http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Sabtu, 29 Ogos 2009

Berbuka puasa di Kg. Jawa


Semalam berlangsung program berbuka puasa bersama penduduk Kg. Jawa, Yan. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh YB dan diikuti dengan bacaan tahlil arwah sebelum masuknya waktu berbuka.

Dalam program itu juga, YB berkesempatan untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga-keluarga miskin di kawasan sekitar. Program tersebut berakhir selepas solat maghrib kerana YB terpaksa bergegas untuk menyampaikan tazkirah di Surau Titi Serong.

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam YB,
Tahniah dan terima kasih kerana sudi menjengah Kampung Jawa..tu kampung ana..