Isnin, 26 April 2010

Halalkan rasuah punca BN menang

JERAI, 26 April : Kemenangan calon Barisan Nasional(BN) P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil(PRK) Hulu Selangor disebabkan BN menghalalkan amalan rasuah.

Walaupun Kamalanathan berjaya memperolehi majoriti 1,725 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, namun belum pasti majoriti tersebut adalah sokongan bersih tanpa sebarang sogokan dari BN.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, BN menang setelah menabur projek segera semata-mata kemaruk untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Amalan rasuah sepanjang PRK itu katanya berleluasa dan kaedah digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor.

"Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isninnya rasuah tersebut akan diberikan.

Beliau juga berkata kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara.

"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan."

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain pula berkata, dibawah kekuasaan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri maka rasuah adalah dihalalkan.

"Dengan jelas rasuah yang ditaburkan kepada penduduk di Hulu Selangor telah berjaya memenangkan BN walaupun mereka cuba menafikannya.

"Kita yakin indeks rasuah negara ini akan menjunam teruk selepas ini setelah berleluasanya kegiatan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan," katanya.

1 ulasan:

Joesal2008 berkata...

Assalamualaikum YB,
Kekalahan yang diterima dato zaid adalah bermaruah. Hanya Allah saja lebih mengetahui niat sucinya untuk membela rakyat hulu selangor.Jika diteliti keputusan hulu selangor, jelas pengundi dari kaum cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan kaum india (ibarat lalang ditiup angin, orang tua-tua kita pernah berkata "KALAU JUMPA ULAR TEDONG SENDUK DENGAN HINDU, KENA KATOK HINDU DULU, BEGITULAH BAHAYANYA KAUM HINDU", apa pun semangat mesti kuat melawan arus politik malaysia hari ini. Kaum melayu pula, gelap mata dengan habuan, samaada wang ringgit, kain pelikat, kain batik atau beras sekampit sudah cukup membeli mereka, BIAR PAPA ASAL BERGAYA. Orang melayu lupa kampong tergadai. Apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya yang bakal dibuat oleh dato zaid. sekian, terima kasih.