|
KUALA LUMPUR, 19 Jan - PAS hari ini mengesa semua Jentera Pilihanraya PAS di peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataannya itu menjelaskan, gesaan bantuan itu dibuat berdasarkan jumlah 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar yang dilaporkan oleh SPR semalam. sumber dr http://www.pas.org.my
|
| Member Of Parliament For Jerai | PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT PARLIMEN JERAI No. 2D, Arked Majlis Daerah Yan Jalan Yan, 08800 Guar Chempedak Kedah Darul Aman | Tel / Faks : 04-4619635 | Email : mp.jerai@gmail.com |

Rabu, 20 Januari 2010
Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi
Rabu, 13 Januari 2010
Rabu, 6 Januari 2010
Imiginasi Zahid dibuktikan Gani Patail
Sejak awal lagi Menteri Pertahan, Dato' Seri Zahid Hamidi sudah membayangkan kehilangan enjin dan perkakas jet yang bernilai melebihi RM100 juta itu adalah angkara anggota bawahan TUDM.
Nah, sekarang Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah membuktikan kebenaran imiginasi Zahid Hamidi itu dengan mengheret seorang laskar udara dan seorang sarjan udara bersama-sama seorang pengarah syarikat yang tidak dinyatakan dari syarikat mana ke mahkamah.
Laskar udara Mohamad Shukri Yusop didakwa mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 milik TUDM, manakala sarjan udara, N Tharmendran pula didakwa bersubahat dengan Mohamad Shukri. Pengarah syarikat, K Rajandran Prasad pula dituduh dengan sengaja menolong menghapuskan barang curi milik TUDM.

Jahat sungguh anggota-anggota bawahan TUDM ini, tak jujur dan tak beramanah langsung menjaga harta negara yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Tak cukupkah gaji yang dibayar oleh kerajaan setiap bulan sampai tergamak menjual harta negara yang boleh menjejaskan keselamatan negara?
Mungkin itulah persoalan yang diutarakan oleh rakyat sekiranya siasatan kes kehilangan enjin ini dilakukan oleh Suruhanjaya DiRaja yang bebas dari tangan-tangan ghaib yang sering mengganggu kerja-kerja siasatan ke atas kes berprofil tinggi.
Tetapi apa yang dibualkan rakyat selepas dikhabarkan status terkini kes enjin hilang berkisar tentang ketidak logikan senarai individu yang terlibat apabila diumumkan hanya di kalangan mereka yang berada di anak tangga terendah dalam carta organisasi TUDM.
Majoriti rakyat berkeyakinan individu-individu itu telah dikambing hitamkan hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu yang terlibat secara langsung dalam melenyapkan harta negara yang bernilai ratusan juta ringgit. Rata-rata rakyat percaya kalau enjin jet yang besar itu mampu dilenyapkan, tidak mustahil fakta dan bukti yang sekadar di dalam kertas itu juga boleh dihapuskan sebagai mana menghapuskan kotoran degil pada pakaian.
Tempoh siasatan yang lama iaitu hampir satu tahun setengah, menguatkan lagi kesangsian rakyat terhadap penemuan ajaib pihak penyiasatan yang telah sedia diragui itu. Berbagai-bagai muslihat yang boleh dilakukan dalam tempoh yang lama itu untuk menyelamatkan individu-individu besar dan berkuasa.
Inilah akibatnya apabila kerja-kerja penyiasatan kes-kes berprofil tinggi diserahkan kepada pihak yang telah hilang kredibilitinya. Sama seperti kes mata lebam DSAI, kes video Lingam, kes kematian Beng Hock, kes Altantuya dan macam-macam lagi yang jelas membuktikan badan penyiasat yang terikat dengan kerajaan tidak mampu menemui penamatnya.
Percayalah, sekiranya tugas ini diserahkan kepada Suruhanjaya DiRaja yang bebas dan diyakini sudah pasti akan ada percanggahan senarai individu terlibat dengan kes ini seperti mana yang berlaku pada kes-kes besar terdahulu yang mana penyudahannya melibatkan mereka yang berstatus tinggi.
Aktivti di kawasan sepanjang minggu lepas
PERASMIAN PENUTUP KURSUS KENAIKAN BENGKONG SENI SILAT PUSAKA GAYONG DI GURUN
Diiringi orang-orang kuat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong ke dewan berlangsungnya majlis penutupan kursus
Berucap ketika merasmikan penutupan kursus kenaikan bengkong
Sedang menyampaikan bengkong dan sijil tamat kursus
LAWATAN PETANG DALAM KAWASAN BERTEMU PEMUDA DAN SUMBANGAN PERALATAN SUKAN
Menyerahkan sumbangan bola sepak raga kepada sekumpulan pemuda di depan Kolej Komuniti Guar Chempedak

