih yang menawarkan khidmat muat turun klip-klip video seks tempatan sebagai tarikan pelanggan. Kini ianya peranan itu dikongsi bersama mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan perkembangan teknologi yang semakin canggih semata-mata kerakusan mengaut keuntungan apabila tiada usaha-usaha untuk menyekat operasi mereka.

Penghantar mesej ini semakin berani apabila beroperasi menggunakan nombor peribadi yang didaftarkan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini. Disenaraikan di sini nombor-nombor telefon yang digunakan untuk mengirim SMS seperti itu dalam tempoh seminggu lalu, iaitu : 013-4580391, 013-4310105, 013-4309756, 013-4380910, 013-4309575, 013-4756018, 013-4756680, 019-4040871 dan 019-4159640.

Kesemua nombor-nombor itu mengirimkan mesej penawaran koleksi video panas untuk dimiliki dengan amat mudah iaitu dengan membalas "YA" ke nombor yang sama. Memang mudah, sesiapa saja boleh mendapatkan koleksi itu walau pun kanak-kanak berumur 10 tahun yang kini kebanyakannya telah dibekalkan dengan telefon mudah alih oleh keluarga mereka.

Pembekal perkhidmatan sistem telekomunikasi ini seharusnya lebih peka dengan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada keruntuhan moral di kalangan remaja di negara ini. Mereka perlu bertindak segera membendung gejala tidak sihat ini untuk membersihkan imej buruk angkara individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Syarikat-syarikat yang menyediakan sistem telekomunikasi di negara ini dinasihatkan jangan terlalu mementingkan keuntungan hasil dari kegiatan tidak beretika yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyumbang ke arah penularan penyakit sosial di kalangan pengguna perkhidmatan mereka.

3 ulasan:

Kedahlanie berkata...

Saya cadangkan PKWR JERAI buat satu laporan POLIS suruh polis kesan siapakah empunya nombor2 ini...

admin berkata...

Saya rasa bagi sapa2 yang selalu top-up kredit prepaid kat kedai hp kena ambil perhatian juga. Sebab pengguna mendedahkan no tel kepada peniaga yang kita tak tahu samada nombor2 tel yang ditulis dalam buku mereka semasa pengguna daftar utk top-up itu disimpan saja atau digunakan utk perkara yang tidak sepatutnya.

doublea berkata...

report kat sini pun boleh,

Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) |
| CyberSecurity Malaysia |
| Level 7, Sapura@Mines |
| 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City |
| 43300 Seri Kembangan, Selangor |
| MALAYSIA |
+----------------------------------------------------+
| Email : mycert@mycert.org.my |
| : cyber999@cybersecurity.my |
| Cyber999 Hotline : 1-300-88-2999 (business hours) |
| Phone : +603-89926969 (business hours) |
| Fax : +603-89453442 (24x7) |
| Handphone : +6019-2665850 (24x7) |
| SMS : +6019-2813801 (24x7) |
| Office hours : 08:30-17:30 Mon-Fri (GMT+0800) |
| URL : http://mycert.org.my/ |
+----------------------------------------------------+