Selasa, 17 Mei 2011

Pemilihan PAS: Ketua Pemuda, Muslimat bakal dicabar

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Jawatan ketua Pemuda PAS dan Muslimat pusat dijangka bakal menyaksikan saingan dengan masing-masing sayap menerima empat pencalonan selepas kesemua kawasan selesai mengadakan mesyuarat setakat kelmarin.

Penyandang ketua kedua-dua sayap itu, Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Nuridah Salleh merupakan antara mereka yang turut dicalonkan.

Nasrudin memegang jawatan itu sejak 2009 menggantikan Salahuddin Ayub manakala Nuridah pula bermula 2007.

Bagaimanapun keputusan akhir sama ada kedua-dua jawatan itu bakal menyaksikan cabaran hanya boleh diketahui selepas tempoh penerimaan pencalonan berakhir 26 Mei ini.

Bagi jawatan ketua Pemuda PAS turut layak bertanding ialah timbalan Nasrudin iaitu Azman Shapawi Abd Rani, Ketua Penerangan Pemuda Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihan Raya sayap itu, Mohd Firdaus Jaafar.

Selain itu, bagi jawatan timbalan ketua Pemuda PAS sembilan calon layak bertanding iaitu Ahmad Sabki Yusof yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi, Firdaus, Mohd Nor Hamzah, Nasrudin, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob, Riduan Mohd Nor dan Suhaizan.

Sementara itu, bagi jawatan naib ketua pemuda PAS yang menyediakan satu kerusi, seramai 12 orang dinamakan. Mereka ialah Azman Shapawi, Firdaus, Kamaruzaman Mohamad, Khairil Faizi Kamil, Mohd Nor, Mohd Sany Hamzan, Nik Abduh, Raja Ahmad Al-Hiss, Riduan, Ahmad Sabki, Nasir Zakaria dan Suhaizan.

Seramai 60 orang layak merebut 12 kerusi ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS.

Sementara itu, untuk jawatan ketua Muslimat PAS selain Nuridah mereka yang layak bertanding ialah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud dan Asiah Ali dan Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof.

Jawatan timbalan ketua Muslimat PAS pula layak ditandingi oleh Asiah, Mumtaz Mohd Nawi, Nuridah, Siti Mariah, Siti Zailah dan Wan Hasrina Wan Hassan.

Sementara itu bagi jawatan naib ketua Muslimat pula seramai 11 orang dicalonkan iaitu Aiman Athirah Al-Jundi, Asiah, Mastura Mohamad, Mumtaz, Dr Najhatussolehah Ahmad, Normala Sudirman, Nuridah, Rohani Ibrahim, Siti Mariah, Siti Zailah dan Wan Hasrina.

Seramai 54 calon layak bertanding merebut 17 kerusi ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat. [http://www.themalaysianinsider.com]

Tiada ulasan: