Selasa, 1 September 2009

MB lawat pusat penempatan banjir di Yan

Guar Chempedak : MB Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah meluangkan masa melawat mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat penempatan di sekitar Daerah Yan Ahad lalu. Seramai lebih 120 keluarga atau lebih 440 orang mangsa ditempatkan di 3 pusat perpindahan sementara di seluruh daerah ini. MB turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada ketua-ketua pusat penempatan tersebut.




Dalam sidang media yang diadakan di Masjid Titi Teras, MB memaklumkan peruntukan kerajaan negeri yang berjumlah RM500 ribu untuk tujuan mendalamkan Sungai Malai bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini.


Terdahulu, Ahli Parlimen Jerai (Ustaz Mohd Firdaus Jaafar) bersama-sama Pegawai Khas MB (Encik Muzaini Azizan) telah melawat dan menyampaikan sumbangan di pusat-pusat penempatan terbabit.


Tiada ulasan: