http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Selasa, 1 Disember 2009

Piala Emas Raja-Raja

Pasukan Piala Emas Raja-raja Kedah mencatatkan keputusan seri 0-0 dengan Kelantan dalam perlawanan suku akhir pertama malam tadi di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di suku akhir kedua pada 5-12-2009 di Stadium Darulaman, Alor Setar, jam 8.45 malam.

Peminat-peminat dan penyokong pasukan Kedah diharap akan datang memberikan sokongan padu kepada skuad hijau kuning dalam misi mencari kemenangan untuk menebus kehampaan skuad Liga Super Kedah mempertahankan Piala Malaysia yang baru lalu.

Tiket-tiket berharga RM10 dan RM5 untuk menyaksikan perlawanan suku akhir kedua akan dijual pada hari perlawanan di Stadium Darulaman.

Skuad Piala Emas Raja-raja Kedah dibimbing oleh Mohammad Ramli sebagai ketua jurulatih serta dibantu oleh Hussin Jaafar dan Idris Man. Skuad ini turut membariskan beberapa orang pemain dari skuad Liga Super Kedah antaranya Fazliata Taib, Mohd Syafiq Jamal dan Mohd Faizal Abu Bakar serta diperkuatkan lagi oleh bekas pemain Liga Super Kedah iaitu Mohd Sany Mat Isa dan Chun Keng Hong.

PBMK yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali skuad Piala Emas Kedah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Exco Belia dan Sukan Kedah, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan kerajaan negeri Kedah diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada pengurusan skuad ini.

YB Mohd Firdaus Jaafar
Pengurus Pasukan Kedah

Tiada ulasan: