Artikel dalam blog chedet.com bertajuk "UMNO" yang dizahirkan oleh Tun M akan 'kebusukan Umno' seperti diluahkan seorang bekas pemimpin kanan parti itu sebenarnya dah lama terjadi.
Zaman Tun dulu pun perkara ini dah berlaku, bezanya masa itu Tun bijak menggunakan 'deodorant' untuk menghapuskan kebusukan itu. Malangnya pemimpin selepas Tun tak pandai menghilangkan kebusukan itu yang akhirnya merebak samapai ke hari ini.
Kini, Umno sebenarnya bukan sekadar 'busuk sampai ke ususnya' tapi sudah berulat di seluruh anggota badan. Kalau setakat di kaki macam kencing manis boleh jugak suruh doktor potong kaki, tapi kalau dah seluruh badan nak potong kat mana lagi?
Pemimpin Umno di semua peringkat bukan sekadar nak ahli-ahli dan pengikut mereka dari kalangan yang kurang bijak, malah kalau boleh, biarlah dari kalangan yang langsung tak cerdik untuk mudah diperkudakan ahli-ahli bawahan bagi membolehkan mereka terus memegang jawatan.
Zaman makin canggih, makin ramai dari 26 juta rakyat Malaysia yang sudah bergelar profesional dan sedar akan kebusukan parti berasaskan assobiyah itu. Hanya beberapa kerat profesional sahaja yang mahu bernaung dengan parti itu dengan bersandarkan alasan demi kepentingan duniawi yang bersifat sementara.
Bila pemimpin mengejar duniawi, maka terjadilah rasuah dalam parti itu seperti mana yang berlaku ketika Tun mengepalainya dan diwarisi hingga ke hari ini. Rasuah dalam parti itu dah tak ada ubat, buatlah macamana pun, pindalah perlembagaan parti banyak mana pun, rasuah tetap menjalar dalam parti itu sebagaimana melatanya ulat-ulat kebusukan yang merunsingkan Tun ketika ini.
Yang tinggal dalam parti itu kini hanya mereka-mereka yang masih tak puas dengan kemewahan dunia. Bukan kepentingan umum atau kepentingan nasionalis yang diperjuangkan tapi sebaliknya kepentingan diri sendiri diletakkan sebagai asas perjuangan pemimpin parti berulat ini.
Tun jangan membazir masa mengkaji luahan perasaan bekas pemimpin kanan Umno itu, sebaliknya segera menjauhkan diri dari parti yang sudah berulat kalau tak mahu ulat-ulat kebusukan itu melata di tubuh badannya yang kononnya masih tidak terpalit dengan kebusukan itu.
Tun perlu heret anakanda kesayangannya sama, jangan pentingkan diri sendiri, anaknya juga perlu diselamatkan dari ulat-ulat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan