http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 26 April 2010

Halalkan rasuah punca BN menang

JERAI, 26 April : Kemenangan calon Barisan Nasional(BN) P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil(PRK) Hulu Selangor disebabkan BN menghalalkan amalan rasuah.

Walaupun Kamalanathan berjaya memperolehi majoriti 1,725 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, namun belum pasti majoriti tersebut adalah sokongan bersih tanpa sebarang sogokan dari BN.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, BN menang setelah menabur projek segera semata-mata kemaruk untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Amalan rasuah sepanjang PRK itu katanya berleluasa dan kaedah digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor.

"Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sendiri yang disiarkan melalui televisyen semasa kempen untuk memenangkan calon mereka, beliau telah berjanji sekiranya BN menang pada hari Ahad maka pada Isninnya rasuah tersebut akan diberikan.

Beliau juga berkata kempen yang dijalankan oleh BN adalah berat sebelah apabila media seperti televisyen dan radio digunakan dengan sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengamalkan sistem demokrasi adil dalam negara.

"Orang Melayu harus sedar apa yang dilakukan oleh BN bagi memenangkan mereka adalah dengan rasuah yang akhirnya akan menjadikan kita sebagai masyarakat yang sentiasa dirasuah untuk mendapat kemenangan."

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain pula berkata, dibawah kekuasaan Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri maka rasuah adalah dihalalkan.

"Dengan jelas rasuah yang ditaburkan kepada penduduk di Hulu Selangor telah berjaya memenangkan BN walaupun mereka cuba menafikannya.

"Kita yakin indeks rasuah negara ini akan menjunam teruk selepas ini setelah berleluasanya kegiatan rasuah dikalangan pemimpin kerajaan," katanya.

Rabu, 21 April 2010

Peserta Felda, Felcra bakal terima hak milik tanah


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikannya di Wisma Darul Aman di Alor Star hari ini.

"Saya akan arahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) membuat bancian serta menyemak semula rekod bagi membolehkan hak milik tersebut dikeluarkan segera,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Azizan bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah peserta dan keluasan tanah terbabit tetapi berkata mereka telah mengusahakannya lebih 20 tahun.

Rancangan Felcra terbabit ialah Weng, Iboi dan Tiak (Baling); Belantik (Sik); Belimbing, Tolak dan Bukit Tampoi (Padang Terap) serta Bukit Selambau I dan II (Kuala Muda).

Rancangan Risda pula ialah Laka Selatan, Bukit Tangga (Kubang Pasu), Bukit Tembaga, Lubok Merbau (Padang Terap), Gunung Pongsu (Kulim) serta Teloi Timor dan Teloi Kanan (Sik).

Pendedahan pemimpin UMNO kaki Arak dan judi

Selasa, 20 April 2010

Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku.

"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas.

Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi.

Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

1,200 ahli MIC yang bubar parti diajak sokong Zaid

HULU SELANGOR, 19 April: Firdaus Jaafar, Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat merayu kepada lebih 1,200 beliau berbangsa India dari keempat-empat cawangan MIC Hulu Selangor yang baru dibuarkan di Hulu Selangor sejak Sabtu lalu supaya memberi undi protes kepada calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut beliau, mereka yang terbabit sewajarnya menyokong Zaid dan Pakatan Rakyat kerana parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik perkauman yang nyata menindas kaum-kaum minoriti di tanah air.

"Penyertaan lebih kurang 1,200 pengundi, khususnya dari kalangan belia di keempat-empat cawangan MIC (iaitu) Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Hulu Tamu dan Ulian Baru sebenarnya tidak merugikan masyarakat India di Malaysia (dan) di Hulu Selangor."

"Undi Datuk Zaid bermakna undi protes (pada) politik perkauman (serta) politik penindasan ke atas kaum minoriti (seperti kaum India) di Malaysia," " jelas beliau ketika dihubungi Harakakahdaily petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, amalan politik perkauman melampau yang diamalkan oleh segelintir pemimpin tertinggi Umno sebenarnya tidak sesuai dengan masyarakat minoriti India.

Ditambah dengan penolakan Timbalan Presiden MIC G. Palanivel sebagai calon tunggal untuk mewakili BN di P94, menurut Firdaus, ketetapan tersebut menunjukkan bahawa Umno tidak menghargai keberadaan kaum India dalam menentukan konsensus politik dalam BN.

