http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 3 Ogos 2009

KB Jaya juara Liga Bolasepak Tertutup Parlimen Jerai 2009

Guar Chempedak (2-8-09) : KB Jaya menjadi pasukan pertama menjulang Piala YAB Adun Sungai Limau yang dianjurkan oleh DPPK Jerai dengan kerjasama PKWR Parlimen Jerai apabila dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menewaskan Modenas dengan jaringan 2 - 0 di Padang Majlis Daerah Yan, Guar Chempedak petang semalam.

KB Jaya membawa pulang hadiah RM2000.00, sebuah piala dan medal untuk setiap pemain. Sementara Modenas pula terpaksa berpuas hati dengan hadiah RM1500.00 dan medal untuk setiap pemain.

Sebelum itu, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan perlawanan di antara pasukan Pmtg Buluh menentang MSH Mega. Perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan Pmtg Buluh dengan jaringan 3 - 2.

Pasukan Pmtg Buluh yang menduduki tempat ketiga menerima hadiah RM1000.00 dan medal untuk setiap pemain. Manakala MSH Mega pula terpaksa berpuas hati dengan hadiah RM500.00 dan medal untuk setiap pemain.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Dr. Ismail Salleh yang turut bersama menyaksikan perlawanan akhir bagi menentukan juara Liga Bolasepak Tertutup Parlimen Jerai ini.




Tiada ulasan: