http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 7 September 2009

Utusan Malaysia hari ini

Sekurang-kurangnya ada lapan tajuk berita menghiasi helaian-helaian Utusan Malaysia hari ini yang menggodam dan mencerca pentadbiran kerajaan PR Selangor yang disifatkan tidak pandai memerintah setelah 18 bulan mengambil-alih tampuk pemerintahan dari BN.

Bermula dengan himpunan komen 3 orang manusia di muka depan yang diberi tajuk PAKATAN GAGAL TADBIR SELANGOR dan ditambah dengan sindiran sinis Senyum Kambing di sebelah berita itu. Dua halaman di dalam penuh dengan tajuk-tajuk sensasi bertujuan nak menjatuhkan kerajaan Selangor iaitu :-

3 komen di muka depan, iaitu komen Pengerusi Gerakan Negeri Selangor mengkritik kerajaan PR Selangor kerana kegagalannya meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi dan politik Selangor. Baginya, Selangor semasa pemerintahan Khir Toyo dan BN adalah sebuah negeri yang teramat kaya tapi malangnya bila Tan Sri Khalid ambil-alih pentadbiran, Selangor terus jadi miskin dan mungkin di kedudukan tercorot dalam senarai negeri-negeri di Malaysia.

Sosio-ekonomi Selangor menjadi lumpuh sehinggakan kilang-kilang yang tidak terkira banyaknya dan termasuk kilang arak besar di Shah Alam terpaksa ditutup kerana tak pandainya pentadbir Selangor selepas Khir Toyo. Tahap politik di Selangor berada pada paras yang mungkin sama dengan keadaan politik di Selatan Thai apabila pentadbiran doktor gigi yang teramat kaya itu ditolak majoriti pengundi Selangor. Ketegangan kaum sering berlaku dan yang terbaru bila adik Ketua Umno Bahagian Shah Alam menaja perarakan kepala lembu yang disokong oleh Hishammudin Tun Hussein.
Komen kedua, Presiden Perkasa pulak memperlekehkan kualiti pentadbiran PR Selangor sepanjang setahun jagung memerintah, kononnya berlaku macam-macam peristiwa yang mengganggu urusan pentadbiran negeri. Bagi Ibrahim Ali, tak ada gangguan dalam pentadbiran kerajaan dulu walaupun memerintah berpuluh tahun.

Mungkin Ibrahim Ali lupa masa BN memerintah dulu, parti yang kalah samada PAS atau PKR atau DAP tak pernah usung kepala lembu hina kaum India. Tak pernah pulak mana-mana parti yang kalah tadi cuba meniupkan api perkauman macam ahli-ahli Perkasa dan Umno dan yang sewaktu dengannya buat dengan alasan nak mempertahankan kuasa melayu yang hilang bila rakyat pelbagai kaum tak sokong mereka.

Jadi memang betullah komen Ibrahim Ali, sepanjang setahun jagung PR perintah Selangor macam-macam dah berlaku. Demokrasi hancur lebur bila yang kalah tak boleh terima kekalahan, isu perkauman dihidupkan untuk cetuskan ketegangan kaum. Tak macam waktu BN perintah dulu, demokrasi dijunjung tinggi, yang kalah menerima kekalahan dan tunggu 5 tahun lagi untuk masuk bertanding secara anak jantan.

Komen ketiga dari seorang professor USM menggambarkan seolah-olah rakyat tidak menghormati kepimpinan Tan Sri Khalid kerana pentadbirannya dirasakan tidak berfungsi dengan sebaiknya. Mungkin professor ini terlupa, hanya hamba rakyat yang berdarah Umno sahaja yang tidak reti menghormati orang lain. Cuba lihat dalam kes usung kepala lembu, siapa yang berlaku biadap sedemikian rupa sehingga mencetuskan ketegangan kaum dalam negara ini? Tidakkah mereka itu telah dibuktikan oleh YB Khalid Samad sebagai ahli-ahli Umno yang mengetuai acara menghina kaum India di negara ini?

Bak kata Nabil Raja Lawak Edisi Kedua, "LU FIKIR LAH SENDIRI"

Tiada ulasan: