http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TFI8qrEYV3I/AAAAAAAAA68/rx6A5LBdy18/s320/kedah%2520sejahtera%25202.png

Ahad, 22 Mei 2011

Kerusi Timbalan Ketua Pemuda PAS 'panas'

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Selepas perebutan untuk jawatan nombor satu Dewan Pemuda PAS Pusat terjawab, tumpuan kini beralih kepada kerusi timbalannya pula.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga calon untuk jawatan nombor dua itu telah mengesahkan diri bertanding, termasuk penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani.

Dua lagi yang menyatakan hasrat sama adalah Pengarah Pilihan Raya dewan itu Mohd Firdaus Jaafar dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini juga dicalon untuk bertanding jawatan ketua pemuda, namun telah menyatakan pendirian menolaknya sekaligus membuka ruang kepada penyandang jawatan itu, Nasruddin Hassan untuk menang tanpa bertanding.

Keseluruhan nama yang layak untuk bertanding timbalan ketua pemuda adalah seramai sembilan orang termasuk Nasruddin.

Nasruddin bagaimanapun telah menyatakan hasrat mempertahan jawatan ketua pemuda yang disandangnya dan menjadikan calon timbalan kini lapan orang.

Selain Azman, Firdaus dan Suhaizan, lima lagi pencabar untuk jawatan itu adalah Ahmad Sabki Yusof, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Riduan Mohd Nor, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Mohd Nor Hamzah.

Sabki yang juga salah seorang penyandang naib ketua pemuda bagaimanapun ketika dihubungi Harakahdaily menyatakan hasrat menolak semua pertandingan jawatan dalam pemuda sebaliknya hanya akan bertanding di peringkat AJK PAS Pusat.

"Saya sudah bagi surat jawapan kepada Jawatankuasa pemilihan.

"Saya hanya menerima untuk bertanding AJK PAS Pusat," katanya.

Sementara itu, Ridhuan Mohamad Nor pula memberitahu Harakahdaily bahawa belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu dan mahu tunggu dan lihat

Untuk jawatan naib ketua, Dr Raja Ahmad Al His telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan yang kini disandang oleh Ahmad Sabki Yusof itu.

Sabki yang baru dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu atau mana-mana jawatan dalan Pemuda PAS.

Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz
2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB
3. Nasruddin Hassan, usaz
4. Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua

1.    Ahmad Sabki
2.    Azman Shafawi
3.    Firdaus Jaafar, YB
4.    Mohd Nor Hamzah, YB
5.    Nasaruddin Hassan
6.    Nik Abduh Nik Aziz
7.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8.    Riduan Mohd Nor
9.    Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1.    Azman Shafawi, Ustaz
2.    Firdaus Jaafar, YB
3.    Kamaruzaman Mohamad
4.    Khairi Faizi Kamil
5.    Mohd Nor Hamzah
6.    Mohd Sany Hamzan
7.    Nasir Zakaria, YB
8.    Nik Abduh Nik Aziz
9.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10.    Riduan Mohd Nor
11.    Sabki Yusof
12.    Suhaizan Kaiat

Tiada ulasan: