http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Khamis, 15 Julai 2010

Curi pasir: Kenapa Muhyiddin, Hishammuddin diam

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kerajaan Pusat dilihat enggan memberi kerjasama membanteras beberapa kes curi pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri telahpun menyerah maklumat berwajib, semalam.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata demikian ekoran melihat kengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima surat maklum balas daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dah terima surat tentang siapa curi pasir, kroni pemimpin Umno bahagian mana yang terbabit, kenapa Muhyiddin dan Hishammuddin tak terima dan diam," soal beliau pagi tadi di lobi Parlimen.

Difahamkan, Khalid turut menyerah surat maklum balas yang sama kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya membanteras sendikit curi pasir itu.

Katanya lagi, kerajaan Pusat sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama membanteras sindiket mencuri pasir memandangkan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Beliau yang juga AJK Pemuda PAS Pusat turut menasihatkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya tidak melindungi pihak terbabit memandangkan aktiviti curi pasir dilihat mula giat sejak beliau menjadi Menteri Besar.

"Jangan setakat fitnah itu dan ini, dia (Mohamad Khir) kena dedah sindiket itu sekiranya dia masih ingat," beliau menambah.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terkeliru dengan dakyah-dakyah Umno yang mahu merampas kerajaan negeri daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Semalam, Khalid Ibrahim mengaku bahawa pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. masih lemah walaupun syarikat itu adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.

Ini kerana, beliau di Dun Selangor berkata, kerajaan negeri kurang mendapat kerjasama daripada pihak penguatkuasaan berwajib yang nyata di bawah bidang kuasa pusat.

Namun, Muhyiddin pada satu kenyataan media yang lain mengetepikan alasan Khalid itu dengan mendakwa bahawa kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat tidak mampu menguruskan isu pasir sebagaimana era Umno BN memerintah negeri.

Pun begitu, Mohamad Khir sendiri sehingga kini difahamkan masih belum menyatakan kesediaan untuk mendedahkan sindiket curi pasir yang berlaku ketika beliau menjadi Menteri Besar dulu.

1 ulasan:

joe-kedah berkata...

Otak pemimpin umno semakin hari sudah semakin lemah. Depa dah tak tau nak cari jalan fitnah, semakin hari rakyat dah tau, siapa yang benar siapa yang penipu. kedua-dua tu orang johor, rakyat johor dah mula meluat dengan depa tu.apabila tan sri khalid dah hantar laporan, tengok-tengok ada kait kail kat khir toyo, anak kesayangan depa, maka kena diamlah. tektik tak mengena. bukan senang nak jadi ketua kerajaan pakatan rakyat oi, tak tahan lari malam!