http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Isnin, 19 April 2010

Ibrahim Ali tenggelam punca


Tapi inilah yang berlaku pada Ibrahim Ali yang turut sama berkempen di Batang Kali dalam P94 Hulu Selangor.

Dia yang sebelum ini pernah bercita-cita untuk memimpin blok bebas di Parlimen Malaysia turun berkempen di Hulu Selangor di atas pentas BN tetapi mengeluarkan kenyataan tidak menyokong mana-mana pihak.

Apa punya merapu Presiden Perkasa Pertama yang disokong ramai manusia yang cintakan melayu lebih dari islam termasuk la oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Dah tu buat pulak statement kononnya kemenangan BN di Hulu Selangor akan mengembalikan kestabilan politik di Malaysia.

Politik Malaysia ni jadi kacau bilau dan tak stabil sebab ada orang-orang yang berperangai katak macam dia di bumi melayu ni. Kemelut politik di Perak sampai sekarang masih haru biru sebab apa? Bukankah sebab Behrang, Jelapang dan Cangkat Jering belajar melompat daripada dia?

Brahim Ali buat la apa pun, bodek la tera mana pun, jilat la sampai belengaih pun namun tak mungkin Umno nak terima dia balik. Jenis tokak kawan ni bukan boleh buat kira sama, sapa pun tak kelapaq dah kat dia, tapi tak tau la kot-kot Hishamudin yang bersepupu dengan Najib boleh pujuk Rosmah untuk terima dia.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang Mulia YB.
Buat apalah nak sibuk-sibuk tentang Ibrahim Ali tu. Biarkanlah dia nak lompat macam mana pun. Bukan kawasan kita.

Tengok yang dalam kawasan kita dulu. Bab peniaga buah di Guar Chempedak tu dah lebih 2 minggu saya kemukakan. Email dah saya hantar. Tapi satu tindakan pun tidak dibuat.

Tiba-tiba dok sibuk hal kawasan orang lain. Di Selangor pula tuu!

alfurqan berkata...

sdr. belum kiamat,

utk pengetahuan sedara, yb kita ni bukan ahli parlimen jerai sahaja tapi juga diamanahkan pengarah pilihan raya pemuda pas malaysia, jadi tak salah kalau sebagai org politik dia komen tentang isu-isu nasional yg boleh mendatangkan mudarat.

berkaitan isu gerai di pekan guar, sebelum sedara komen lagi benda ni dah dibincangkan dan MDY dan usaha macam-macam tapi atas beberapa sebab gerai tu masih lagi wujud di situ.

Elok sedara tanya peniaga dan pelanggan gerai tu apakah depa tak berasa bersalah menjalankan urusniaga di situ?

joe-kedah berkata...

BUAT TATAPAN BELUM KIAMAT.
memang sekarang belum kiamat, tetapi bunga-bunga kiamat sudah ada petunjuk dari Allah.Tajuk yang dipaparkan YB itu ada hikmah dan kebenarannya.Ahli politik mesti telus dan konsisten. Apa yang kita lihat YB ibrahim ali ini, dari tahap pelajar universiti dulu hingga kini, kelakuan dan sifatnya masih tidak berubah. Kalau nak tahu perangai dia tanya kepada sdr hishamuddin rais, dato seri anuar dan dato zaid ibrahim. yb ibrahim diumpamakan lalang, dia mengikut angin. Dalam politik orang sebegini tidak layak ditabal sebagai wakil rakyat. seperkara lagi, dia cepat lupa diri dan sifat makan kawan. ibrahim semut dalam gula, ibarat habis madu sepah dibuang.fikir dan renong bagaimana telahan dibuat kepada YAB Tuan guru dato nik aziz. Berbalik kepada rungutan saudara perkara peniaga buah dipekan guar chempedak. Rasanya YB ust firdaus pernah bawa kes ini dalam mesyuarat tindakan daerah dan mesyuarat majlis daerah yan.Dari perbincangan yang pernah saya berbincang dengan peniaga sendiri, bukan mereka tidak mahu pindah, tetapi tempat yang diberi oleh pihak FAMA sewa nya terlalu tinggi. Dengan pendapatan mereka yang perlu diagih kepada pengedar juga, mereka tidak mampu untuk membayarnya.Selain itu kedudukan pasar tani disitu pun tidak strategik tambahan lagi dengan ruang tempat letak kereta yang begitu terhad. Saya lihat, pihak kerajaan dan pihak-pihak berwajib boleh selesai masaalah ini dengan menambak serta memperluaskan lagi jalan dan membuat pengambilan tanah bersebelahan dengan pejabat MADA Guar chempedak.Saya berpandangan, perkara ini boleh diselesai jika semua agensi yang terlibat berkerjasama. Setiap masaalah boleh diselesaikan jika mendapat kata sepakat. sekian terima kasih.

ilhamsyakima berkata...

Tuan,

Kalau beginilah jawapan penyelesaian terhadap permasalahan yang disampaikan Belum Kiamat, rasanya tuan telah memilih pegawai yang hanya tahu memberi jawapan yang 'bodoh' dan 'memalukan' diri tuan sendiri. Masakan sesudah beberapa kali bermesyuarat masih juga tiada jalan dan cara penyelesaian.

Jika benar begitu apalah sangat fungsi Majlis Tindakan Daerah dan juga peranan wakil-wakil rakyat? Masalah sekecil ini dengan kuasa dan penguatkuasaan yang berada di tangan pihak tuan masih juga tidak dapat menangani kedegilan para peniaga tersebut, apalah kami rakyat biasa yang tidak ada apa-apa 'kuasa' untuk berbuat seperti yang tuan cadangkan?

Kami melihat sudah dekat 2 tahun perkara tersebut menjadi tabiat para peniaga itu meletak barang mereka di atas jalanraya, tiada siapa pun berbuat apa-apa.

Pasar Tani yang berdekatan menjadi tidak strategik sebab belum digunakan sepenuhnya. Jika mereka dihalang berniaga di tempat sekarang sudah tentulah bangunan indah itu menjadi strategik. Buatlah sesuatu agar ia menjadi strategik. Kalau tak berbuat sebarabg usaha, tuan menyatakan tidak strategik, tentulah tidak munasabah dan tidak adil.

Tempat meletak kereta di situ ada melebihi 100 lot, tidak dikira lagi kawasan tepi jalanraya yang memang menjadi kegemaran orang-orang kita meletak kereta. Rasanua dalam satu-satu masa lebih dari 100 kenderaan boleh diletakkan.

Ataupun langkah yang paling mudah pihak tuan dengan 'kuasa' yang ada boleh mengarahkan mereka undur ke belakang sedikit agar tidak menutup ruang pejalan kaki dan jalanraya. Kalau macam itupun tidak dapat dilaksanakan, baik tak payah bermesyuarat. Tutup saja PKWR jika setiap aduan menimbulkan keresahan dan kemarahan pihak tuan.