"Timbalan Presiden MIC (Palanivel) sendiri boleh ditolak, P. Kamalanathan adalah calon pilihan Najib, apa lagi toleransi yang Umno ada untuk konsesus bersama MIC dan masyarakat minoriti India seperti di Hulu Selangor," beliau menambah.

Satu sumber memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri S. Sammy Vellu (Presiden MIC) sejak kelmarin dilaporkan sedang memujuk berbelas-belas pemimpin MIC dari 13 cawangan tempatan supaya terus setia menyokong Kamalathan.

Sejak Rabu lepas, dilaporkan lebih 18 Ketua Cawangan MIC mengugut kepemimpinan BN untuk membubarkan cawangan masing-masing sekiranya Palanivel tidak dinamakan sebagai calon.

Ugutan dari akar umbi MIC itu, menurut suatu sumber dalaman MIC sendiri, turut disuarakan oleh Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy.

Pun begitu, Sammy sendiri dilihat sedaya upaya menunjukkan bahawa beliau ikhlas merestui calon pilihan Najib, iaitu Kamalanathan, walaupun beliau sebelum ini merupakan pemimpin BN paling awal membuat pengumuman bahawa Palanivel sebagai calon MIC di Hulu Selangor.

Isnin, 19 April 2010

Ibrahim Ali tenggelam punca


Tapi inilah yang berlaku pada Ibrahim Ali yang turut sama berkempen di Batang Kali dalam P94 Hulu Selangor.

Dia yang sebelum ini pernah bercita-cita untuk memimpin blok bebas di Parlimen Malaysia turun berkempen di Hulu Selangor di atas pentas BN tetapi mengeluarkan kenyataan tidak menyokong mana-mana pihak.

Apa punya merapu Presiden Perkasa Pertama yang disokong ramai manusia yang cintakan melayu lebih dari islam termasuk la oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Dah tu buat pulak statement kononnya kemenangan BN di Hulu Selangor akan mengembalikan kestabilan politik di Malaysia.

Politik Malaysia ni jadi kacau bilau dan tak stabil sebab ada orang-orang yang berperangai katak macam dia di bumi melayu ni. Kemelut politik di Perak sampai sekarang masih haru biru sebab apa? Bukankah sebab Behrang, Jelapang dan Cangkat Jering belajar melompat daripada dia?

Brahim Ali buat la apa pun, bodek la tera mana pun, jilat la sampai belengaih pun namun tak mungkin Umno nak terima dia balik. Jenis tokak kawan ni bukan boleh buat kira sama, sapa pun tak kelapaq dah kat dia, tapi tak tau la kot-kot Hishamudin yang bersepupu dengan Najib boleh pujuk Rosmah untuk terima dia.

Khamis, 15 April 2010

1 lagi beban terlepas bila Adun Bakar Arang keluar parti

Tan Wei Shu petang tadi dengan susunan ayat yang teratur mengikut apa yang dituliskan untuknya mengumumkan langkah mengikut rakan baiknya, Mohd Radzhi Salleh yang sama-sama pernah berada di puncak kegemilangan ketika mereka dijulang sebagai wakil rakyat atas lambang PKR dan Pakatan Rakyat.

Hari ini setelah sekian lama bermain tarik tali, bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah yang digugurkan kerana dikatakan tak pandai buat bekerja dan bukannya kerana tak pandai bercakap besar dan tak pandai bercakap bohong tapi sering kali tak bercakap benar telah meninggalkan parti PKR hanya dengan alasan dipermain-mainkan rakan dalam parti.

Sejak bermulanya rampasan kuasa di Perak, angin telah bertiup kencang Pakatan Rakyat Kedah juga akan ditimpa nasib yang sama seperti yang terjadi di Perak berikutan khabar-khabar angin beberapa orang wakil rakyat termasuk Tan Wei Shu akan menyeberang kepada BN melalui tiket bebas.

Cubaan jahat itu berulang beberapa kali dan setiap kali ia bertiup, namanya tak pernah terpadam dalam senarai itu. Orang-orang Kedah sentiasa tertanya-tanya, bila lagi Tan Wei Shu nak melompat keluar?

Bagi orang Kedah, khususnya pengundi di Bakar Arang, Tan Wei Shu bukan lagi menjadi aset kebanggaan kepada mereka, sebaliknya dia adalah beban yang terpaksa digalas ke hulu dan ke hilir selagi dia bergelar Adun Pakatan Rakyat.

Kini bebanan telah dilepaskan, rakyat Kedah dan pengundi di Bakar Arang boleh menarik nafas lega sebab bebanan itu sudah beralih kepada BN kerana Tan Wei Shu mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas yang sudah pasti menyokong BN.

P94 HULU SELANGOR: SPR KENA BUAT PILIHAN RAYA UNTUK TENTUKAN CALON BN DI HULU SELANGOR

Kelmarin, Pakatan Rakyat telah selesai mengumumkan calon yang bakal menggalas cabarannya di pusingan ke-10 pilihan raya kecil selepas PRU12. Pengumumannya dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) di suatu majlis yang turut dihadiri oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Lim Kit Siang (Pengerusi DAP).

Pakatan Rakyat menamakan Dato' Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai calon tanpa perlu bertegang leher sesama sendiri walaupun ramai lagi yang disenarai pendek untuk menggalas cabaran di P94.

Berbeza dengan BN yang sedari awal lagi telah mencetuskan konfrantasi sesama komponen bagi memenangi hati presiden bagi membolehkan dinobat sebagai sebagai calon yang akan membawa cabaran parti usang itu di P94 nanti.

Pusingan awal menyaksikan pertarungan di antara Umno dan MIC. Umno menamakan Tan Sri Muhamad Taib, manakala MIC mempertaruhkan Dato' G. Palanivel untuk diadili oleh panel yang dianggotai oleh Dato' Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Berlaku pertarungan yang maha sengit dengan ugutan-ugutan dari kedua-dua belah pihak yang akhirnya dimenangi oleh MIC.

Umno Bahagian Hulu Selangor nampak seperti akur dengan keputusan itu, tetapi pada masa yang sama masih tidak mahu menurunkan banner menyokong Muhamad Taib yang dipasangnya di merata simpang di Hulu Selangor. Mungkin banner itu masih belum tamat tempoh kebenaran yang diperolehi dari pihak berkuasa tempatan di situ, sebab itulah ianya dibiarkan terpasang lagi.

Umno Bahagian Hulu Selangor seakan menerima kekalahannya di tangan MIC tetapi bukan dengan hati yang terbuka. Selepas kalah, mereka meletakkan syarat pula agar calon yang akan diputuskan nanti bukannya G. Palanivel tetapi V. Mugilal.

Tindakan mereka itu telah membangkitkan kemarahan kepimpinan MIC yang sebulat suara mahukan Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel sebagai ayam tambatan mereka di P94 Hulu Selangor nanti. MIC dengan sekeras-kerasnya menolak calon pintu belakang yang cuba diketengahkan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor.

Kemelut ini tidak akan berakhir walaupun selepas BN melalui Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calonnya nanti. Bagi meredakan ketegangan dalam parti usang ini, lebih baik BN adakan proses pengundian untuk pilih calon terbaik yang akan mewakilinya dalam PRK P94 Hulu Selangor.

Untuk berlaku adil, BN boleh minta SPR kendalikan proses pilihan raya dalaman ini. Pada masa itu, barulah parti-parti komponen BN selain dari Umno akan kenal istilah pengundi hantu, akan faham maksud rasuah politik dan akan mengerti definasi pengundi pos. Sudah pasti mereka juga akan menuntut agar satu pilihan raya yang bersih diadakan seperti yang perjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Siapa yang menang nanti boleh dinobatkan sebagai calon BN untuk menentang Dato' Zaid Ibrahim yang sedia menanti bagi mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor dan menjadikan aggregat 8 - 2 selepas pusingan ke-10 ini.

Rabu, 7 April 2010

Skuad Kenari diharap ulangi kejuaraan

SUNGAI PETANI - Ahli Parlimen Jerai merangkap Timbalan Presiden Bola Sepak Melayu Kedah, Mohd Firdaus Mohd Jaafar berharap agar pasukan bola sepak Kedah, Skuad Kenari terus mengungguli Kejohanan Bola Sepak TM Piala FA yang bakal berlangsung di Bukit Jalil tidak lama lagi.

Mohd Firdaus berkata, beliau memohon Skuad Kenari agar terus membawa harapan rakyat Kedah dan peminat pasukan hijau kuning untuk mengulangi kejuaraan di Piala FA seperti dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Menurutnya, beliau berharap imbuhan bukan faktor utama kepada tuntutan kemenangan skuad terbabit namun perlu diberikan perhatian kepada sejarah mengulangi kemenangan dan kejuaraan Piala FA agar pasukan bola sepak Kedah terus gemilang dalam arena bola sepak negara.

“Dengan kejuaraan yang sangat diharapkan oleh peminat, pasukan Kedah ini juga akan dijadikan sebagai hadiah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sendiri iaitu Menteri Besar Kedah.

“Jadi saya berharap Skuad Kenari akan bermain secara bermati-matian untuk memastikan kejuaraan Piala FA terus kekal milik Kedah dan imbuhan yang diperoleh bukan satu ukuran namun kejuaraannya adalah yang paling penting,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian dari sini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Firdaus berkata, beliau menyeru peminat dan penyokong pasukan hijau kuning ini untuk turun beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini untuk memberikan sokongan kepada Skuad Kenari yang bakal bertarung dengan pasukan daripada Negeri Sembilan.

Menurutnya, beliau berharap pasukan peminat dan penyokong hijau kuning dapat menjaga imej penyokong Kedah dan tidak menimbulkan kekecohan.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Skuad Kenari yang telah berjaya ke peringkat akhir Piala FA dan berharap dapat menunaikan harapan penyokong Kedah untuk menjadi juara pada perlawanan itu,” katanya yang turut akan bersama peminat pasukan hijau kuning di Bukit Jalil pada hari berkenaan.

Ahad, 4 April 2010

Buktikan SPR, PDRM dan SPRM bukan sayap BN

Kelmarin Muhyiddin Yassin turun ke Hulu Selangor dalam rangka kerja yang kononnya atas platform beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. Media tidak langsung menyebut kehadiran beliau sebagai Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional walaupun hakikatnya kehadiran beliau itu atas tujuan rasmi parti yang dinaunginya.

Hari ini pula, Najib Razak pula menjejakkan kakinya ke kawasan pilihanraya yang sama juga atas urusan partinya. Najib menghabiskan sehari suntuk bersama-sama peneroka-peneroka Felda, masyarakat orang asli, masyarakat cina dan india yang bermastautin dan menjadi pengundi di situ. Sudah tentulah lawatan kerjanya itu juga dikatakan sebagai lawatan kerja rasmi seorang Perdana Menteri Malaysia walaupun kehadirannya di situ sah-sah sebagai seorang Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.

Apa tujuan sebenar kedua-dua pemimpin Umno turun ke kawasan Hulu Selangor dalam tempoh dua hari berturut-turut itu? Jawapannya sudah tentu untuk berkempen bagi memenangkan calon BN yang belum diputuskan lagi akibat percakaran parti-parti komponen BN yang makin parah dari hari ke hari.

Kebiasaannya, Pengerusi SPR akan berpesan semasa sidang media selepas membincangkan tarikh sesuatu pilihanraya samada kecil atau umum iaitu parti-parti atau calon-calon yang bertanding hanya dibenarkan berkempen selepas proses penamaan calon selesai, itu pun tertakluk kepada peraturan-peraturan pilihanraya yang telah ditetapkan oleh SPR dan pihak keselamatan iaitu Polis DiRaja Malaysia.

Beberapa hari lalu, Polis juga telah membuat kenyataan tidak akan mengeluarkan sebarang permit berkempen selagi proses penamaan calon PRK Hulu Selangor tidak selesai. Tidak dapat dipastikan permit macam manakah yang dimaksudkan oleh pihak keselamatan itu. Biasanya permit polis perlu dipohon sekiranya berhasrat untuk menganjurkan sesuatu program yang melibatkan perhimpunan orang ramai untuk tujuan ceramah atau tujuan-tujuan lain tanpa mengira waktu samada siang atau malam hari.

Dalam hal yang melibatkan Najib dan Muhyiddin tadi, secara terang-terangan kedua-dua pemimpin BN itu telah memukul gendang memulakan kempen mereka di Hulu Selangor walaupun proses penamaan calon PRK Hulu Selangor belum lagi berlangsung.

Berdasarkan kenyataan amaran kedua-dua pihak pengendali pilihanraya tadi, Najib dan Muhyiddin tidak seharusnya dibenarkan berkempen di situ walaupun kehadiran mereka atas platform PM atau TPM. Kehadiran mereka walaupun di siang hari memang sah-sah untuk berkempen dan inti pati ucapan mereka tersiar di media-media cetak dan elektronik seluruh negara.

Malangnya SPR dan Polis tidak pula nampak pelanggaran undang-undang yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu. Atau, apakah siri-siri kempen BN di Hulu Selangor itu memperolehi kelulusan dan permit dari pihak keselamatan?

Kedua-dua pengendali pilihanraya, SPR dan Polis perlu bersikap adil dalam hal ini. Peraturan dan undang-undang yang ada bukan hanya untuk sebelah pihak sahaja. SPR dan Polis perlu menyiasat salah laku kedua-dua pemimpin tertinggi BN itu seperti siasatan yang sering dilakukan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

SPRM juga perlu memantau kempen kedua-dua pemimpin tertinggi BN yang sering dikaitkan dengan rasuah pilihanraya. Media tanpa segan silu mendedahkan kedua-dua mereka memberikan rasuah pilihanraya ketika berkempen di Hulu Selangor di kedua-dua hari tersebut.

Muhyiddin dalam kempennya cuba merasuah pengundi di Kampung Sentosa dengan projek mengatasi masaah banjir yang sering melanda penduduk di situ. Manakala Najib pula dikesan cuba merasuah peneroka-peneroka Felda, masyarakat orang asli, masyarakat cina dan india dengan projek-projek segera yang menjadi amalan mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Perlu diingatkan bahawa SPR, PDRM dan SPRM adalah agensi-agensi kerajaan yang menerima gaji dari rakyat Malaysia. Oleh itu ketiga-tiganya diharapkan dapat bersifat sebagai sebuah jabatan kerajaan dan bukannya bersifat sebagai sayap-sayap BN. Janganlah ketegasan mereka hanya terhadap lawan BN sahaja.

Jumaat, 2 April 2010

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor: Penamaan Calon 17 April, Pengundian 25 April

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada hari Jumaat.

Ketika mengumumkan perkara itu kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini, beliau berkata pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac.

Katanya, SPR juga menetapkan tarikh hari ini sebagai tarikh keluar writ manakala notis akan dikeluarkan pada Isnin.

"SPR telah dimaklumkan secara rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan itu pada 29 Mac lepas dan selepas meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Rakyat, SPR telah memutuskan bahawa kekosongan kerusi P.094 berkuatkuasa pada 26 Mac," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

Beliau berkata Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi sementara pusat mengundi akan melibatkan 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus dengan dibantu oleh tujuh penolong, katanya.

Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Katanya 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Daripada jumlah tersebut, Abdul Aziz berkata kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Mengenai undi pos, beliau berkata ia mungkin diadakan dua hari sebelum hari mengundi dan proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dilakukan di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Beliau juga berkata SPR akan menubuhkan enam pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B AKta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari hari penamaan calon sehingga tamat hari pengundian.

-- BERNAMA

Lewd video gets 75 SMS services suspended

KUALA LUMPUR, April 1 — Some 75 SMS services were suspended last year for distributing immoral materials including lewd video while one case was prosecuted in court, Dewan Rakyat heard today.

“The services used 42 short codes by 15 SMS providers. Some 66 cases were investigated in 2009,” Deputy Minister of Information Communication and Culture Senator Heng Seai Kie said.

She was replying to a supplementary question by Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) who asked about measures taken by the ministry to stem distribution of lewd video via handphones.

Heng said distributing and receiving lewd video is an offence under the Communications and Multimedia Commission Act 1998 (Act 588).

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had also established a complaints bureau to receive public complaints including lewd video.

“The Communication Media Content Forum (CMCF) has been established under Section 212 of Communications and Multimedia Commission Act 1998 to regulate content distributed by the electronic media.

Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) asked whether individuals who receive lewd video could forward them to MCMC together with the senders’ phone number.

“All SMS messages can be forwarded to MCMC which will immediately act on them,” Heng said. — Bernama

Khamis, 1 April 2010

KEJAR ANJUR CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI AU5 LEMBAH KERAMAT

CERAMAH ISU SEMASA DI JERAI

Anwar: BN 'curi' idea agenda ekonomi Pakatan

Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.

Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

"Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi.

Jelasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan.

"Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar.

"Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya.

Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen.

"Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanya

Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"(Untuk) menunjukkan kerajaan serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa, (perdana menteri) perlu bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas tentang NEM, untuk dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan," katanya.

Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.

"Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya.

http://www.malaysiakini.com/bm