https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMEHuSNpxSdenUl8erDe-o8w8cvdwxY_VaXtUKyK4_s_K8SXLxSahjccW08cCd2kPQ3H_DvOPtq-asARm7urBo5xypKUZJ5lYYbrITO_6kdD2C1WuGFUy8mseZYSf_DlTbSfCmiOEDqD6Y/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Rabu, 9 September 2009

Adun mana yang nak lompat?

Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu yang menyepi sekian lama, tiba-tiba jengul dengan dakwaannya ada lagi Adun PR akan berhijrah naik ke kapal mereka yang sudah nak karam itu. Pelik jugak bila mana kenyataan seorang yang hanya bergelar Ketua Bahagian boleh dapat tempat dalam surat khabar harian sedangkan kenyataan orang nombor 2 dalam Umno Kedah pun tak disiarkan.

Sebenarnya DP Ahmad Bashah dah mula memainkan cerita lompatan bergalah ini dalam satu program di IKM Sungai Petani dua tiga hari sebelum Adun Lunas melompat keluar dari PR. Dia dah mewar-warkan cerita rekaannya kepada wartawan media perdana di luar sidang medianya bertujuan mendapatkan publisiti murahan untuk tonjolkan dirinya setanding dengan Mantan MB, DS Mahdzir Khalid. Dia pun teringin jugak nak rasa jadi MB walaupun dengan cara haram macam Zambry Kadir di Perak.

Malangnya cerita dogengnya itu tak mendapat tempat dalam media perdana kerana mungkin tak ada "value added". DP Ahmad Bashah mungkin sedang bersaing dengan pencabarnya dalam BN untuk menunjukkan kebolehannya memancing Adun PR. Kalau pencabarnya, DS Mahdzir Khalid boleh bawak Adun Lunas keluar dari PR, dia pun nak tunjuk terror jugak dengan hulurkan umpan buat Adun-adun PR yang lebih berkaliber dari Adun Lunas itu.

Dia perlu buktikan pemilihannya sebagai orang nombor 2 dalam Umno Kedah adalah tepat. Oleh itu bermulalah cerita dongengnya dengan cubaan pertamanya membuat kenyataan ada 2 Adun Pas yang bertaraf Exco akan keluar parti. Tapi cerita ini tak mendapat tempat dalam media perdana, mungkin kerana pemilihan pelakon dalam cerita ini dilihat tak sepadan dengan judul ceritanya. Wartawan mana yang nak percaya bila watak yang dipilih itu Dr. Hamdan dan Cikgu Lah atau Dato' Amir dan Dato' Pharol atau Dato' Taulan dan Ustazah Aishah atau mana-mana gandingan nama yang disebut tadi?

Hairannya skrip Ketua Bahagian pulak yang mendapat sambutan bila ada media yang sudi menyiarkan kenyataannya. Mungkin sebab ceritanya ada nilai komersial, tak macam cerita sampah orang nombor 2 Umno Kedah itu. Yang nyata moral cerita ini membuktikan kualiti orang nombor 2 hanya berada pada tahap lebih bawah dari ketua bahagian.

Datuk Aziz akan berhadapan dengan siasatan bila dakwaannya itu mendapat respon dari Dewan Pemuda PAS Kedah yang tampil membuat laporan polis atas alasan kemungkinan adanya unsur-unsur rasuah dalam usaha memancing Adun-adun PR melompat parti.

Terbaru, MB pulak menyatakan kesediaannya untuk membubarkan DUN Kedah sekiranya benar ada lagi Adun PR akan melompat parti. Beranikah Umno bertanding secara anak jantan?

Umno sedar mereka tak mampu untuk kembali berkuasa dengan cara yang terhormat. Sebab itulah SPR digunakan untuk mereka mengekalkan kerusi Kota Seputeh yang jelas telah kosong mengikut undang-undang tubuh negeri Kedah. Umno tak berani berlawan secara gentlemen.

Dengan keadaan Umno yang sudah terlalu dhaif mana mungkin ada Adun yang teringin untuk bernaung di bawah panji-panji mereka. Hanya Adun Lunas saja yang tidak cerdik menilai yang mana intan yang mana kaca.

Tiada ulasan: