Apakah menteri ini sedar tindakan dan kenyataannya itu membayangkan sokongannya kepada kumpulan yang mendakwa kononnya dianggotai oleh ahli-ahli UMNO, PAS dan PKR. klik sini
Nampaknya menteri ini cuba mengalihkan fakta sebenar. Kumpulan yang mengusung kepala lembu itu digambarkan tidak bersalah atau tidak mencipta ketegangan kaum. Walaupun mereka mengusung kepala lembu, iaitu simbolik kepada bantahan mereka terhadap pembinaan kuil hindu di tempat mereka.
Mungkin bagi menteri ini, tindakan mereka itu sekadar suka-suka dan tiada niat lain yang terselindung disebalik perbuatan biadap itu. Kalau ini telahannya, satu lagi koleksi kebodohan menteri yang boleh disimpan dalam arkib untuk rujukan kes di masa hadapan
Sejak akhir-akhir ini, menteri ini gemar sangat membuat telahan bodoh terhadap isu-isu semasa. Minggu lepas telahannya berkaitan hukuman sebat ke atas pesalah meminum arak. Komennya dilihatkan memperlekehkan penghakiman syariah dalam negara ini
Memang patutlah YB Xavier Jayakumar mintak dia digugurkan sebagai menteri kabinet.
1 ulasan:
Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)
Catat Ulasan