Dari pukul 12 tengahari tadi sampai ke la ni telefon saya tak renti-renti menggelupor dalam poket, dan persoalannya semua berkisar tentang acara "lompat bergalah" Adun Lunas yang dilaporkan dengan pantas melalui berita kaki RTM1 dan disusuli dengan laporan oleh media-media lain.
Yang bertanya tu dah tengok berita tv, tak puas hati terus on laptop buka internet cari info tentang berita ni, utusan online yang mula siar "Adun Lunas keluar PKR", tak puas hati lagi buka lain-lain web nak pastikan berita sensasi tu dan last sekali telefon sapa saja hanya nakkan kesahihan berita ni.
Bukannya apa, mungkin depa ni dah selalu sangat dihidangkan dengan cerita "cubaan melompat" Adun ni sejak dari rampasan kuasa di Perak lagi, jadi depa sanggup bersusah payah mencari sumber-sumber yang boleh mengesahkan berita ni.
Ada yang marah dengan tindakan Adun ini, ada yang sedikit sedih kerana dok pikir tekanan yang akan dihadapi PR Kedah selepas ini, tapi ramai yang mengucapkan "syukur" kerana PR Kedah terlepas dari "bebanan atau liabiliti" dengan pengisytiharan Adun itu tadi.
Untuk menghalalkan tindakannya, maka dikemukakanlah dalil-dalil dan nas-nas "standard" yang mendorong dia keluar dari parti yang mengangkat darjatnya dari seorang rakyat biasa menjadi seorang yang bergelar Yang Berhormat dan sekaligus melayakkannya berada dalam sebuah bilik indah di Wisma Darul Aman yang ada orang kata pernah berlakunya rundingan untuk mengguling kerajaan PR Kedah.
Dan artikel terbaru dalam portal Malaysiakini yang dikemaskini pada jam 2.34pm, Adun Bebas ini menyatakan pulak sokongannya kepada Perdana Menteri tapi masih jugak nak pegang jawatan Exco dalam kerajaan yang diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat. Boleh ka??
Sokong PM maknanya sokong BN, BN tu pembangkang kat Kedah, jadi Adun Umno atau Adun Bebas yang isytihar sokong BN kena la sedar diri tak boleh la nak mandai-mandai nak terus memerintah negeri.
Jangan sampai pengundi Lunas mai usung keluar macam YB Sivakumar kena sudah la. Tak sabar nak tengok YB Sidam yang cukup berpegang pada prinsip perjuangan dan menghormati amanah pengundi pulak duduk di kerusi yang Adun Lunas tak mau lepas tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan