Rabu, 2 Mac 2011

Dulu puja Bob Lokman, kini hina dia

Kami di Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

Laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam ymenghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.

Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS.

Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak.

Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia.

Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

1 ulasan:

matpanah berkata...

Assalamualaikum YB,

La biasa la benda macam ni. Suka tak suka kita kena terima hakikat, itulah wajah politik Malaysia.

Macam YB Zul Nordin tu, dulu kawan-kawan YB sanjung dan puji. Tapi bila dia jadi YB bebas dan start buat statement yang untungkan BN, depa yang puji tu jugak pakat hentam dia. Ada yang hina sampai kawan tu seolah-olah takdak jasa langsung kat Pakatan.

Contohnya banyak lagi la. Jadi tak sah la dok heran.

Kesimpulannya; apa-apa hal pun, tengok dulu kiri dan kanan...