Menyerahkan bola kepada pemuda di Kampung Setar
ZIARAH RAKYAT DI SEKITAR PARLIMEN JERAI DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN
Ziarah rakyat yang terlantar sakit di Kampung Pauh
Ziarah rakyat dan sumbangan barang-barang dapur

Ziarah pelajar cemerlang PMR, ibu dan bapa dari kalangan orang kurang upaya (bisu) dan hulur sumbangan
Hadir ke sambutan hari keluarga penduduk Kampung Teroi dan Sungai Malai
Ziarah dan sumbangan kepada ibu tunggal di Yan
Lawatan ke kilang beras bumiputera di Yan
Bersama pemuda yang bertugas semasa Walimatul Urus di Kompleks PAS Kedah
Isnin, 4 Januari 2010
SMS menawarkan video klip panas untuk pengguna telefon mudah alih
Kebelakangan ini pengguna-pengguna perkhidmatan telekomunikasi mudah alih terutamanya Celcom sering didatangi sistem pesanan ringkas 'SMS' yang menawarkan koleksi-koleksi video panas untuk dinikmati hanya dengan menaip "YA" dan membalas ke nombor peribadi pengirim.
Walau pun digambarkan keperihatinan pengirim SMS itu dengan memberikan amaran hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja, tetapi tindakan menawarkan perkhidmatan dan perniagaan yang sedemikian rupa dilihat langsung tidak bertanggungjawab.
Malaysia kini makin parah dihambat penyakit sosial terutamanya penyakit keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja yang bakal mewarisi negara ini kelak. Seluruh pelusuk tanahair samada di bandar-bandar besar atau di desa-desa kini dilimpahi dengan koleksi video klip aksi-aksi seks remaja tempatan yang cukup mudah diperolehi.
Sebelum ini, peranan mendedahkan remaja kepada keruntuhan moral ini hanya dimainkan oleh sebahagian besar peniaga-peniaga telefon mudah alih yang menawarkan khidmat muat turun klip-klip video seks tempatan sebagai tarikan pelanggan. Kini ianya peranan itu dikongsi bersama mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan perkembangan teknologi yang semakin canggih semata-mata kerakusan mengaut keuntungan apabila tiada usaha-usaha untuk menyekat operasi mereka.
Penghantar mesej ini semakin berani apabila beroperasi menggunakan nombor peribadi yang didaftarkan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini. Disenaraikan di sini nombor-nombor telefon yang digunakan untuk mengirim SMS seperti itu dalam tempoh seminggu lalu, iaitu : 013-4580391, 013-4310105, 013-4309756, 013-4380910, 013-4309575, 013-4756018, 013-4756680, 019-4040871 dan 019-4159640.
Kesemua nombor-nombor itu mengirimkan mesej penawaran koleksi video panas untuk dimiliki dengan amat mudah iaitu dengan membalas "YA" ke nombor yang sama. Memang mudah, sesiapa saja boleh mendapatkan koleksi itu walau pun kanak-kanak berumur 10 tahun yang kini kebanyakannya telah dibekalkan dengan telefon mudah alih oleh keluarga mereka.
Pembekal perkhidmatan sistem telekomunikasi ini seharusnya lebih peka dengan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada keruntuhan moral di kalangan remaja di negara ini. Mereka perlu bertindak segera membendung gejala tidak sihat ini untuk membersihkan imej buruk angkara individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Syarikat-syarikat yang menyediakan sistem telekomunikasi di negara ini dinasihatkan jangan terlalu mementingkan keuntungan hasil dari kegiatan tidak beretika yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyumbang ke arah penularan penyakit sosial di kalangan pengguna perkhidmatan mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)








