Jumaat, 20 Mei 2011

Ketua Pemuda tak kot, mungkin timbalan sahaja....

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pucuk pimpinan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat khas malam ini  antaranya untuk membincangkan pertandingan untuk jawatan utama dewan itu dalam muktamar akan datang.

Sehingga ini, tidak ada calon ketua pemuda yang mengesahkan pertandingan untuk jawatan yang disandang oleh Nasrudin Hassan itu.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau menolak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS biarpun dicalonkan.

Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau bagaimanapun memberitahu, akan bertanding merebut kerusi timbalan ketua.

"(Bertanding) ketua pemuda tak kot, timbalan sahaja,"katanya yang juga ahli parlimen Jerai.

Selain beliau, dua lagi calon yang layak bertanding jawatan nombor satu sayap pemuda PAS itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Azman ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan tersebut, bergantung kepada keputusan rasmi Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Nasruddin Hassan.

"Saya ambil sikap begini, kalau Ustaz Nasruddin nak kekal, saya tak lawan, saya akan bagi laluan mudah.

"Kalau dia kata nak berundur untuk diberi calon lain, saya akan lawan.

"Apapun saya tunggu pendirian rasmi Ustaz Nasruddin dahulu,"katanya.

Seorang lagi calon, Suhaizan pula berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding atau tidak jawatan tersebut.

"Saya belum buat keputusan lagi. Lagi pun masa panjang lagi.

"Malam ni ada mesyuarat khas pemuda, dan saya akan bincang dahulu," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Sementara itu, keputusan rasmi calon yang bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran dari Jawatankuasa Pemilihan 2011.

Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz
2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB
3. Nasruddin Hassan, usaz
4. Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua

1.    Ahmad Sabki
2.    Azman Shafawi
3.    Firdaus Jaafar, YB
4.    Mohd Nor Hamzah, YB
5.    Nasaruddin Hassan
6.    Nik Abduh Nik Aziz
7.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8.    Riduan Mohd Nor
9.    Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1.    Azman Shafawi, Ustaz
2.    Firdaus Jaafar, YB
3.    Kamaruzaman Mohamad
4.    Khairi Faizi Kamil
5.    Mohd Nor Hamzah
6.    Mohd Sany Hamzan
7.    Nasir Zakaria, YB
8.    Nik Abduh Nik Aziz
9.    Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10.    Riduan Mohd Nor
11.    Sabki Yusof
12.    Suhaizan Kaiat

http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/3369-ketua-pemuda-keputusan-malam-ini

Tiada ulasan: