https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMEHuSNpxSdenUl8erDe-o8w8cvdwxY_VaXtUKyK4_s_K8SXLxSahjccW08cCd2kPQ3H_DvOPtq-asARm7urBo5xypKUZJ5lYYbrITO_6kdD2C1WuGFUy8mseZYSf_DlTbSfCmiOEDqD6Y/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Khamis, 24 September 2009

Umno makin serabut

Tun Mahathir makin lantang mengemukakan pendapatnya dalam isu pemilihan calon BN di PRK N31 Bagan Pinang. Baginya calon merupakan faktor utama pengundi menolak BN dalam pilihanraya umum lepas dan siri-siri pilihanraya kecil selepas Mac 2008.

Inilah yang membuatkan Umno makin serabut, samada mengikut kata hati Tun yang baru menjadi ahli semula atau mengenepikan kehendak ahli-ahli lama di Bagan Pinang yang mahukan bekas pengamal politik wang mewakili mereka sebagai calon BN di PRK yang kesembilan musim ini.

Tan Sri Muhyiddin sejak dari awal lagi tak mahu Tan Sri Isa Samad yang pernah mengalahkannya dalam pemilihan Umno dipilih sebagai calon BN di PRK Bagan Pinang ini, manakala Umno Telok Kemang pula hanya menyenaraikan ketua bahagian mereka sebagai calon di kerusi yang kosong itu.

Tentu ada motif atau muslihat lain hinggakan Muhyiddin berulang kali mahukan Umno Negeri menyenaraikan lebih dari seorang untuk dipilih sebagai calon BN dalam pusingan kesembilan ini. Tan Sri Isa Samad sebagai orang lama dalam sepak terajang politik Umno sudah tentu faham benar apa yang bermain dibenak Timbalan Perdana Menteri ini.

Kalau orang lain yang pilih untuk menjadi calon BN kali ini, tentulah Tan Sri Isa Samad dan penyokong-penyokongnya akan berkecil hati dan kecewa dan tidak mustahil mereka akan memboikot pilihanraya kecil ini.

Tapi kalau Isa dipilih, Umno dan BN akan menerima tentangan dan serangan dari dalam dan luar. Ini akan memberi laluan yang selebar-lebarnya untuk calon PR yang diwakili PAS meneruskan kemenangan rakyat dalam pusingan kesembilan ini.

Tiada ulasan: